Wednesday, 6 December 2017

[Video Suara Anak Anak Sabah & JANGAN PERCAYA Najib UmnoBN Lagi! Sabah Untuk Sabah] Zahid salah faham slogan ‘Sabah untuk Sabah', kata Warisan.

Rabu, 6 Disember 2017

Zahid salah faham slogan ‘Sabah untuk Sabah,’ kata Warisan

Zahid salah faham slogan ‘Sabah untuk Sabah,’ kata Warisan
Naib Presiden Parti Warisan, Junz Wong berkata, sebelum menuduh semberono, lebih elok jika pemimpin negara meletak dan merasa diri mereka sebagai rakyat Sabah terlebih dahulu. – Gambar The Malaysian Insight, 6 Disember, 2017.

SEMANGAT kenegerian rakyat Sabah adalah salah faham besar, kata pemimpin-pemimpin Sabah, menolak tuduhan tersebut sebagai cubaan untuk mencetuskan huru-hara.
Slogan “Sabah untuk Sabah” dilaungkan supaya negeri-negeri di timur Malaysia dilayan sama rata oleh kerajaan persekutuan seperti mana negeri lain di semenanjung, kata naib presiden Parti Warisan Junz Wong.
Beliau berkata, sebelum menuduh semberono, lebih elok jika pemimpin negara meletak dan merasa diri mereka sebagai rakyat Sabah terlebih dahulu.
“Pemimpin persekutuan patut bersuara sebagai pemimpin peringkat negara, bukan berdasarkan sudut pandang sebagai orang semenanjung.
“Sentimen Sabah untuk Sabah telah wujud berdekad lamanya di sini. Kalau slogan itu adalah hasutan, Warisan akan berhenti dari laungkan. Tapi tak ada jaminan orang Sabah akan turut berhenti (laungkan slogan),” katanya.
Semalam, Naib Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran, bahawa kebangkitan semangat kenegerian dan slogan “Sabah untuk Sabah” dan “Sarawak untuk Sarawak” itu bersifat menghasut.
Tambah Zahid, sesiapa yang berkongsi atau melaungkan slogan itu boleh dikenakan tindakan.
Slogan “Sabah untuk Sabah” telah wujud sejak 1990-an berikutan dakwaan kerajaan persekutuan tidak menunaikan janji seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Antara punca ketidakpuasan hati itu ialah apabila Sabah tidak memperoleh 40% hasil negerinya sendiri.
Terdapat juga rasa tidak puas hati status Sabah yang “diturunkan” sebagai salah satu daripada 13 negeri Malaysia pada 1976, walhal Sabah merupakan salah satu daripada empat negeri yang menandatangai MA63.
Kerajaan persekutuan juga tidak pernah menyemak MA63 walaupun pernah bersetuju untuk menyemak semula ketika menandatangani MA63.
Bendahari Warisan, Terrence Siambun berkata slogan itu bukan bertujuan untuk menimbulkan kebencian terhadap pemimpin persekutuan mahupun rakyat Malaysia timur, tetapi sebenarnya ia bertujuan untuk menyeru penduduk Sabah bangkit menyuarakan hak mereka seperti termaktub dalam MA63.
“Penduduk Sabah, tak pernah mahukan (parti berasaskan kaum) seperti Umno untuk Melayu, MIC untuk India dan MCA untuk Cina.
“Malah, penduduk Sabah tidak berkongsi budaya pun dengan rakyat Malaysia Timur. Tapi kita ramah terhadap rakyat Malaysia Timur yang mengunjungi negeri kami.
“Apa yang kami tak setuju ialah bila mereka campur tangan urusan pentadbiran negeri,” katanya.
Presiden Parti Progresif Sabah Yong Teck Lee berkata, Zahid tidak faham (keadaan di Sabah), malah, pemimpin tempatan Sabah yang sebenarnya mewakili aspirasi penduduk Sabah.
“Kalau Sabah bukan untuk Sabah, jadi Sabah ni untuk siapa? Bukankah penduduk Sabah juga rakyat Malaysia?” katanya.
Dalam pada itu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Jeffrey Kitingan berkata, slogan itu slogan lama dan penduduk Sabah berhak menggunakan slogan itu.
“Slogan Sabah untuk Sabah ni macam konsep Bangsa Johor,” kata Jeffrey.
“Zahid mainkan isu ini sebab pilihan raya dah nak dekat. Apa motif beliau takut-takutkan rakyat? Kami dah guna slogan ni dah lama dah.
“Saya fikir, mereka cuba tunjukkan penggunaan undang-undang yang bersifat mendera,” katanya.
Jeffrey berkata, slogan itu adalah untuk menegaskan hak istimewa Sabah, berkaitan isu royalti minyak sehingga hasil cukai yang menyebabkan negeri Sabah terbantut dari segi pembangunan selain ramai rakyat miskin.
Katanya Sabah sebenarnya milik penduduk Sabah yang juga rakyat Malaysia. – 6 Disember, 2017.
 The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena