Monday, 10 December 2018

[Video HEBAT! Tinggal KJ seorang berhujah dgn LGE, krn semua MP Umno DAH LARI] MP Kerajaan (PH) buat pengisytiharan harta sangat dipuji! Walau rasa kaget dengan jumlah harta yg dimiliki tetapi MP BN TAK BERANI buat sebelum ini & Langit pun kita kongsi, kata Ku Li.

Isnin, 10 Disember 2018

Sila duduk dan jangan lari

Related image
Foto Otai BERSIH.
13 MP kerajaan (PH) belum buat pengisytiharan harta. Kata SPRM dalam berita tv1 malam ni. Tengah dok kira² lagi kot. Sebab tu lambat. Agaknya la.

Walau rasa kaget dengan jumlah harta yg dimiliki pemimpin² kerajaan sekarang namun keberanian membuat pembaharuan dengan mengisytiharkan jumlah harta dimiliki tu aku puji. BN tak pernah buat sebelum ini.

Langit pun kita kongsi, kata Ku Li


Perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) seharusnya turut melibatkan kaum bukan Melayu.
Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, penyatuan umat Melayu dan Islam sememangnya baik namun harus turut menonjolkan semangat perpaduan kaum.
“Saya lagi suka kalau ada bukan Melayu ramai juga bersama, kita negara yang berbilang kaum tidak bolehlah Melayu sahaja. Kalau tujuan nak tunjuk Melayu bersatu bagus tapi lebih baik kita wujudkan juga perpaduan dalam kalangan rakyat.
“Kita kena ajak mereka (bukan Melayu). Kita suka tak suka kena hidup bersama, kena bekerjasama dalam banyak hal, kena bertolak ansur, tak boleh segala-galanya nak milik untuk kita sahaja, kita kena berkongsi.
“Langit pun kita kongsi, bumi pun kita kongsi, hidup kena berkongsi, agama masing-masing,” katanya seperti dilapor Astro Awani.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis resepsi Adun Tanjung Bungah, Zairil Khir Johari dan bekas calon Pilihan Raya Kecil Teluk Intan 2014, Dyana Sofya Mohd Daud pada Ahad.
Sementara itu, beliau berkata Icerd boleh diterima jika kerajaan memberi penjelasan lanjut kepada rakyat untuk mengelak salah faham.
“Icerd bukan nak rombak perlembagaan kita, nak buang mana-mana perkara dalam perlembagaan kita, saya tak fikir itu tujuannya.
“Kita barangkali tak nak terima sekarang kerana orang kita belum sampai tahap untuk berlumba bersama, taraf hidup berlainan lagi maka kita tak dapat terima dan takut salah faham, baik kita jelas betul-betul kepada rakyat supaya ia boleh diterima dengan hati terbuka,” ujar veteran Umno yang lebih dikenali dengan gelaran Ku Li itu.
Sabtu lalu puluhan ribu memenuhi kawasan sekitar Jalan Raja, Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan terhadap Icerd meskipun kerajaan telah menyatakan tidak akan meratifikasi konvensyen berkenaan.
Himpunan anjuran NGO Islam, Ummah itu turut disokong oleh parti Melayu Islam iaitu Umno dan PAS.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena