HADI DAH JADI MAT JENIN
Sekejap nak jadi kerajaan, sekejap nak jadi king maker, sekejap nak jadi penasihat.
Pemimpin yang tidak ada pendirian istiqomah dan taqwa.
Lebih baik dan lebih tepat, ahli, penyokong dan silent majoriti nak tahu samada betul atau tidak PAS tali barut umno?
Hanya DAP yang boleh hampir pasti menang semua kerusi yang ditandinginya dan sudah boleh jadi mat jenin.
Itupun lim kit siang tidak berani kerana hakikat politik Malaysia sekarang, rakyat sudah cerdik, rakyat sudah berani bersuara dan kuasa memang di tangan rakyat, jangan cuba main² dan mempermainkan rakyat kali ini.
Peranan NGO² juga sangat kuat mewakili suara dan kuasa rakyat untuk mengawal kebuasan mana² parti politik yang tidak beretika dan bermuka².
PAS wajar hindari dua perkara, jangan sampai jadi parti mat jenin atau putar alam yang akan menyebabkan ramai calonnya akan ditolak ahli sendiri dan hilang wang deposit.
Jangan kerana pelahap dan kemaruk untuk menang, sudah ada yang janji bulan dan bintang, sudah ugut syurga dan neraka. Sedangkan iman mereka sendiri tergugat dengan curahan dedak.
PAS jangan macam², jangan ubah hukum ikut telunjuk mereka, jangan ubah pendirian berkali kali, jangan cakap berdolak dalik, jangan cakap tak serupa bikin, jangan jadi alat pengkhianatan kepada kebenaran, jangan sokong secara sembunyi di atas segala kemungkaran - kerana semua jalan itu tidak mustaqim.
Hadi juga cuba masukan unsur propaganda umno kononnya kuasa asing campurtangan sekadar dunia berpandangan serong ke atas Najib.
Apabila malaysia kritik mynmar dan israel, apakah itu maksudnya Malaysia campurtangan urusan kerajaan negara berkenaan? Pakai otak le sikit lobai.
# kritikan kepada Hadi bukan pasal kuliah subuh semasa dia jadi tok guru tetapi kritikan ke atas sifat dan sikapnya sebagai ahli politik.

0 comments:
Post a Comment