Thursday 4 January 2018

[Video Anakku Sazali & Kangkung Dah Turun Kenapa Tak Puji Kerajaan Najib] Longgok kawasan pilihan raya ikut kaum tidak jamin kemenangan BN, Melayu juga ingin perubahan.

Khamis, 4 Januari 2018


Image result for Gambar Kangkong dah turun kenapa tak sokong kerajaan
Kangkung turun!

Longgok kawasan pilihan raya ikut kaum tidak jamin kemenangan BN, Melayu juga ingin perubahan


Cadangan persempadanan semula bahagian pilihan raya yang secara ketara melonggokkan satu-satu kaum di banyak kawasan terutama di Selangor tidak akan menjamin kemenangan mutlak Umno-BN, tegas timbalan ketua Pemuda Pakatan Harapan negeri, Abbas Azmi (foto).


Menurutnya, kuasa sebenar terletak di tangan rakyat sebagai pengundi yang dihimpit kenaikan mendadak kos sara hidup akibat polisi dan tindakan Umno-BN sebagai parti pemerintah dalam kerajaan Persekutuan.
“Kita tidak nafikan syor persempadanan semula oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) khususnya di Selangor mendatangkan tempias kepada Pakatan Harapan termasuk dari segi strategi dan pendekatan selepas ini.
“Tiba-tiba banyak kawasan yang dulu kita menang di Selangor, dipecah-pecah dan dilonggokkan pula ikut kaum. Daripada mulanya kawasan bercampur dengan jumlah pengundi Melayu dan Cina lebih kurang sama banyak, sekarang diubah didominasi oleh satu-satu kaum.
“Tapi kita jangan lupa, PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14) ini sebenarnya adalah ‘rakyat hakim negara’.
“Serahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan pihak mana yang komited untuk menangani pelbagai masalah yang kita semua hadapi pada masa ini,” katanya ketika ditemui Malaysia Dateline di Shah Alam.
Ketua Pemuda AMANAH Selangor berkenaan berkata demikian ketika diminta mengulas pembentangan timbalan pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman semalam berhubung kesan persempadanan semula terhadap PRU-14.
Menurut bekas pensyarah kanan Universiti Malaya (UM) itu, BN di atas kertas seolah-olah yakin boleh mengambil alih Selangor selepas kajian mendapati banyak kawasan bercampur yang dimenangi calon Pakatan Rakyat ketika pilihan raya umum lalu telah diubah kepada didominasi satu-satu kaum.
Mengulas lanjut, Abbas berkata, kecenderungan mengumpulkan pemilih Melayu di sesebuah kerusi dengan motif mahu melihat Umno-BN menang seolah-olah menganggap segmen pengundi yang menjadi target rejim itu terlalu naif untuk membuat pilihan.
“Jangan skeptikal terhadap pengundi Melayu. Orang Melayu sudah berubah. Terbukti pada PRU 2004, pengundi Melayu sudah terang-terang bangkit berubah dengan menyingkirkan Umno-BN.
“Walaupun SPR mampu buat apa yang dia mahu ditambah dengan penekanan Najib Razak tahun lepas yang asyik mengulang ‘sehingga ke titisan darah terakhir’ dalam mahu mempertahankan kuasa, rakyat sebenarnya yang mempunyai kuasa penentu,” tegasnya.
Tambahan pada masa ini, jelasnya, kenaikan harga barang akibat kesan berantai cukai menindas GST dan penarikan subsidi terhadap barangan keperluan rakyat semakin mencelikkan rakyat betapa bahayanya terus memberi mandat kepada Umno-BN.
“Orang Melayu pun tidak terkecuali daripada merasa tertekan. Belum lagi harga minyak yang lebih kerap naik daripada turun.
“Ini semua tidak berlaku menjelang PRU-13 lepas. Ini yang menyebabkan orang Melayu tidak boleh diam, apa lagi masih mengundi Umno-BN,” ujar Abbas lagi. 

Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena