Thursday, 5 April 2018

[Video Tun Mahathir~Sidang Media Parti Pribumi Bersatu Malaysia] 85% penyokong Pas sokong Tun M calon PM.

Jumaat, 6 April 2018

85% penyokong Pas sokong Tun M calon PM


Sesuatu yang mengejutkan apabila kajian lapangan yang dilakukan Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat sokongan tinggi di kalangan penyokong parti-parti utama di Semenanjung termasuk Pas dan golongan atas pagar menjadikan beliau sebagai calon perdana menteri paling popular jauh meninggalkan Datuk Seri Najib Razak.
Survei Malaysia 2018 bagi mengukur angin (mood) sokongan rakyat itu dijalankan dari 23 hingga 26 Mac lalu.

Tinjauan yang dibuat membabitkan penyokong enam parti politik dan golongan ‘atas pagar’ mendapati 85% penyokong Pas menyokong Tun Mahathir sebagai perdana menteri berbanding golongan ‘atas pagar’ (81%).
Pas tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) sebaliknya membentuk Gagasan Sejahtera (GS) dengan beberapa parti kecil yang lain.
Tun Mahathir juga mendapat sokongan tinggi di kalangan penyokong parti-parti gabungan PH iaitu PKR (97%), DAP (95%), AMANAH (97%) dan PPBM (97%).
PPBM bagaimanapun dibatalkan pendaftarannya oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) bermula hari ini.
Di kalangan penyokong BN, Tun Mahathir menerima 23% sokongan.
Secara keseluruhan, Tun Mahathir memperolehi 61% sokongan berbanding Najib (39%).
Sokongan berdasarkan kaum juga menunjukkan Tun Mahathir mendapat 57% sokongan Melayu berbanding Najib (43%), Cina (72%) dan India (61%) manakala Najib hanya mendapat 28% sokongan kaum Cina dan India (39%).
Dapatan kajian IDE bagi tempoh 23 hingga 26 Mac 2018 itu dibentangkan timbalan pengerusi merangkap ketua pegawai eksekutif IDE Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman di Auditorium IDE dekat Shah Alam sebentar tadi.
Dr Mohammad Redzuan ketika membentangkan dapatan IDE.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena