Tuesday, 5 December 2017

[Video Awas! Akan berkatalah cucu2 kita nanti, "Inilah bencana yg dibuat atuk2 kita"! Cash Is King, Pegangan Najib Rosakkan Negara] Lagi SPR buat kerja ‘gila’ daftar pengundi di kuarters kem tentera belum siap di Bera pula.

Rabu, 6 Disember 2017

Related image
Related image
Foto BERSIH 2.0 [OFFICIAL].
Kenyataan Media
5 DISEMBER 2017

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Gagal Menegakkan Integriti Pilihan Raya Dalam Siasatan Awam Pemindahan 1,079 Pengundi Tentera
Ke Kem Yang Belum Dibina

Berikutan bantahan terhadap pemindahan 1,079 pengundi tentera dan pasangan mereka ke Kem Segamat, Johor siasatan awam yang berlangsung semalam telah mendapati bahawa pemindahan pengundi-pengundi terlibat adalah sah walaupun kem tentera tersebut masih dalam proses awal pembinaan
.
“Ini merupakan suatu kesalahan dan penipuan pilihan raya yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. BERSIH 2.0 berpendapat bahawa pemindahan pengundi tentera seperti dalam kes ini adalah sama seperti kes pengundi hantu, di mana pengundi diperalatkan untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya,” kata Puan Maria Chin Abdullah, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0).

Kes ini amat unik di mana pemindahan pengundi secara besar-besaran beramai-ramai dijelaskan atas alasan arahan panglima angkatan tentera walaupun anggota tentera ini belum tentu akan bermastautin di kawasan tersebut apabila pilihan raya umum ke-14 diumumkan nanti, dan berkemungkinan besar pengundi-pengundi Kem Segamat akan mengundi melalui undi awal atau undi pos.

“Keputusan siasatan awal oleh pegawai SPR dalam isu pemindahan pengundi-pengundi ini amat membimbangkan. Bagaimanakah SPR yang sepatutnya menjaga dan melindungi integriti pilihan raya boleh membenarkan pemindahan pengundi dalam kes ini? Adakah ini bermaksud sekiranya saya ingin berpindah ke Johor Bahru pada tahun depan, SPR boleh memproses pertukaran kawasan mengundi saya sekarang? Ini langsung tidak masuk akal,” jelas Puan Maria.

Ketika siasatan awam dijalankan semalam, saksi tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik siasatan dan kad pengenalan orang yang dibantah juga tidak ditunjuk kepada pembantah sebagai bukti.

Seksyen 17 (3) Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 menyatakan bahawa pendaftar pengundi harus mengeluarkan nama pengundi yang terlibat dari rang daftar pemilih sekiranya bukti kelayakan yang dikemukakan tidak memuaskan. Kelayakan pemilih dilindungi di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang mencirikan pemilih sebagai warganegara yang bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh pendaftaran.

“Kementerian dan institusi-institusi kerjaan harus menghormati dan melindungi hak pengundi untuk memilih kerajaan pilihan rakyat, terutamanya badan yang menjalankan proses pilihan raya. Pemanipulasian keputusan pilihanraya adalah penghinaan hak undi warganegara Malaysia,” kata Puan Maria lagi.

Pada 31 Oktober, Parti Tindakan Demokrasi (DAP) mandapati 1,051 pemilih telah didaftarkan di Kem Segamat, dan 28 lagi di Regimen 501 Askar Wataniah Kem Segamat. Kem Segamat terletak di P140 Segamat, iaitu sebuah kerusi parlimen yang dimenangi oleh Menteri Kesihatan, Dato Subramaniam dengan hanya 1,217 undi. SPR juga telah mewujudkan dua lokaliti baru yang bertempat di Kem Segamat untuk pengundi-pengundi ini.

Tindakan memindahkan pengundi secara haram dan terancang ke kerusi-kerusi marginal bukan suatu isu baru, dan telah banyak kali didedahkan oleh BERSIH2.0 dan parti-parti politik pada tahun ini, khasnya di Bukit Katil, Lembah Pantai, Kluang, dan Hutan Melintang.

Siasatan awam bantahan terhadap pemindahan pengundi tentera dan pasangan mereka akan dijalankan sepanjang tempoh 4 hingga 7 hb Disember.

BERSIH 2.0 menyeru rakyat Malaysia untuk tidak putus asa dan lawan penipuan pilihan raya dengan menyertai usaha memantau dan memerhati Pilihan Raya Umum ke-14 melalui program PEMANTAU. Untuk maklumat lanjut, layariWWW.PEMANTAU.ORG.

Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0


SPR buat kerja ‘gila’ daftar pengundi di kuarters kem tentera belum siap,kata PKR

SPR buat kerja ‘gila’ daftar pengundi di kuarters kem tentera belum siap,kata PKR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Pertahanan Malaysia (KPM) digesa menunjukkan bukti mengenai pembangunan projek Kem Tentera Darat di Bera sama ada telah beroperasi untuk menempatkan seramai 1,234 anggota tentera dan pasangan mereka yang dipercayai telah menduduki kawasan kem berkenaan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Zakaria Abdul Hamid dalam kenyataan hari ini berkata, kegagalan pembuktian oleh SPR dan Kementerian Pertahanan akan menjejaskan lagi persepsi rakyatterhadap ketelusan SPR dan Kementerian Pertahanan.
” SPR akan dilihat tidak bersih dengan bertindak atas arahan pihak kerajaan Barisan Nasional demi kepentingan survival politik mereka.
“Tinjauan kami ke lokasi kem mendapati tiada tanda-tanda kem telah beroperasi dan kami tidak dibenarkan masuk untuk meninjau kuarters tentera atas alasan kawasan larangan,” ujarnya dalam kenyataan itu.

Sebelum itu Zakaria yang juga Ketua Cabang PKR Bera mengiringi sekumpulan pembantah untuk pendengaran Siasatan Awam Bantahan Daftar Pemilih Baharu pagi ini bagi lokaliti Kem Bera yang menempatkan 1,234 pengundi tentera.
Pendengaran di hadapan Pendaftar SPR Pahang Datuk Zamree Hamli, bantahan itu telah ditolak dengan kos dan Orang Kena Bantah (OKB) telah dimasukkan kedalam daftar pemilih.
Bantahan dibuat berpandukan keadaan fizikal kem tersebut yang masih dalam pembinaan, dah dijangka siap pada Julai 2018.
Selepas penghakiman menolak bantahan, Pendaftar SPR telah memaklumkan kepada hadirin bahawa alasan penolakan adalah kerana SPR mempercayai kesemua pemilih tentera bersama pasangan mereka menginap di kem tersebut dan kem tersebut telah beroperasi sepenuhnya.
Daripada papan keterangan projek Kementerian Pertahanan di tapak projek pembinaan jelas menunjukkan Kem Tentera Bera tersebut dijangka siap pada 3 Julai 2018 sejak projek pembinaan dimulakan pada Julai 2017.
Sedangkan kemungkinan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan selewatnya sebelum Jun 2018 berakhirnya penggal pemerintahan BN.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena