Ketika sebahagian besar pelajar kembali berjumpa dengan rakan sekelas mereka semalam, pelajar di SJK (T) Ladang Jasin Lalang, Melaka, memilih untuk memulau kelas masing-masing dan sebaliknya berhimpun di luar pintu sekolah dengan ibu bapa mereka.
Ini kerana mereka tidak puas hati dengan kerajaan persekutuan kerana gagal membina bangunan baru, untuk sekolah itu seperti dijanjikan tujuh tahun lalu semasa pilihan raya kecil Merlimau.
Bantahan yang berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 3 petang itu, menyaksikan 41 pelajar dan ibu bapa mereka enggan memasuki kawasan sekolah.
kinitv
Sekolah baru tak siap, pelajar enggan masuk kelas

Pengerusi PIBG sekolah itu, R Murugan, yang antara membantah, mendakwa BN telah berjanji untuk membina sebuah bangunan baru sekolah berkenaan untuk masyarakat India semasa kempen pilihan raya kecil pada 2011.
"Wakil tempatan juga menunjukkan kepada kami geran tanah untuk membuktikan kerajaan BN memperuntukkan sebidang tanah seluas empat hektar untuk sekolah baru.
"Tetapi tanah tetap kosong. Hanya ada kelapa sawit dan hutan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Murugan berkata, timbalan menteri pendidikan menteri P Kamalanathan telah melawat tapak itu pada 2016, dan berjanji bahawa sekolah berkenaan akan dipindahkan ke lokasi baru bagi tahun akademik ini.
"Sekarang tahun 2018, tiada apa yang dilakukan sama sekali," katanya dengan kesal.
Dalam sebuah video yang dimuat-naikkan oleh ADUN Ayer Keroh Khoo Poay Thiong, Murugan dilihat bertengkar dengan pegawai pendidikan daerah mengenai pembinaan itu.
malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment