Wednesday, 20 June 2018

[Video Peguam Negara: Kes Altantuya Tak Boleh Dilengahkan Lagir] Anwar ('ketagih' untuk segera berkuasa?) melakukan satu lagi kesilapan dalam langkah politiknya & PH MESTI TERUS BONGKAR SKANDAL2 BN...Siapakah yang sepatutnya kita simpati-Najib atau rakyat?

Rabu, 20 Jun 2018

Hasil carian imej untuk Foto Kes altantuya

PH MESTI TERUS BONGKAR SKANDAL2 BN

Teguran Anwar Ibrahim terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng agar tidak terus mendedahkan skandal serta salah laku kerajaan BN terdahulu dengan alasan akan menjejaskan sentimen pelabur, dengan jelas memperlihatkan Ketua Umum PKR itu melakukan satu lagi kesilapan dalam langkah politiknya.

Setelah sebelum ini beliau dilihat tergesa-gesa untuk kembali ke arena politik selepas dibebaskan daripada penjara dan mendapat pengampunan, meskipun cadangan asalnya Tun Mahathir Mohamad akan melakukan peralihan kuasa kepadanya selepas tempoh dua tahun sekurang-kurangnya, tindakan terbaru Anwar ini seakan menunjukkan beliau begitu "ketagih"  untuk segera berkuasa semula.

Sepatutnya, dalam kedudukan sekarang ini beliau menyokong sepenuhnya pentadbiran baru Pakatan Harapan dan tidak melakukan teguran secara terbuka kerana dirinya tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Yang berhak menegur menteri-menteri ialah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, manakala Anwar hanyalah suami kepada Timbalan Perdana Menteri.

Maka, Anwar harus belajar untuk bersabar, sama seperti beliau harus sabar untuk kembali semula menjadi Ahli Parlimen.

Tetapi, dengan kapasitinya sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 dan beliau sudah pun dimasukkan dalam kepimpinan Majlis Presiden Pakatan Harapan, apa juga teguran atau pandangan sebaik-baiknya hendaklah dilakukan melalui saluran tersebut.

Keghairahan membuat teguran terbuka hanya menunjukkan Anwar ingin segera berkuasa kerana hanya bersama kuasa, seseorang itu berkuasa membuat teguran kepada sesiapa saja.

Dalam konteks apa yang dilakukan oleh Guan Eng selama ini, beliau sebenarnya tidak melakukan apa-apa yang tidak wajar atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan, malah harus diberikan pujian.

Apakah segala skandal dan kesalahan kerajaan lama BN harus disimpan dan didiamkan begitu saja?

Jika tidak diberitahu dan didedahkan secara terbuka, bagaimanakah rakyat hendak tahu betapa buruknya regim pemerintahan BN terdahulu?

Lagi pun, bukankah melalui segala skandal yang didedahkan itu, ia melibatkan kerugian berbilion ringgit wang rakyat dan rakyat berhak tahu mengenainya?

Soal pendedahan demi pendedahan itu akan menakutkan pelabur juga sebenarnya tidak berbangkit kerana kerajaan yang mentadbir negara sekarang ialah Pakatan Harapan dan yang melakukan keburukan serta skandal terdahulu ialah BN.

Dengan itu, apa yang dilakukan oleh Guan Eng dengan restu dan arahan Tun Mahathir dalam mendedahkan skandal demi skandal itu akan berupaya menambahkan lagi keyakinan pelabur terhadap kerajaan yang sedang memerintah sekarang.

Ia bermakna, Pakatan Harapan tidak bersekongkol sama sekali dengan kekotoran kerajaan terdahulu dan ingin membersihkan semuanya dengan sebersih-bersihnya.

Rakyat sendiri amat gembira dengan pendedahan demi pendedahan itu dan itulah salah satu sebab Najib Razak dijatuhkan dan BN ditumbangkan. 

Malah, jika ditanya, pasti ramai yang mahu pendedahan skandal BN itu terus dilakukan serta pelakunya ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Sebagai Menteri Kewangan juga, hanya Guan Eng paling layak membuat pendedahan itu kerana segala skandal yang didedahkan adalah melibatkan wang rakyat yang terletak di bawah tanggungjawab kementeriannya.

Jika BN terus mentadbir negara ini, pasti semua skandal itu akan tersimpan dalam almari atau dalam "fail merah" yang hanya boleh diketahui oleh pendurjananya sahaja.

Adakah keengganan Anwar berkaitan pendedahan skandal itu memperlihatkan beliau masih ada simpati dan ingin melindungi Najib kerana Kementerian Kewangan adalah portfolio bekas Perdana Menteri itu?

Siapakah yang sepatutnya kita simpati - Najib atau rakyat? (ShahbudinHusin 20/06/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena