Monday, 1 January 2018

[Video PENDEDAHAN PENYELEWENGAN NAJIB & P Pinang berjaya tarik pelaburan RM9 bilion, Kelantan 'last sekali' hanya RM4.2 juta aje?] Nak mengata Mahfuz tengoklah kiri kanan dulu, Tuan Ibrahim!

Isnin, 1 Januari 2018

Nak mengata Mahfuz tengok kiri kanan dulu, bidas Ustaz Zolkharnain

Nak mengata Mahfuz tengok kiri kanan dulu, bidas Ustaz Zolkharnain

Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin memperingatkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya melihat kiri kanan terlebih dahulu sebelum mengata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang mengisytiharkan keluar Pas semalam.
“Kalau ia pun Timbalan Presiden Pas nak komen Mahfuz keluar Pas, komenlah dengan lebih manis. Mahfuz bukan anak kecil dalam Pas. Dia masuk Pas bukan pada era gemerlapan seperti era Timbalan Presiden Pas masuk Pas.

Ustaz Zolkharnain Abidin
“Mahfuz bergelumang dengan Pas jauh lebih awal daripada Timbalan Presiden Pas. Ketika Timbalan Presiden Pas masih bersandiwara agama dalam Forum Perdana RTM, Mahfuz sudah pun makan gas pemedih mata FRU.
“Ketika Timbalan Presiden Pas makan elaun Forum Perdana ribu-riban, Mahfuz ke hulu ke hilir berceramah dengan saguhati RM30. Dia sara hidupnya dengan saguhati itu,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Kata beliau lagi, ketika Timbalan Presiden Pas itu tidur di hotel berbintang-bintang sediaan penganjur Forum Perdana, Mahfuz tidur di bawah meja mesyuarat di bilik mesyuarat pejabat Pas Taman Melewar.
Tambahnya, ketika Timbalan Presiden Pas masih berlembut lidah bercakap agama jaga hati Umno dalam Forum Perdana mengikut skrip RTM, Mahfuz sudah pun hentam BN berapi-rapi dalam ceramahnya.
“Ketika Timbalan Pres Pas berforum perdana di bawah lampu limpah stadium di hadapan ramai orang, Mahfuz sudah pun berceramah berdepan pokok kelapa sawit dan tengah hujan.
“Pendek kata, pedih, payah, susah, lelah Mahfuz bersama Pas jauh lebih awal daripada Timbalan Presiden Pas. Air mata Mahfuz tumpah kerana Pas lebih banyak daripada Timbalan Presiden Pas. Peluh Mahfuz kerana Pas lebih lencun berbanding Timbalan Presiden Pas.
“Tiba-tiba apabila Mahfuz keluar Pas, Timbalan Presiden Pas kata Mahfuz ibarat buah busuk yang tak berguna. Fuhh… Sedapnya mulut. Buah busuk tidak berguna itulah yang mengusung Pas ke sana-sini sehingga nikmatnya dirasa oleh Tim Pres Pas sekarang.
Jangan lupa, jasa Mahfuz dalam politik diiktiraf apabila dia dianugerah datuk. Anugerah itu kerana jasal dalam politik bukan jasa dalam Forum Perdana RTM seperti Timbalan Presiden Pas itu, kata Ustaz Zolkharnain.
Malaysia Dateline.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena