Saturday, 24 March 2018

[Video SIRI 4: RTI - KUMPULAN YANG DIBIAYAI Umno?] Pekerja kilang Linatex mengadu dibuang kerja, tempat bakal diganti pekerja asing.

Ahad, 26 Mac 2018

Tumpang sekole.

Pekerja kilang Linatex mengadu dibuang kerja, tempat bakal diganti pekerja asing

Pekerja kilang Linatex mengadu dibuang kerja, tempat bakal diganti pekerja asing


Sekumpulan 15 pekerja kilang berasaskan getah, Linatex di Jalan Ipoh, Batu Caves, Selangor hari ini menemui dan mengadu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Husam Musa mengenai tindakan buang kerja yang dibuat oleh syarikat mereka bekerja.
Menurut mereka, notis pemberhentian yang mereka terima daripada pihak pengurusan syarikat sangat singkat dengan tuduhan yang pelbagai.
Menurut Husam Musa, dalam pertemuan tersebut, pekerja-pekerja terbabit memberitahu, jumlah mereka yang terlibat digantung kerja pula adalah seramai 38 orang dan kilang berkenaan mempunyai sekitar 300 orang pekerja dengan lebih 150 orang warga tempatan.
Syarikat berkenaan, Wier Minerals Malaysia Linatex menurut beliau, adalah sebuah syarikat Scotland.
Justeru pada pertemuan berkenaan, Husam menyarankan mereka yang terlibat menulis surat kepada pemilik syarikat berkenaan berhubung perkara tersebut.
15 pekerja kilang Linatex membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang kerana dibuang kerja.
Naib Presiden AMANAH itu melahirkan rasa dukacita kerana pekerja-pekerja yang rata-rata telah lama berkhidmat ini akan diberhentikan dan sebaliknya akan diganti oleh pekerja asing.
Jai Ganesh Subramaniam, wakil 15 orang pekerja yang bertemu Husam tersebut pula berkata, pihaknya akan membawa perkara tersebut ke mahkamah Isnin ini.
Sebelum itu kesemua mereka membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang berhubung perkara berkenaan sebelum membawa perkara tersebut ke mahkamah nanti.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena