Thursday, 10 May 2018

[Video Perdana Menteri: Ikrar Tuntut Semua Wang 1MDB Di Luar Negara] Nasihat PM pada Umno - kembali ke akar kamu & Bagi seorang 'diktator', saya seorang pendengar yang baik.

Jumaat, 11 Mei 2018


Nasihat Dr M pada Umno - kembali ke akar kamu

Hari ini merupakan ulang tahun ke-72 penubuhan Umno yang pernah memberikan sumbangan penting sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan.
Perdana Menteri yang baru dilantik Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai nasihat kepada parti yang pernah diterajuinya itu.
"Kembali kepada akar kamu," katanya ketika ditanya Malaysiakini sama ada beliau mempunyai pesanan kepada Umno selepas sidang akhbar di Petaling Jaya malam tadi.
Sebagai presiden Umno selama 22 tahun, Mahathir sejak beberapa tahun kebelakangan ini berkata parti Melayu itu sudah terpesong daripada perjuangannya yang asal.
Semalam, Mahathir mencipta sejarah sebagai pemimpin pembangkang pertama diangkat sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh.
'Bagi seorang diktator, saya seorang pendengar yang baik'
Terdahulu semasa sidang akhbar, ketika ditanya mengenai perancangan ekonomi sebagai perdana menteri, Mahathir berkata beliau akan mendengar nasihat pakar-pakar dalam kerajaan seperti yang pernah dilakukan ketika menjadi perdana menteri.
"Bagi seorang 'diktator', saya juga pendengar yang baik. Di antara orang yang saya dengar (semasa saya terakhir PM) ialah (Tan Sri) Rafidah Aziz (bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa).
"Beliau seorang yang gemar bersuara sama ada anda suka atau tidak," katanya memecahkan ketawa daripada media tempatan dan antarabangsa yang hadir.
Pengkritik sering mengaitkan Mahathir sebagai seorang diktator ketika memimpin negara ini selama 22 tahun.
Mahathir juga mengucapkan terima kasih kepada Rafidah, bersama-sama bekas menteri Tun Daim Zainuddin dan Tan Rais Yatim, yang dalam beberapa minggu menjelang pilihan raya umum muncul menyatakan sokongan kepada HARAPAN.
"Saya percaya (ahli politik lain juga) berharap mereka ada keberanian. Keberanian adalah komoditi yang kurang di negara ini," katanya.
Ketiga-tiga bekas menteri itu merupakan pemimpin veteran Umno yang menghadapi tindakan disiplin kerana menyokong HARAPAN pada pilihan raya umum lalu.
Daim dan Rafidah dipecat daripada Umno, manakala Rais berdepan siasatan dalaman.
 Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena