Wednesday, 6 December 2017

[Video LHDN 'surat cinta' yang membebankan? Azmin: Ayuh Sabahan jangan benarkan Umno (fixed deposit) mempergunakan Sabah] Sabah dan Sarawak perlu bersatu lawan Zahid, kata Warisan.

Khamis, 7 Disember 2017


Image result for Gambar Najib kleptokrasi
Image result for Gambar Najib kleptokrasi

Sabah dan Sarawak perlu bersatu lawan Zahid, kata Warisan

Sabah dan Sarawak perlu bersatu lawan Zahid, kata Warisan
Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking berkata situasi semasa semakin jelas membuktikan yang pemimpin Semenanjung enggan mengembalikan hak istimewa negeri Malaysia Timur. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Disember, 2017.

AHLI Parlimen Penampang Darell Leiking mencadangkan pembentukan blok Borneo antara Sabah dan Sarawak bagi menguatkuasakan hak istimewa kedua negeri itu seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 
Timbalan presiden Warisan itu berkata keperluan bagi Sabah dan Sarawak menafikan mandat mentadbir Barisan Nasional semakin mendesak apatahlah lagi dengan amaran Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa hukuman berat akan dikenakan kepada pihak yang memperjuangkan isu keserantauan di Sabah dan Sarawak.
Beliau mengatakan, situasi semasa semakin jelas membuktikan yang pemimpin Semenanjung enggan mengembalikan hak istimewa negeri Malaysia Timur.
“Amaran dikeluarkan Zahid Hamidi sangat berbahaya dan bertentangan dengan semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 yang dipersetujui pihak terlibat.
“Saya yakin yang ramai rakyat Sabah tidak bersetuju (terlibat dalam) membentuk Persekutuan Malaysia hanya untuk menyaksikan identiti mereka hilang dan menjadi salah sebuah negeri dalam persekutuan.
“Tetapi mereka bersetuju berasaskan (jaminan) yang semua pihak menandatangani Perjanjian Malaysia adalah setara dan Sabah juga diberikan jaminan (hak istimewa negeri dipelihara),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Leiking berkata Zahid dan pemimpin Semenanjung lain gagal memahami bahawa aspek keserantauan di Sabah dan Sarawak adalah hak eksklusif dan asasi negeri-negeri Borneo Malaysia seperti termaktub dalam MA63. – 6 Disember, 2017.
The Malaysian Insight

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena