Tuesday, 12 June 2018

[Video Projek HSR tangguh, kerajaan lihat teknologi rel Jepun & Menteri arah kontrak RM800 ribu dibatal] Berapa banyak Najib ADA RUMAH daaa, untuk menyimpan HASIL CURI 1MDB?

Selasa, 12 Jun 2018

BERAPA BANYAK NAJIB ADA RUMAH UNTUK MENYIMPAN HASIL CURI 1MDB? BAGAIMANA DENGAN DI LUAR NEGARA?


Dalam langkah yang memberi satu lagi kejutan kepada rakyat Malaysia, sebuah banglo yang dikaitkan dengan Najib Razak di Presint 10, Putrajaya telah diserbu dan digeledah oleh pihak polis semalam.

Dalam penggeledahan ke atas banglo yang dikenali sebagai "rumah selamat"  itu, puluhan barangan berjenama yang diisi dalam dua kotak besar telah dirampas oleh Unit Siasatan Jenayah Penggubahan Wang Haram, PDRM.

Semua barangan yang dirampas itu di banglo itu dipercayai dibeli dengan wang daripada 1MDB.

Banglo tersebut hanya terletak kira-kira 200 meter dari Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri yang sebelum ini diduduki Najib dan Rosmah Mansor.
Dengan penemuan serta penggeledahan satu lagi kediaman yang di dalamnya tersimpan beg tangan dan barang-barang yang dipercayai ada kaitan dengan salah laku Najib, persoalan kini ialah berapa banyak rumah sebenarnya yang ada yang mungkin digunakan untuk menyimpan hasil kekayaan yang ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri terburuk dalam sejarah negara?

Sebelum ini, selain Seri Perdana dan kediaman peribadi Najib di Jalan Duta, tiga kondo mewah di Pavilion Residences di Jalan Bukit Bintang yang dua daripadanya adalah milik anak-anaknya, turut diserbu oleh pihak polis.

Dalam serbuan itu, sejumlah 35 beg yang mengandungi wang tunai dalam 26 matawang berjumlah RM114 juta telah dirampas, selain 37 beg lagi mengandungi jam tangan dan intan permata yang sedang dalam proses mentaksir jumlahnya serta 284 kotak berisi beg tangan mewah yang juga sedang dinilai harga setiap satunya.
Apakah selepas ini ada lagi banglo atau kondo lain yang dikaitkan dengan Najib bakal diserbu atau digeledah pihak polis?

Adakah Najib turut mempunyai beberapa kediaman di luar negara yang mungkin juga merupakan "gudang"  tempat menyimpan barang-barang miliknya yang dibeli hasil curi skandal 1MDB?
Jika ada dan ia dalam pengetahuan pihak polis, bilakah serbuan dan penggeledahan di luar negara itu akan dilakukan?

Bagaimana pula dengan banglo atau kondo yang mungkin dimiliki oleh anak tiri Najib, Riza Aziz yang sebelum ini namanya disebut secara langsung antara terlibat dalam skandal 1MDB serta merupakan rakan seperdosaan (ayat yang selalu digunakan oleh Allahyarham Sanusi Junid) bersama Jho Low?

Ke mana Riza Aziz menghilang sejak bapa tirinya kehilangan kuasa  dan tidak lagi menjadi Perdana Menteri?

Bilakah beliau akan ditangkap dan adakah namanya turut termasuk dalam senarai merah Interpol? (ShahbudinHusin 12/06/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena