Tuesday, 5 December 2017

[Video Isu BEKALAN AIR PAIP penduduk Kg Bambangan MENGAMUK DITIPU UmnoBN & DJ19 (Ketua Pemuda PBS Sabah) CERAI TALAK BN/PBS MASUK WARISAN] Asalkan bukan BN, kata pengguna Facebook.

Selasa, 5 Disember 2017


Asalkan bukan BN, kata pengguna Facebook

Asalkan bukan BN, kata pengguna Facebook
Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail melambaikan tangan kepada Dr Mahathir Mohamad. Kedua pemimpin ini menjadi pilihan pengguna Facebook untuk menggantikan pemimpin sedia ada dari Barisan Nasional. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 Disember, 2017.

LEBIH daripada setengah pengguna Facebook di Malaysia setuju memilih Dr Mahathir Mohamad dan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pemimpin negara asalkan Perdana Menteri Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional dijatuhkan.
Keputusan ini berdasarkan tinjauan undian The Malaysian Insight semalam sama ada mereka setuju dengan cadangan kedua pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu sebagai pemimpin jika menang pilihan raya umum akan datang.
Seramai 1,517 pengguna mengundi dalam tempoh 24 jam undian itu. Daripada jumlah itu, seramai 872 (57%) bersetuju, dan selebihnya, 645 (43%) tidak bersetuju.
Tinjauan yang sama juga dibuat di Twitter di mana hanya 107 (48%) mengundi duo Dr Mahathir-Dr Wan Azizah berbanding 115 (52%) yang tidak bersetuju, sepenjang enam jam tempoh undian.
Pengguna Facebook yang mengundi duo PH itu dilihat seolah terdesak untuk menggantikan kepimpinan semasa. Salah seorang penggundi, Muhamad Iszam berkata beliau lebih rela mengundi lipas daripada perdana menteri sekarang.
“Ya. Kalau awak letak lipas pun saya akan undi lipas itu. Najib patut berundur,” katanya dalam ruangan komen undian itu.
Begitu juga dengan seorang lagi pengguna Facebook, Sharifah Eedurah Al-Qudsie yang menyokong Dr Wan Azizah dengan harapan dapat menggantikan pemimpin sekarang.
“Saya katakan ya untuk Dr Wan Azizah asalkan Najib dan puaknya kalah,” katanya.
Dalam ruangan komen sama, Tamil Arasan bersetuju dengan strategi PH dengan berkata, “Atas dasar strategi politik, saya katakan Ya.”
Manakala bagi yang tidak bersetuju, mereka merasakan generasi lama sepatutnya undur diri, berkhidmat sebagai penasihat sahaja dan membuka peluang kepada muka baharu seperti Mohamed Azmin Ali atau Rafizi Ramli. 
“Tidak. Jadilah orang tua dan buka pentas buat orang baharu,” kata Ndrew Teng.
Seorang pengguna, Shawn Tan mahukan orang yang lebih muda dan lebih terkini.
“Berikan saya (calon) yang tahu guna komputer,” tulisnya yang membandingkan perbezaan umur dengan kemahiran teknologi.
Sementara itu, pengguna Florence Yau lebih suka adanya pemimpin yang datang dari rakyat biasa, bukannya dari golongan istimewa.
“Tidak untuk Tun Dr M. Saya nak seseorang yang bukan dari keluarga istimewa. Anak orang istimewa yang nakal-nakal bila memimpin negara akan membawa kepada kehancuran… Macam (yang terjadi) sekarang,” katanya. – 5 Disember, 2017.
The Malaysian Insight

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena