Monday, 4 March 2019

[Video MCA & MIC Tinggalkan BN] Bermodalkan air liur, tu tulen ke palsu? Banyak juga rupanya yang tulen walaun yea! 'Jebon' jawab ulama: Sokong PH berdosa kot.

Selasa, 5 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Modal air liur, jual pahala. Yang mana takliq buta pun wala. Terbaik Ulama PAS.
TULEN DAN MASLAHAT UMMAH.
1. Astro Awani lapor kenyataan peguamcara Defendan di Malaysia bahawa cek RM 1.4 juta kpd Plaintif dalam kes fitnah di Mahkamah London adalah TULEN.
2. Cek TULEN. Suara dalam audio yang mula mula kita semua ditipu kataya bukan suara orang itu juga akhirnya diakui di mahkamah London dan pemilik suara sendirri adalah TULEN.

3. Tarik balik saman juga TULEN ( selepas mula mula kata kes dia kuat dan ada bukti kukuh ). Cuma mula-mula dicanang satu Malaya kononya dah menang je TAK TULEN.
4. Kerjasama dengan Umno pun TULEN. Banyak juga rupanya yang tulen.
5. Jika berbohong tak mengaku suara yang tulen dikira satu maslahat takkan jika "berbohong" fasal cek 1.4 juta tak boleh juga dikira maslahat ummah.
YB Sepang.
4-3-2019.
Tulen ke palsu?

'Jebon' jawab ulama: Sokong PH berdosa kot

Pemimpin Amanah Hanipa Maidin menempelak pandangan seorang ulama yang berkata gerak kerja parti politiknya dalam mengalahkan PH di Cameron Highlands dan Semenyih mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.
Tanpa menamakan ulama dan parti terbabit, MP Sepang itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik.
"Ada seorang yang dipanggil "ulama" oleh parti ehem ( ehemmmm..) dilapor media berkata parti ehem dapat pahala dengan gerak kerja mengalahkan PH di Cameron Highland dan Semenyih. Mafhum mukhalafahnya ( makna sebaliknya ) ialah sokong PH mungkin berdosa kot.
"Tak tahulah jika "difatwa" jatuhkan kerajaan kleptokrat dulu dikira dosa besar. Dan istiqamah "hembus oksigen" pada rejim kleptokrat mungkin pahala besar.
"Tak arif pula kita lingguk bahasa orang suci muci ini. Ya lah kita ni kan sekadar jebon je," kata Hanipa yang juga timbalan menteri di JPM pada suatu hantaran di Facebook hari ini.


Malam tadi, Mokhtar menyenaraikan beberapa manfaat yang diperolehi parti itu dengan menangnya calon BN di Cameron Highlands dan Semenyih.
Katanya antara faedah yang diperoleh PAS ialah mereka mendapat pahala dengan gerak kerja mengalahkan PH.
Menurut anggota Jawatankuasa Pusat PAS itu mengalahkan PH adalah sebahagian daripada amalan mencegah kemungkaran yang tarafnya sama penting dengan menegakkan kebaikan.
"Tidakkah anda nampak? PAS dapat menunaikan kewajibannya kepada Allah, iaitu menentang kemungkaran.
"Dengan menunaikan tanggungjawab itu bermakna PAS dapat pahala, petugas PAS dapat pahala, para penderma PAS dapat pahala," katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena