*BANGUNLAH MELAYU !!!*
*JANGANLAH DIPERBODOHKAN !!!*
*JANGANLAH DIPERBODOHKAN !!!*
Telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan bahawa setiap rakyat Msia bebas memileh parti politik yang mereka ingini. Dan sekiranya sesiapa menolak UMNO bukanlah ia menjadi satu kesalahan undang-undang. Menolak UMNO tidak sesekali akan mengurangkan kemelayuannya, tidak akan mencacatkan kecintaan terhadap negara dan ianya juga tidak akan mencemarkan keagamaannya.
Melayu bukanlah hakmilek UMNO utk dimonopoli dan dimanipulasi atau mempunyai hak mutlak terhadap perpaduan Melayu. Punca utama perpecahan Melayu adalah budaya UMNO yg ingin memenjarai minda Melayu. UMNO amat condong kepada sistem autokratik dan menyemai mentaliti taqlid buta terhadap ahli-ahli nya. Apakah UMNO ingat Melayu adalah kawanan lembu yang boleh dipaksa mengikut rentaknya? *Sudah sampai masanya menghapuskan UMNO*
Kerajaan hanyalah satu wadah yang melaluinya, rakyat mencapai pelbagai matlamat untuk kebaikan dan kepentingan bersama. Ianya juga bukanlah sesuatu entiti yang menekan atau menindas rakyatnya!
Apa yang Melayu akan hilang dengan menolak UMNO? Mereka akan hanya melenyapkan rantai yang selama ini memenjarai minda mereka.
*Sudah sampai masanya Melayu menyedarkan pemimpin-pemimpin UMNO siapa tuan sebenar yang membayar gaji mereka. Pemimpin-pemimpin politik mestilah menrealisasikan aspirasi rakyatnya, bukannya untuk dieksploit dan dimanipulasi untuk kesenangan mereka !!!*
0 comments:
Post a Comment