Tuesday, 5 December 2017

[Video Bajau/Sulu/Melayu Bangkit! SELAMATKAN KEKAYAAN NEGERI SABAH DARI UmnoBN!] Anwar calon PM paling layak, Dr Mahathir hanya untuk sementara, kata Pakatan.

Selasa, 5 Disember 2017

Anwar calon PM paling layak, Dr Mahathir hanya untuk sementara, kata Pakatan

Anwar calon PM paling layak, Dr Mahathir hanya untuk sementara, kata Pakatan

Disebabkan Anwar Ibrahim masih dalam penjara, pencalonan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum nanti hanyalah bersifat sementara, kata Setiausaha Agung PH Saifuddin Abdullah. – The Malaysian Insight file pic, 5 Disember, 2017.

DISEBABKAN Anwar Ibrahim masih dalam penjara, pencalonan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum nanti hanyalah bersifat sementara, kata Setiausaha Agung PH Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata, PH telah belajar dari sejarah mengenai penamaan calon untuk perdana menteri dalam setiap pilihan raya lepas.
“PH perlu menamakan calon PM. Ini cuba dilakukan PR (Pakatan Rakyat) sebelum PRU13 tapi tak menjadi. 
“Kerana tiada konsensus dalam PR; dan kerana ada yang nak namakan Ku Li,” kata Saifuddin merujuk kepada Ahli Parlimen Umno Gua Musang Tengku Razaleigh yang kononnya pernah ditawarkan sebagai calon perdana menteri oleh PAS.
“Bila perlu menamakannya? Sebelum PRU14: sama ada di Konvensyen PH (7 Jan 2018) atau selepas Parlimen dibubar atau selepas diumum tarikh PRU14,” katanya melalui Facebook.
Saifuddin berkata demikian sebagai respon terhadap laporan mengenai Dr Mahathir dan Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail yang dicalonkan sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri pada majlis mesyuarat PH minggu lalu.
Kecuali PKR, semua parti dalam PH bersetuju dengan cadangan calon itu.
Dikhabarkan oleh The Malaysian Insight, walaupun Dr Wan Azizah secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan itu, namun ada puak dikalangan partinya sendiri yang tidak setuju.
Bagaimanapun, Saifuddin berkata calon paling layak adalah Anwar tetapi beliau tidak boleh dicalonkan dan sebab itulah PH memutuskan untuk mencalonkan perdana menteri sementara.
Selayaknya, calon paling “seharusnya kombinasi Dr Mahathir dan Anwar,” tambahnya.
“Sejumlah anak muda menyokong Dr Mahathir dan Anwar… Kombinasi Dr Mahathir-Anwar juga mustahak untuk sokongan wanita. 
“Dr Mahathir juga mustahak dalam meyakinkan pengundi Melayu luar bandar dan penyokong Umno utk mengundi PH,” kata Saifuddin. – 5 Disember, 2017.
The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena