Tuesday, 23 January 2018

[Video Terkini Tun M-PC Pakatan Harapan MENUJU PRU 14 cikgu bard makan dedak? 'nak boikot ke nk tngok najib terus perintah'] Kempen #Undi Rosak PRU14 datang daripada orang Umno-BN, kata Mahathir.

Selasa, 23 Januari 2018

Posted by 
Related image

Kempen #Undi Rosak PRU14 datang daripada orang Umno-BN, kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan usaha pihak tertentu untuk menjalankan kempen #Undi Rosak adalah usaha Umno-BN untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, kebanyakan pihak yang terbabit dikalangan ahli dan penyokong Umno sendiri.
“Boikot PRU14 kebanyakan orang ini datang daripada  Umno kononnya tiada perbezaan antara PH dan BN jika memerintah kelak.
“Sebenarnya jika ramai yang tidak keluar mengundi akan memberikan kemenangan kepada BN. Umno nak cari kemenangan dengan mengalihkan tumpuan pengundi.
Tun Dr Mahathir Mohamad
“Kita semua tahu banyak perbezaan Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak) dengan calon perdana menteri PH,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Beliau mengulas mengenai kumpulan media sosial yang melancarkan kempen #UndiRosak bagi membantah pemilihan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri PH yang diumumkan oleh Majlis Presiden pada Konvensyen Pakatan Harapan pada 7 Januari lalu.
Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata, sekiranya ada pihak yang menyamakan kepimpinan perdana menteri hari ini dan perdana menteri dahulu menunjukkan kefahaman politik yang cetek.
“Negara ini tidak seperti ketika zaman selepas kemerdekaan dulu. Malaysia sebuah negara miskin dengan populasi di Kuala Lumpur 330,000 sekarang sudah meningat 7juta populasi di KL…pastinya ada seseorang yang sudah melakukannya.
“Jika nak kata perdana menteri dulu dan perdaa menteri hari ini adalah sama tidak betul,” terangnya.
Bahkan Pengerusi Bersatu ini juga berkata hanya 1% sahaja pengundi muda yang berkemungkinan menyokong kempen boikot itu.
“Kita tidak suka rakyat yang tidak faham mengenai politik negara. Jangan ada yang kata jika berlaku apa-apa di negara ini kita akan berhijrah ke Ausralia,” tegasnya lagi.
Ditanya sebab beliau yakini BN yang   mendalangi kempen boikot diadakan itu Dr Mahathir menjelaskan, BN mempunyai cara tertentu menentukan penyokong parti itu selain daripada memberikan dedak dan lain-lain habuan, dakwanya.
“Besar kemungkinan yang akan untung jika pengundi tidak mengundi ialah BN. Mereka ini jadi penyokong BN secara lansung. Mereka tidak menentang PH dan BN tetapi ‘benefit” yang mereka dapat daripada BN.
“Ini berkenaan dengan undi satu undi boleh menentukan menang atau kalah sesuatu calon. Sebab itu kita (PH) tidak mahu walaupun satu orang tidak mengundi kerana melakukan boikot.
“Sebenarnya jika mereka tidak mengundi mereka kekalkan Najib,” ujar bekas perdana menteri 22 tahun ini.
Datuk Saifuddin Abdullah
Bagi Setiausaha Majlis Presiden PH Datuk Saifuddin Abdullah beliau berpendapat walaupun kempen boikot dilaksanakan ia bukan penentu kepada kemenangan atau kekalahan mana-mana parti.
“Bila kita cakap tentang pilihan raya kita tengok pada angka.
“Pada PRU12 dan PRU13 adalah dua PRU yang ‘turn out’ undi majoriti  pakatan pembangkang paling tinggi dalam sejarah Malaysia.
“Kalau kita tengok dalam sejarah dimana -mana negara di dunia ada parti suka ‘high turn out’ dan ada parti suka ‘low turn out’.
“Jadi dalam sejarah Malaysia bila ‘hight turn out’ BN akan menang tipis  mereka akan lakukan sesuatu yang buruk, jadi BN akan galakkan orang tidak keluar mengundi terutama pengundi atas pagar yang mempunyai keyakinaan 50-50 terhadap parti-parti bertanding.
“Sebab itu BN ‘spinning’ supaya orang tidak akan keluar mengundi.
“Bagi pengundi tegar mereka akan keluar mengundi kita boleh kira berapa peratus yang akan undi BN dan PH kelak,” ujarnya.
TanSri Abdul Rashid Abdul Rahman
Bagi Naib Presiden Bersatu Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pula mencabar agar penyokong BN yang tidak menyakini kepimpinan Najib supaya turut kempen memboikot dengan tidak keluar mengundi.
“Banyak cara nak boikot pilihan raya.  Ada yang cara terang-terangan berlaku dengan tidak keluar mengundi. Dulu banyak yang keluar mengundi tetapi banyak juga undi yang dirosakkan.
“Bila kita (SPR) dapati banyak kertas undi rosak ini menunjukkan mereka tidak mahu undi sesiapa.
“Tapi sekarang ini boikot PRU saya tidak percaya akan dilakukan dikalangan pengundi muda.
“Saya nak seru supaya boikot ini dilakukan dikalangan orang sebelah sana (Umno-BN) saya nak bagi tahu orang sebelah sana yang tak berani nak lahirkan kebencian mereka, saya sarankan mereka tidak payah keluar mengundi. Biarkan yang akan keluar mengundi nanti penyokong Pakatan Harapan saja,” ujar bekas pengerusi SPR ini.
MD.



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena