Hampir 35,000 Hilang Pekerjaan Pada 2017.
Saksikan Berita Nasional INV8 Jam 12.00 Tengah Hari, 5.00 Petang & 8.00 Malam setiap hari (Isnin-Ahad) yang boleh disaksikan secara siaran langsung atau ulangan di laman Facebook Rafizi Ramli, INVOKE Malaysia & http://bit.ly/YoutubeINVOKEMalaysia !
[LIVE] Berita Nasional INV8, SELASA, 3 APRIL 2018, 8.00 Malam
Rangkuman berita malam ini :
Proses meluluskan Akta Antiberita Tidak Benar penuh cacat cela.
Utamakan manifesto, Bukan kata-kata pemimpin.
Pemandu teksi mengadu semakin tertekan.
Menteri jangka kabinet bubar Jumaat.
Hampir 35,000 hilang pekerjaan pada 2017.
Anuar Musa : Pembangkang hasut orang miskin benci GST.
Harapan menang pru jika ramai mengundi, Tun Mahathir.
"Dukun" akhirnya masuk panggung.
Utamakan manifesto, Bukan kata-kata pemimpin.
Pemandu teksi mengadu semakin tertekan.
Menteri jangka kabinet bubar Jumaat.
Hampir 35,000 hilang pekerjaan pada 2017.
Anuar Musa : Pembangkang hasut orang miskin benci GST.
Harapan menang pru jika ramai mengundi, Tun Mahathir.
"Dukun" akhirnya masuk panggung.
Sekiranya anda mempunyai sebarang berita yang ingin dikongsikan bersama rakyat Malaysia, anda boleh menghantarnya ke alamat emel : Berita@invokemalaysia.org
Hampir 35,000 hilang kerja pada 2017, kata kementerian
Sektor pembuatan paling banyak menyaksikan pengurangan tenaga kerja iaitu sebanyak 25,370 pekerja pada 2017, diikuti oleh sektor perkhidmatan, runcit dan kewangan.
KUALA LUMPUR: Hampir 35,000 rakyat kehilangan pekerjaan tahun lepas, sementara 1,065 lagi dibuang kerja pada Januari tahun ini, menurut Kementerian Sumber Manusia.
Sektor pembuatan paling banyak menyaksikan pengurangan tenaga kerja iaitu sebanyak 25,370 pekerja pada 2017, diikuti sektor perkhidmatan (1,476), runcit (1,275) dan kewangan (1,210), katanya dalam jawapan bertulis kepada V Sivakumar Naidu (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat hari ini.
Sivakumar bertanyakan jumlah pekerja yang hilang pekerjaan tahun lepas, sektor mereka dan langkah yang diambil untuk mengurangkan pengangguran.
Kementerian berkata ia menubuhkan pusat operasi seluruh negara untuk mengawasi situasi itu dan memastikan hak pekerja tidak diabaikan.
Pusat-pusat tersebut beroperasi secara bersama melibatkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Kementerian juga berkata pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan JobFair@UTCbagi membantu mereka yang kehilangan kerja akibat pengurangan tenaga kerja.
Majikan juga diingatkan untuk menyumbang kepada Skim Insurans Pekerjaan (SIP) yang diperkenalkan pada Februari sebagai jaringan keselamatan sosial yang membolehkan mereka yang kehilangan kerja memperoleh bantuan kewangan sementara.
Kementerian berkata sumbangan harus dibuat sebelum atau pada 15 hari bulan setiap bulan bagi mengelakkan denda bayaran lambat yang dikenakan ke atas majikan.
Semua pekerja 18 hingga 60 tahun perlu menyumbang 0.2% daripada gaji bulanan dengan sumbangan sama daripada majikan, tambahnya.
FMT.
0 comments:
Post a Comment