Friday, 8 June 2018

[Video Kalau sesiapa disini nak bagi hadiah, saya takut kepada Tan Sri] O, o ya o ya BONGKAR & #EdisiBongkar...Seorang pegawai kerajaan di era pemerintahan Najib memegang 68 jawatan dalam pelbagai syarikat! Anthony tak mahu layanan istimewa.

Jumaat, 8 Jun 2018

" BONGKAR " Iwan Fals & Yon Gondrong


Foto Suara Rakyat.

#EdisiBongkar.. Tun M mendedahkan seorang pegawai kerajaan di era pemerintahan Najib boleh memegang sehingga 68 jawatan dalam pelbagai syarikat.. Itu baru sorang belum lagi 17,000 penjawat awam lantikan politik semasa Najib berkuasa..

TAK HERANLAH ketika PM Tun Mahathir umumkan akan hapus semua jawatan 17,000 lantikan politik itu tak putus sumpah seranah & tuduhan dilemparkan kerana tak puas hati.

Anthony tak mahu layanan istimewa

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memberitahu penganjur majlis kementeriannya supaya memulakan acara mengikut masa yang ditetapkan tanpa perlu sebarang tempoh menunggu.
Menurutnya, pihak penganjur tidak perlu lagi memberikan tempoh menunggu kepada hadirin sebelum ketibaan menteri sebaliknya memberikan tempoh masa yang sama untuk memulakan majlis.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Dan Ops Bersepadu pagi tadi di RnR Seremban.
“Saya dimaklumkan saya perlu berada di sini pada jam 9.50 pagi. Tetapi bila saya tengok backdrop, majlis bermula jam 9 pagi.
“Saya harap penganjur boleh memberikan masa yang sama kepada kita, kalau hadirin tiba pukul 9 pagi, beritahu supaya menteri hadir pukul 9 pagi – tak perlu tunggu lama-lama.
“Saya tak suka orang menunggu saya lama-lama seolah-olah saya membuang masa orang lain. Jadi saya harap penganjur bila ada program bersama kita, tidak perlu tempoh menunggu.
“Kalau semua (perlu) hadir 9 pagi, (maka) menteri pun kena hadir 9 pagi. Ini cara baru kita, ini kerajaan baru, menteri baru, style pun baru,” katanya disambut tepukan hadirin.
Beliau menegaskan, ketepatan masa merupakan nilai yang diterapkan sendiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Sebagai menteri Kabinet saya akan berusaha menepati nilai-nilai ini, bahawa kita akan menepati masa dan kita tidak mahu membuang masa,” katanya lagi. – Roketkini.com
Kredit foto: Kementerian Pengangkutan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena