Ada berita mengatakan para pemimpin UMNO dan lebai PAS mendapat ilham dari peristiwa 13 Mei 1969 yang menyebabkan Tunku Abdul Rahman terpaksa menyerah kuasa kepada Tun Razak. Kononnya ada pihak berpendapat sekiranya dicetuskan huruhara yang melibatkan konflik perkauman lebih hebat dari 13 Mei maka usia kerajaan PH juga akan berakhir.
Sekiranya PH masih berkuasa selepas cetusan permusuhan kaum maka mereka berpuas hati kalau Tun Mahathir letak jawatan. Ini tujuan mereka yang sebenar. Tun M menjadi penghalang mengapa UMNO. PAS dan pihak tertentu dalam PH tidak dapat menubuhkan kerajaan 'nasional' PAS dan UMNO dengan pihak tertentu dalam PH tanpa kerjasama dengan DAP.
Sekiranya perhimpunan 8 Disember boleh membakar semangat Melayu untuk mencetuskan huruhara yang menyebabkan Tun M terpaksa letak jawatan maka para pemimpin UMNO yang super korup, salahguna kuasa, yang dibebani dengan puluhan kes jenayah akan dapat diselamatkan kelak.
Dengan kata lain, 8 Disember adalah 'D Day' bagi UMNO dan PAS menumbangkan pimpinan Tun M. Mereka dikatakan mahu Anwar jadi PM yang dianggap boleh bekerjasama dengan mereka. Mereka juga berpendapat PH tidak perkasa dan ada api dalam sekam, ada telunjuk lurus kelingking berkait.
Rakyat yang cinta damai dan perpaduan tidak akan menerima UMNO dan PAS memimpin kerajaan. Mereka mahu Tun M terus memimpin kerajaan, membuat berbagai perubahan sesuai dengan jiwa Malaysia Baru. Kita memberi ingatan kepada semua parti dalam PH jangan melampau dalam tindakan yg boleh memercikkan sengketa kaum. Mesti berpegang pada perlembagaan negara, dan jangan gelojoh berlagak bodoh sombong dengan kuasa yg diamanahkan Allah dan rakyat.
Rakyat juga berharap menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bertindak proaktif, dan jangan membiarkan perhimpunan 8 Disember membawa bala kepada rakyat dan kerajaan PH. Kalau berlaku huru-hara maka menteri Dalam Negeri dan KPN bertanggungjawab sepenuhnya, dan mereka mesti meletakkan jawatan secara terhormat. - Yahaya Ismail
Tumpang sekole.
0 comments:
Post a Comment