Wednesday, 28 March 2018

[Video 'Ini hari yang sedih'] Usul sempadan baru SPR pun diluluskan.

Rabu, 28 Mac 2018

Usul sempadan baru SPR pun diluluskan



Walaupun dikecam, ditentang dan didesak supaya dibatalkan, seperti dijangka usul persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan dengan undi majoriti hari ini.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengadakan undian secara blok bagi menentukan nasib usul yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak tengah hari tadi.
Selepas undian dijalankan usul yang menyaksikan perubahan nama kawasan parimen dan dewan undangan negeri serta perpindahan pengundi yang ketara itu disokong 129 anggota Dewan Rakyat, manakala 80 menolak.
Anggota parlimen bebas, Sim Tong Him (Kota Melaka) adalah salah seorang yang mengundi untuk menolak usul berkenaan, manakala seorang lagi wakil bebas Tan Sri Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) memberikan undinya untuk kerajaan.
Keputusan itu mengakhiri sesi sidang Dewan Rakyat hari ini.
Ketika keputusan diumumkan sebahagian besar anggota parlimen pembangkang menjeritkan perkataan "penipu" berkali-kali sambil mengangkat plakad bertulis "Bangkit rakyat, hentikan penipuan".
Bagaimanapun wakil PAS tidak berbuat demikian.

Sebelum itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil tempat menggulung perbahasan usul itu selepas ia dibahaskan 14 anggota parlimen BN dan pembangkang.
Antara wakil yang berpeluang berbahas hari ini ialah Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu), Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (Bagan).
Di pihak penyokong kerajaan pula yang diberi peluang berbahas ialah Liang Teck Meng (Simpang Renggam), Khoo Soo Seang (Tebrau) dan Datuk Irmohizam Ibrahim (Kuala Selangor).
Mengikut prosidur, laporan persempadanan semula kawasan pilihan raya itu akan dibawa untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebelum diwartakan dan digunakan pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena