Friday, 1 March 2019

[Video Dr Mahathir: Why would you call a thief 'bossku'?] Apabila PAS disakat..Lebai pening kerana GELABAH!

Sabtu, 2 Mac 2019
Image may contain: 4 people

Apabila PAS disakat

Gara-gara PAS ditular konon ia disogok RM90 juta, ia terus disakat oleh yang getik padanya, termasuk suku-sakat perdada menteri sekarang sekalipun tukang buat cerita asalnya tidak dapat membuktikan rekaan itu.
Yang dikatakan suku-sakat perdana menteri itu ialah sekalian yang bersekutu dengan parti kerabat pimpinannya, yang berada dalam kerajaan pimpinannya, orang yang dikira raja muda apabila dia mengosongkan jawatan itu dan tali barut sukarela yang dapat sedikit habuan daripada pimpinannya.
Gara-gara tular itu, apa saja yang PAS ditohmah bermotif menyembunyikan pengambilan duit hanya ada di kayangan, bukan di bumi.
Antara sakat itu ialah ada pula petikan rakaman suara Nik Abduh yang akhirnya mengaku ia adalah suaranya, dan pula menjustifikasi pembetulan apa yang pernah dikatakan dengan suaranya itu. 
Maka dirancang begitu rupa dia berbohong atas perkara itu.
Dia terperangkap, mengapa cakapnya berubah atas perkara itu kerana penafian awalnya atas nasihat pimpinan. Kerana dia dikira berbohong, maka dikira partinya menghalalkan bohong sedang bohong itu ada hukumnya dalam Islam.
Terus-meneruslah parti itu disakat parti yang menyembunyikan penerima RM90 juta dan parti Islam yang berbohong dan menghalalkan pembohongan.
Kesian ia. Yang menariknya, yang ikut menyakatnya ialah orang dihebah untuk menggantikan Dr Mahathir Mohamad dalam waktu yang terdekat. Dia orang yang disangka bijak oleh orang di atas dan di bawah angin.
Pening kerana gelabah
Patutnya dia tidak terlibat dengan sakat-menyakat bertaraf rendah.
Ada sebab dia menjadikan diri seperti penyebar sakat-sakat lain. Kerana PAS nyatakan syaknya ada suku sakat perdana menteri hendak menggulingkan bossnya. Ketua PAS jumpa PM, sebutkan padanya jika ada usul dan usaha seperti itu, PAS akan pertahan supaya dia kekal hingga PRU ke-15.
Heboh sedunia akan politik bersahaja PAS itu. PAS tidak kata orang tertentu hendak derhaka ketuanya. Tetapi ada orang melenting. Mengapa?
Cerita yang PAS bawa itu adalah seperti cerita angsa bertelur emas dicuri atau dibunuh. Ia diadukan kepada raja. Maka raja pun bertitah kepada orang ramai, baginda kenal pencuri angsa itu yang ada dalam majlis itu.
Buktinya diserban orang terbabit ada bulu angsa itu. Berenung-renung sekalian, mencari serban siapa ada bulu itu. Lalu ada seorang meraba serbannya bagi memasikan bulu lekat di serbannya. Sekaliannya tahu dialah angkaranya.
Agaknya yang pening akan spekulasi PAS itu adalah seperti orang yang meraba bulu angsa di serbannya. Pening itu gara-gara gelabahnya.

Jika Nik Abduh berbohong ada muslihatnya. Bukan semua bohong itu tidak dikecualikan dalam Islam.
Pertama ia dibolehkan atas muslihat dalam peperangan. Tular terima RM90 juta berlaku dalam perang politik menjelang PRU ke-14. Boleh Nik Abduh dikiaskan berada dalam peperangan.
Kedua, justeru menjaga akidah bagi mengelakkan dibunuh. Ketiga, mendamaikan dua pihak yang berbalah. Dan keempat berdalih dengan isteri. Jika masakannya tidak sedap, jangan kata tidak sedap. Katakan sejap juga.
Ahli ilmu dan ahli fikir tahu hal ini. Lainlah yang jahil dan bebal.
Satu ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah kata, Tuhan mencarut. Seluruh pencaci mengutuk dan persenda almarhum. Tok Guru tidak pernah tarik balik kata-kata itu. Kata orang mencarut pun ada teruknya, apa lagi Tuhan dikata mencarut.
Setelah beberapa tahun meninggal, tidak yang kata buruk kepadanya. Beliaulah dikira pemimpin paling berjurus. Cerca terhadap PAS sekarang sama seperti cerca PAS zaman Tuan Guru Nik Aziz.

SUBKY LATIF ialah bekas wartawan kanan dan veteran PAS. Artikel ini asalnya diterbitkan harakahdaily semalam dengan judul Kesian PAS Disakat Suku-sakat PM.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena