Wednesday, 21 March 2018

[Video PEGAWAI KERAJAAN LINDUNGI PENJENAYAH (Najib) AKAN DIPECAT] GST dikenakan kepada rakyat kerana Najib Salah Guna & Bazirkan Wang Kerajaan.

Rabu, 21 Mac 2018

Hasil carian imej untuk Gambar manifesto Pakatan Harapan

"GST KERANA NAJIB SALAH GUNA DAN BAZIRKAN WANG KERAJAAN"

1. Najib dan konco-konconya masih cuba pertahan cukai G.S.T. sebagai amat penting bagi kewangan Kerajaan. Kononnya tanpa GST Kerajaan tidak boleh berfungsi, tak dapat bangunkan negara.

2. Bahawa negara ini berjaya dibangunkan dahulu sehingga mendapat gelaran “Harimau Asia” tanpa GST tidak disebut sama sekali.

3. Sebenarnya pendapatan Kerajaan tiap tahun sejak 2009 hingga 2017 jauh lebih tinggi (3 kali ganda) dari pendapatan Kerajaan pada 1995-2002. Dengan pertambahan pendapatan yang begitu besar apa perlunya cukai tambahan seperti GST.

4. GST adalah faktor terbesar yang menyebabkan kos sara hidup melambung tinggi. Dengan ditarik balik berbagai subsidi termasuk minyak tekanan ke atas rakyat, terutama golongan miskin dan yang berpendapatan sederhana amatlah berat.

5. Sudah tentu kos sara hidup akan turun jika GST dihapuskan.

6. Penghapusan GST tidak akan menjejaskan pentadbiran dan pembangunan negara. Jika hari ini GST diperlukan sebabnya ialah kerana banyak wang Kerajaan disalah guna dan dibazirkan. Salahguna ini menjadi begitu besar menjelang PRU 14.

7. Sogokan kepada pengundi meningkat dengan mendadak. Wang tunai beribu Ringgit diberi kepada pengundi tanpa sebab. Di tiap-tiap negeri diadakan Ekspo mempamer jabatan-jabatan Kerajaan. Swasta dipaksa ambil bahagian dalam Ekspo ini. Hadiah yang diberi kepada pelanggan cabutan nombor bertuah termasuk rumah dan tanah, kereta dan motosikal, beras berkampit kampit, alatan dapur dan bermacam lagi. Bermillion Ringgit duit Kerajaan disalah guna untuk sogokan ini.

8. Kontrak Kerajaan dinaikkan nilai supaya  sebahagian  diselewengkan untuk kegunaan parti Kerajaan dan orang tertentu.

9. Hutang Kerajaan sekarang sudah hampir 1 trillion. Hutang 1MDB sekarang dibeban kepada Kementerian Kewangan. Bayaran faedah hutang ini menelan ratusan juta Ringgit.

10. Walaupun hutang sudah begitu tinggi, Najib hutang lagi. Keretapi Pantai Timur tidak berdaya maju tetapi pembangunannya dirancang supaya boleh hutang lagi. Lima puluh lima billion Ringgit di hutang dari negara China untuk ECRL walaupun keperluan hanya 35 billion Ringgit.

11. Dirancang lagi keretapi laju dari Singapura ke Kuala Lumpur. Ini memerlukan 60 billion Ringgit. LRT/MRT Kuala Lumpur akan telan berbillion lagi.

12. Dahulu tanpa GST negara bangunkan Lebuhraya Utara Selatan, landasan keretapi berkembar elektrik, Lapangan Terbang KLIA dan di bandar-bandar lain, pelabuhan-pelabuhan, jaringan lebuhraya, pembangunan luar bandar, sekolah, universiti, hospital, bekalan air dan stesen janaelektrik dan bermacam lagi. Sesungguhnya tanpa GST pembangunan  dan pentadbiran negara tidak terjejas bahkan lebih hebat dari sekarang. Hutang negara juga tidak begitu tinggi. Beban bayaran hutang tidak memakan peratusan yang tinggi dalam belanjawan negara.

13. Dengan pendapatan  Kerajaan jauh lebih tinggi dari dahulu, pentadbiran dan pembangunan negara sepatutnya ternampak jelas. Tetapi hakikatnya tidak banyak pembangunan terlihat dan yang meningkat dengan tinggi ialah hutang.

14. Sesungguhnya bukan sahaja GST tidak diperlukan tetapi hutang juga tidak perlu dipinjam dengan begitu banyak.

15. GST tidak diperlukan. Yang penting ialah pentadbiran dan pembangunan negara dibuat secara berhemah, tanpa pembaziran, tanpa rasuah.

16. Jikalau dahulu kita dapat bangunkan negara sehingga dikenali sebagai Asian Tiger, tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh bangunkan negara dengan lebih baik dengan pendapatan Kerajaan jauh lebih tinggi tanpa GST.

17. Dibawah ini diperturunkan angka-angka pendapatan Kerajaan antara tahun 1995 hingga 1997, pendapatan antara tahun 2000 hingga 2002, dan pendapatan antara tahun 2009 hingga 2017.


Tun Mahathir Mohamad

Pengerusi Pakatan Harapan
(Dipetik daripada blog Chedet)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena