Thursday, 21 June 2018

[Video Kita tidak mampu untuk terbelah tiga] Punca Zahid Tak Mahu Debat Calon Presiden Umno & Debat (Antara Pembangkang) di RTM! Beranikah Zahid Hamidi? Umno masih boleh hidup ke selepas ini?

Jumaat, 22 Jun 2018

Punca Zahid Tak Mahu Debat Calon Presiden Umno Bersama Ku Li, Khairy Jamaluddin


Foto Suara Rakyat.
TAHUKAH ANDA.. Umno kini di zon yang mereka tidak pernah alami. Mereka hilang arah dan sumber pendapatan. Wakil-wakil rakyatnya berada dalam keadaan panik akan masa depan mereka.

TAHUKAH ANDA.. presiden Umno kali ini tidak akan menjadi rebutan seperti dulu kerana jawatan ini tidak akan memberi nikmat kesenangan seperti dulu. Bahkan, jawatan ini bakal menjadi jawatan yang paling “stressful” dalam politik Malaysia hari ini.

Beberapa pemimpin otai-Umno tidak berani 'offer' diri masing2 nak bertanding calon presiden Umno malah ada yang menolak & tidak mahu menawarkan diri mereka utk bertanding calon presiden Umno antaranya Tok Pa.

Siapakah yang sudi menggalas tugas sebagai presiden Umno yang berat ini sekarang.

Tiada siapa yang tahu apakah Umno boleh terus hidup selepas kekalahan sulung pilihan raya umum.

😆😆😆 Umno masih boleh hidup ke selepas ini..??!

DEBAT PRESIDEN UMNO - KJ SUDAH SETUJU, ZAHID HAMIDI BILA LAGI?


Semalam, Tengku Razaleigh Hamzah mengemukakan cabaran berdebat kepada dua pesaingnya, Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin menjelang pemilihan Presiden UMNO pada 30 Jun depan.

Kalau saya sanggup membuat apa saja penjelasan kepada sebarang pertanyaan, yang lain-lain juga sepatutnya sedia membuat penjelasan yang sama, kata beliau dalam satu temubual dengan sebuah stesen televisyen.

Sehubungan itu, Tengku Razaleigh atau Ku Li berharap Zahid Hamid dan KJ sedia menyahut cabarannya ini.
Sebelum itu, blog ini juga ada mencadangkan agar UMNO mengadakan debat atau forum terbuka bagi ketiga-tiga calon Presiden UMNO itu bagi melihat kemampuan masing-masing, selain untuk mengatasi kekangan masa berikutan tempoh berkempen hanya ada 12 hari saja.

Yang lebih menarik, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo turut mengalu-alukan debat tersebut dan sedia memberi ruang siaran langsung di stesen tv milik kerajaan.

Kalau mereka memerlukan platform, saya sedia membawanya ke perhatian RTM, tambah beliau lagi.

Bagaimanapun, sehingga ini hanya KJ yang sedia menyahut cabaran debat yang dikemukakan oleh Ku Li itu.
Macam mana dengan Zahid Hamidi?

Kenapa masih berdiam diri? 

Setuju atau tidak untuk berdebat dengan Ku Li dan KJ?
Setelah KJ menyatakan persetujuan dan RTM pula sedia menjadi platform siaran langsung, segala-galanya kini hanya menanti sama ada Zahid Hamidi bersetuju atau tidak dengan debat yang dicadangkan itu.

Jika beliau setuju, tiada apa lagi halangan yang menanti daripada debat itu menjadi realiti.

Beranikah Zahid Hamidi? (ShahbudinHusin 20/06/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena