Showing posts with label Amerika. Show all posts
Showing posts with label Amerika. Show all posts

Thursday, 13 April 2017

[Video Pas Khianat PKR & PR (dahulu) Berkali2] Jangan ulangi episod pil kuda, bila menuduh kemukakan bukti.

Khamis, 13 April 2017

Image result for Gambar pil kuda
Pil kuda diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman & gila kekal dalam masa yang singkat.

Jangan ulangi episod pil kuda, bila menuduh kemukakan bukti

Pada 
oleh 
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapannya di Ruslia semasa sambutan menyambutnya sebagai wira setelah membentang usul meminda Akta 355 telah membuat serangan tanpa henti terhadap Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang dikatakan kononnya mempertikaikan tindakan PAS berunding dengan UMNO. Dalam ceramah tersebut Hadi Awang melafazkan antaranya berbunyi seperti berikut:
“Sedangkan dia berunding dengan Amerika… dengan negara asing pun dia berunding …dengan kedutaan asing pun dia berunding. Berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia. Kita tidak sampai tahap itu..nak suruh negara asing campurtangan negara ini. Kita berunding dengan UMNO sahaja sama-sama Melayu, Islam, itu salah? Dia berunding dengan Amerika tak apa, berunding dengan negara asing tak apa.”
Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta Hadi Awang dan seluruh kepimpinan PAS supaya menyebut dengan lidah yang fasih lagi sahih siapakah yang berunding dengan Amerika untuk mengubah politik Malaysia? Sebutlah dengan lidah yang fasih siapakah yang berunding dengan kedutaan asing dan seterusnya menjemput Amerika dan negara asing ke Malaysia?
Hadi Awang dengan lantang menyebut, “Politik Malaysia biar orang Malaysialah yang buat perubahan. Tidak perlu jemput Amerika mari, tak perlu jemput negara asing mari.. Ini saya dedah di sini, kalau ada pemberita siar, biar orang tahu.” Hadi Awang kemudiannya meminta pemberita menyiarkannya agar orang tahu tetapi siapa yang berunding dengan Amerika dan kedutaan asing untuk mengubah politik Malaysia? Bila perundingan dan jemputan dibuat?
Sebutlah dengan lidah yang fasih wahai Tuan Guru! Jangan mempolemikkan isu tanpa fakta dan bukti. Kemukakan bukti.
Rasulullah S.A.W dalam satu hadis riwayat Al-Baihaqi bersabda mafhumnya :
“Jika semua orang diberi hak (hanya) dengan dakwaan mereka (semata), nescaya banyak orang yang mendakwa harta orang lain dan darah-darah mereka. Namun, bukti wajib didatangkan oleh orang yang mendakwa, dan sumpah harus diucapkan oleh orang yang didakwa.”
Seterusnya dalam sebuah hadis lain Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya:
“Sesungguhnya kalian mengadukan permasalahan/perseteruan kalian kepadaku, dan sesungguhnya aku hanyalah manuasia biasa. Dan boleh jadi salah seorang dari kamu pandai berkata-kata (berhujah) dan menjadikan aku memenangkannya dalam perkaranya disebabkan apa yang aku dengar darinya. (Namun ingatlah) barangsiapa yang aku menangkan perkaranya padahal itu merupakan hak saudarnya, maka pada hakikatnya aku sedang memutuskan untuknya bahagian dari neraka, maka janganlah sekali-kali dia mengambilnya.”
Janganlah episod pil kuda diulangi. Sebagai seorang ulama yang memegang jawatan tinggi di dunia, kemukakanlah bukti bagi setiap pertuduhan. Membuat tuduhan tanpa bukti bukan akhlak Islam. Suatu ketika dulu Hadi Awang pernah berkata, dia tahu siapa calon PKR yang jual pil kuda, tetapi bila di mahkamah, dia kata tidak tahu pula. Dia kata dia tidak rujuk pula kepada Plaintif dalam kes itu. Dulu juga Hadi Awang pernah berkata, tidak ada pertemuan tertutup dengan UMNO, tetapi akhirnya dalam ucapan malam itu juga beliau akui ada perbincangan dengan UMNO.
Jelas, Hadi Awang pernah menipu dan pernah menyembunyikan fakta. Apa jaminan dalam isu ini Hadi Awang tidak berbohong? Apa jaminan dalam isu ini Hadi Awang tidak menyembunyikan fakta atau tidak menyatakan fakta yang benar?
Sebutlah Tuan Guru dengan lidah yang fasih. Siapa? Bila? Di mana? Apa perbincangannya? – Roketkini.com
*Zulhazmi Shariff adalah Ahli Jawatankuasa Biro Guaman DAP Kedah
Read More

Friday, 25 April 2014

Obama akan bertemu Gabungan BERSIH, B.K.Islam, & Majlis Peguam...Penasihat Keselamatan Negara Susan Rice pula bertemu Anwar

Sabtu, 26 April 2014

Rupanya Penasihat Keselamatan Obama Bertemu Anwar

Obama hantar ketua penasihat keselamatannya bertemu Anwar
Ng Kee Seng
Kunjungan pertama Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia selepas lebih lima puluh tahun menyaksikan Barack Obama bukan hanya bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi juga pergerakan sivil rakyat Malaysia.
Obama dijadualkan tiba di Kuala Lumpur pada hari Sabtu (26 April) sebagai sebahagian lawatannya ke Asia dan telah menugaskan Penasihat Keselamatan Negara Susan Rice bagi bertemu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat rupa-rupanya membuat serkap jarang apabila berkata Obama tidak mahu bertemunya.
Mereka menghamburkan pebagai dakwaan termasuk bahawa Obama dan AS gagal mempertahankan hak asasi, kebebasan dan keadilan dengan menafikan Anwar bertemunya.
Dilaporkan, Obama juga akan bertemu pemimpin-pemimpin daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Barisan Kebangkitan Islam dan Majlis Peguam pada hujung minggu ini di kedutaan AS di Kuala Lumpur.
AFP memetik seorang pegawai kanan Amerika Syarikat pada 24 April sebagai berkata, Rice dijadualkan bertemu Anwar ketika Obama mengunjungi Malaysia.
Agensi berita itu berkata, Obama perlu mengimbangi pelbagai perkara: menghormati tuan rumah dan rakannya di Asia Tenggara sambil meninjau perkembangan politik serta dakwaan yang dibuat terhadap Anwar.
Anwar disabit kesalahan sodomi pada 7 Mac sementara pakatan pembangkangnya terjebak di dalam pertempuran panjang dengan parti pemerintah Barisan Nasional. Beliau diberitahu bahawa Obama tidak akan menemuinya secara peribadi.
Tetapi keputusan menghantar Penasihat Keselamatan Negara Susan Rice bakal memberi isyarat jelas kerana Rice merupakan pegawai kanan bagi dasar luar negara AS.
Anwar memberitahu AFP minggu ini bahawa beliau tidak kecewa tidak dapat bertemu Obama tetapi menjelaskan bahawa pertemuan itu selari dengan dasar luar Amerika bagi mempromosi kebebasan dan keadilan.
Pada bulan Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar bagi kesalahan melakukan hubungan sejenis dengan pembantunya pada 2008.
Beliau masih berpeluang membuat rayuan di mahkamah persekutuan.
Selaku bekas timbalan perdana menteri, Anwar menjalin hubungan baik dengan Washngton yang setuju dengan laungan reformasi laungannya.
Read More

Wednesday, 23 April 2014

MH370 Conspiracy: Amerika Tembak Jatuh MH370...

Rabu, 23 April 2014

Seorang bekas eksekutif syarikat minyak yang kini seorang penulis telah menyatakan bahawa Amerika mungkin telah menembak jatuh Penerbangan Malaysia Airlines MH370 - dan kini cuba untuk menutupinya.

Menulis di dalam OpEdNews.com, John Chuckman, mantan ketua pakar ekonomi untuk sebuah syarikat minyak yang besar di Kanada, mengutarakan pertanyaan: "Kemungkinan bahawa Amerika Syarikat telah menembak jatuh pesawat MH370, sama ada secara sengaja atau tidak, dan kini mahu menutup rahsia tersebut?

Dakwanya lagi lagi, tentera Amerika mempunyai beberapa radar paling canggih di bumi, dan tanpa keraguan lagi, pemasangan radar yang berkeupayaan paling canggih di pangkalan rahsia Diego Garcia di Lautan Hindi. Bagaimana boleh tidak ada maklumat? Kita tidak perolehi data dari mereka, tetapi kita dibekalkan maklumat daripada pihak lain yang kurang kemampuannya terhadap apa yang berlaku.

"Kemungkinan untuk memperolehi bangkai pesawat yang penuh, sekalipun jika lokasinya ditemui, dari empat batu di dalam laut di antara pegunungan bawah laut, sebaik-baiknya pada kedudukan yang amat terpencil, menjadikan Amerika Syarikat boleh tetap yakin bahawa bukti fizikal pesawat tidak mungkin akan dapat ditemui.

Encik Chuckman yang berasal dari Chicago, meneruskan: "Tidak ada yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap tindakan tersebut sekurang-kurangnya untuk tiga peristiwa, yang mana amat dikesalkan, tentera Amerika pernah menembak jatuh pesawat-pesawat awam.

Syarikat Penerbangan Iran 655 telah ditembak jatuh pada tahun 1988 oleh USS Vincennes di perairan Iran semasa Perang Iraq-Iran, bukan sahaja telah mengorbankan 290 orang termasuk 66 kanak-kanak, tetapi wujud satu tempoh yang amat lama selepas itu untuk Amerika kemudiannya membuat pengakuan tidak bersalah, tiada tawaran permohonan maaf, dan tiada pampasan untuk mangsa (hanya selepas 8 tahun kemudiannya pampasan dibuat secara sulit).

Kedua, merupakan satu himpunan keadaan dan ketidakadilan yang ganas yang tidak dipersoalkan terhadap motif pengeboman Penerbangan Pan Am 103, yang telah membunuh 259 orang dan 11 di darat, pada tahun yang sama oleh orang-orang masih tidak diketahui.

Kemudian ketiga, Penerbangan TWA 800 di pantai Timur Amerika Syarikat merupakan mangsa terhadap peluru berpandu Amerika yang telah secara tidak sengaja dilepaskan. Bukti-bukti termasuklah kesan radar dan terdapat saksi mata. Tetapi Amerika Syarikat, bukannya mahu mengakui kesilapan yang dahsyat itu dan membayar pampasan kepada mangsa, tetapi telah mengambil masa yang amat panjang untuk hasil siasatan yang melucukan diketuai oleh FBI, pihak yang sama yang telah menghasilkan hasil siasatan yang lucu terhadap pembunuhan Kennedy.

"Saya tidak tahu apa halnya (juruterbang atau ada perampas?) mematikan komunikasi MH370, menukar haluan, dan kemudian terbang rendah, tetapi saya tahu bahawa peristiwa tersebut tidak mungkin berada di luar pengetahuan mata dan telinga para tentera risikan Amerika."

MH370 hilang semasa terbang di antara Kuala Lumpur dan Beijiing pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat.

Pencarian selama enam minggu di Lautan Hindi, di mana pakar-pakar percaya pesawat itu terhempas, sehingga kini masih belum menghasilkan apa-apa jawapan terhadap nasib pesawat berkenaan.

Ia mungkin akan kekal satu lagi "teka-teki, diselubungi dengan misteri, di dalam satu enigma,"ungkapan yang digunakan oleh Winston Churchill untuk menggambarkan kegiatan Kesatuan Soviet satu ketika dulu, dan kini ungkapan itu amat sesuai terhadap sebahagian besar daripada kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. -OpedNews/Mirror/terjemahan bebas:GB

Read More

Monday, 14 April 2014

MH370: 'Perang Dingin ' AS-China? Apakah Cargo yang kerajaan Malaysia cuba sembunyikan...

Isnin, 14 April 2014

MH370: Cargo Apakah Yang Menjadi "Rahsia Besar" Atau Sulit Itu?

MH370: Malaysia terperangkap dalam 'Perang Dingin ' AS-China?
Apakah yang kerajaan Malaysia cuba sembunyikan sebenarnya dengan mengambil sikap dan pendirian terus membisu berhubung senarai barangan kargo pesawat MAS dengan menyifatkannya sebagai "Rahsia Besar" atau sulit?

Apakah terdapat beberapa senarai barangan "kargo sangat sensitif" dalam MH370? Sesuatu yang menarik minat kuasa-kuasa besar dunia - iaitu Amerika Syarikat dan China - dalam usaha mereka untuk mencapai keunggulan dunia?

Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 orang penumpang dan anak kapal, hilang dari skrin radar penerbangan komersial pukul 1.07 pagi pada 8 Mac.

Dalam sidang media khas kira-kira pukul 10 malam pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kepada dunia bahawa "MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi".

Operasi pencarian multinasional mencari dan menyelamat (SAR) yang memberi tumpuan di selatan Lautan Hindi  segera beralih kepada 2,500 kilometer barat daya Perth selepas Australia mengumumkan bahawa pihaknya telah berjaya mengesan dua keping "serpihan boleh dipercayai" telah dirakam oleh imej satelit pada awal pagi.

Tetapi sehingga hari ini, tiada apa-apa "serpihan boleh dipercayai" telah ditemui oleh SAR Australia yang menerajui di Lautan Hindi untuk menghubungkan MAS Boeing 777 hilang. Kini pasukan SAR itu beralih ke kawasan lain di utara apabila berjaya mengesan "ping" dipercayai datang dari kotak hitam atau perakam suara pesawat penerbangan MH370.

Apa yang pelik dan menghairankan ialah sehari selepas pengumuman Najib, Australia telah meminta pihak berkuasa Malaysia untuk mendedahkan senarai penuh barangan kargo dalam pesawat itu untuk membantu dalam mencari serpihan yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Australia tidak pernah dimaklumkan mengenai senarai barangan ini manakala Malaysia masih tidak berganjak untuk mendedahkan senarai barangan kargo tersebut dan menyifatkannya sebagai "Rahsia Besar" iaitu sulit. Sehingga kini belum ada rungutan dari mana-mana negara lain.

Tidakkah Australia, Amerika Syarikat dan China sebenarnya ingin tahu barangan apa yang dibawa MH370 itu?

Malah tentera negara-negara di Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan Lautan India seolah-olah tidak membawa sebarang erti dalam rekod radar mereka sepanjang tempoh 24 jam kehilangan MH370 itu.

Adakah mereka benar-benar ingin tahu atau mungkin sebenarnya mereka sudah pun mengetahui barangan apa yang MH370 itu bawa? Adakah mereka benar-benar mahukan pesawat itu agar ditemui semula?

Adakah Australia membantu Malaysia untuk mengalihkan tumpuan SAR jauh dari Laut China Selatan di mana MH370 mungkin telah benar-benar terhempas bukan?

Mengapa Malaysia mengambil masa selama lima jam sebelum mengumumkan bahawa MH370 telah hilang?

Ini bukannya spekulasi tetapi persoalan yang logik semata-mata bahawa pihak berkuasa SAR telah gagal untuk menanganinya.

Selagi tiada bukti nyata dan kukuh didapati untuk mengesahkan bahawa pesawat MH370 itu telah terhempas, tidak ada orang terutama dari keluarga penumpang menaiki pesawat MH370 yakin bahawa pesawat itu telah terhempas.

Hari ini dengan teknologi SAR dan penerbangan semakin canggih, tiada ada siapa yang percaya bahawa pesawat mempunyai saiz sedemikian rupa boleh terbang selama tujuh jam tanpa dikesan daripada pihak tentera dan pusat pengawasan penerbangan.

Tidak ada sesiapa yang dapat mempercayai - ia adalah sesuatu perkara yang mustahil - tidak ada sekeping serpihan dikaitkan dengan MH370 dijumpai setakat ini. Adakah SAR telah mencari di lokasi yang salah?

Terdapat banyak teori-teori konspirasi dilaporkan di peringkat global oleh media cetak, rangkaian berita stesen televisyen dan di ruang siber.

Sesetengah teori ini jika dibaca dan diamati isi kandungannya seperti tidak logik dan mungkin ada beberapa teori pula dilihat munasabah dan boleh diterima akal.

Jika tiada bukti nyata yang MH370 telah terhempas dan meragut nyawat kesemua penumpang dan anak kapal, laporan mengaitkan perisikan Rusia telah menuduh Amerika Syarikat sebagai bertanggungjawab bagi pesawat yang hilang semakin realistik.

Laporan mendakwa bahawa krisis MH370 itu adalah sebahagian daripada "Perang Dingin" konspirasi antara Amerika Syarikat dan China.

Lagipun, majoriti penumpang MH370 Beijing - adalah warga negara China.

Apa yang ada di dalam kargo pesawat MH370 perjalanan ke Beijing? Sebuah laporan memetik perisikan Rusia yang mendakwa "kargo mencurigakan" telah dimuatkan dalam pesawat tersebut.

Sekiranya demikian, jelas Amerika Syarikat, China dan Malaysia tahu apa yang berada di dalam kargo pesawat?

Mungkin, sekarang, untuk kepentingan politik dan "Perang Dingin" kedua-duanya Amerika Syarikat dan China mahu MH370 hilang dan kekal sebagai misteri?

Mereka yang condong kepada "Perang Dingin" teori konspirasi ini telah menunjukkan kebimbangan Amerika Syarikat berkembang sebagai pengaruh serantau dan ekonomi China di Asia dan Asia Tenggara.

Amerika Syarikat dikatakan "kecewa" dengan tindakan China yang telah ketara menyatukan kepentingan ekonomi dan pengaruh di rantau ini menerusi kehadiran Myanmar yang sangat strategik dalam pengkalan baru Dawei Sea Port.

Dawei adalah sebuah bandar di tenggara Myanmar yang terletak di Tavoy di pantai Laut Andaman dan Lautan Hindi anggaran kira-kira 610 kilometer selatan Yangon serta 350 kilometer dari barat Bangkok, Thailand.

Menurut portal MyanmarBurma.com, baru-baru ini Dawei disambungkan ke seluruh Myanmar dengan kereta api dan jalan raya tetapi kini ia menjadi lokasi pelabuhan laut dalam baru dan zon ekonomi khas.

Ia berkeluasan 250 kilometer persegi (61.775 ekar) dengan pembangunan pelabuhan kos dianggarkan kira-kira AS $58 bilion (RM189 bilion) yang memaparkan kemudahan seperti pelabuhan laut dalam, taman industri berat, loji kuasa dan peningkatan kemudahan pelancongan.

Jepun menyokong projek itu dan Thailand dilaporkan mempunyai kepentingan besar kerana Dawei akan memberikan Thailand akses yang lebih iaitu terus ke laluan perdagangan antarabangsa dan pasaran di India, Eropah dan Afrika sekali gus memintas Selat Melaka.

Ia juga akan menjadi sumber penjanaan kuasa bagi Thailand. Lebuh raya mempunyai lapan lorong dan pengangkutan serta laluan kereta api yang akan menghubungkan Dawei dan Bangkok manakala rancangan pembinaan laluan kereta api ke Kunming China juga dalam pelan pembangunan!

Selain itu dalam fasa reka bentuk, zon  semasa tersebut akan menggabungkan Shwe Gas dan China-Myanmar Projek Koridor di bawah pembinaan untuk membekalkan China dengan gas asli melalui saluran paip darat ke seluruh Myanmar!

Landasan kereta api dan lebuh raya 800 kilometer dari Kyaukphyu untuk Muse, China, akan menghubungkan China ke Teluk Bengal.

Manakala pelabuhan laut dalam adalah di bawah pembinaan di Pulau Maday, timur Kyaukphyu di mana pelabuhan itu akan  melabuhkan kapal tangki minyak 300,000-tan dan menjadi satu hubungan yang penting bagi China untuk menyalurkan petroleum dari Timur Tengah dan pasaran antarabangsa yang lain.

Walaupun China akan menerima banyak faedah daripada pelan pembangunan, kebaikan Myanmar dari segi pertumbuhan ekonomi, guna tenaga serta infrastruktur yang lebih baik juga amat penting.

Selain Dawei yang kini di penghujung pembinaan, Myanmar mempunyai enam pelabuhan laut dalam yang sedia ada di sepanjang pantai dan sedang merancang untuk membina dua lagi pelabuhan laut dalam baharu.

Dengan merumuskan semua ini: Media di China telah mula menghantar menerbitkan berita dalam cadangan sedekad lamanya - untuk membina terusan di Segenting Kra, Thailand dan dengan itu memintas Selat Melaka, Malaysia termasuk pelabuhan Singapura.

Secara berterusan, sekiranya disedari ia sudah pastinya  akan menjimatkan kos penghantaran dan masa jika laluan itu dipendekkan kira-kira 1,000 kilometer.

Syarikat Liugong Machinery Co Ltd dan XCMG yang besar dimilik negara China dan syarikat swasta Sany Heavy Industry Co Ltd telah memimpin untuk menubuhkan kumpulan persediaan untuk pembinaan Kra Isthmus Canal.

Malah, 100 kilometer pautan tiruan ke Lautan Hindi akan memberi manfaat bukan sahaja China dan negara Asean tetapi juga Jepun dan negara-negara perdagangan dunia yang lain.

Tidakkah tindakan ini membangkitkan kemarahan Amerika Syarikat lebih dengan kelibat kehadiran tentera di Singapura dan Filipina?

Malaysia hanya boleh membayangkan kesan ke atas pelabuhan dan perdagangan apabila jumlah perkapalan dicantas secara drastik oleh pembangunan negara jiran ke utara Malaysia.

Sudah tentu pelabuhan Singapura akan terjejas tetapi republik pulau itu telah pun melabur dalam pelabuhan asing untuk mengelakkan negara itu seperti "meletakkan semua telur dalam satu bakul".

Sejak tahun 2010 Singapura telah melabur S $11.5 (RM30 bilion) untuk mengembangkan dan menaik taraf pelabuhan selepas Shanghai mengangkat negara pulau kecil itu sebagai pelabuhan paling sibuk di dunia.

Apa yang menarik adalah pelaburan Singapura di Myanmar berjumlah US $1.3 bilion atau RM4 bilion!

Ekonomi Singapura telah disenaraikan sebagai yang paling terbuka di dunia, kurang rasuah, paling pro- perniagaan dengan kadar cukai yang rendah iaitu sebanyak 14.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mempunyai KDNK ketiga perkapita tertinggi di dunia.

Ekonominya digambarkan sebagai pelaburan langsung asing (FDI) aliran keluar pembiaya utama di dunia.

Bagaimana pula dengan Malaysia? - sumber
Read More

Saturday, 12 April 2014

Amerika nafi MH370 mendarat di pangkalan tentera Diego Garcia - akhbar Britain Daily Mirror...

Sabtu, 12 April 2014

Amerika nafi MH370 mendarat di pangkalan tentera Diego Garcia

MOHD FARHAN DARWIS
APRIL 12, 2014


Pesawat Tentera Udara Australi (RAAF) E-7A Wedgetail dan dua Tentera Laut AS P-81 Poseidon pesawat patrol di landasan lapangan terbang di Perth semasa bersedia dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang. Akhbar Britain Daily Mirror hari ini melaporkan Amerika Syarikat menafikan pesawat MH370 mendarat di Diego Garcia ikutan khabar angin mengenainya. – Gambar Reuters, 12 April, 2014.
Pesawat Tentera Udara Australi (RAAF) E-7A Wedgetail dan dua Tentera Laut AS P-81 Poseidon pesawat patrol di landasan lapangan terbang di Perth semasa bersedia dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang. Akhbar Britain Daily Mirror hari ini melaporkan Amerika Syarikat menafikan pesawat MH370 mendarat di Diego Garcia ikutan khabar angin mengenainya. – Gambar Reuters, 12 April, 2014.




Amerika Syarikat (AS) menafikan pesawat Malaysia Airlines MH370 mendarat di pangkalan tentera mereka di lokasi terpencil di Diego Garcia, lapor akhbar Britain Daily Mirror.

Akhbar berkenaan melaporkan, jurucakap kedutaan AS di Kuala Lumpur menafikan perkara itu di sebalik khabar angin dan spekulasi mengatakan pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal mendarat di sana.
"Tiada petunjuk mengatakan pesawat MH370 terbang berhampiran Maldives mahupun Diego Garcia.
"MH370 tidak mendarat di Diego Garcia," katanya dipetik laporan akhbar.
Beliau turut berkata, dalam usaha sama koordinasi misi carian pesawat yang hilang pada 8 Mac lalu, tentera laut AS kini bekerjasama dengan Malaysia dan Australia, bersama 26 lagi negara.
Lokasi Diego Garcia sekitar 3,500 kilometer dari Malaysia.
Hari ini masuk hari ke-36 misi mencari pesawat berkenaan di Lautan Hindi, tumpuan kini bagi pengerahan Kenderaan Dalam Air Automatik milik Amerika Syarikat Bluefin 21 kerana dikhuatiri bateri kotak hitam kehabisan berikutan tiada isyarat dikesan pasukan mencari bagi tempoh 24 jam lepas.
Dua isyarat getaran akustik dikesan Selasa lepas oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield, manakala satu isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis disahkan tidak ada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata bagi misi mencari pada Sabtu, Ocean Shield terus menumpukan usaha untuk mengesan isyarat daripada kotak hitam pesawat dengan menggunakan alat pengesan pinger ditunda.
Menurutnya, AP-3C Orion turut meneruskan misi pencarian akustik, bersama-sama Ocean Shield dan kapal oseanografi HMS Echo.
"Tiada sebarang pengesanan akustik disahkan dalam tempoh 24 jam lepas," menurut JACC dalam kenyataan hari ini.
JACC berkata sembilan pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal terbabit dalam misi mencari MH370 di Lautan Hindi pada Sabtu, melibatkan kawasan seluas kira-kira 41,393 kilometer persegi.
Kawasan pencarian bertumpu di sekitar kira-kira 2,331 kilometer barat laut Perth, katanya.
Rabu lepas, Ketua Penyelaras JACC, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata Kenderaan Dalam Air Automatik akan dikerahkan sebaik sahaja tiada isyarat dikesan.
Pihak berkuasa menganggarkan bateri kotak hitam mungkin boleh bertahan 10 hari lebih lama daripada jangka hayat 30 hari sebelum ia berhenti menghantar isyarat getaran.
Sejak Jumaat minggu lepas, pasukan mencari mengesan enam isyarat, dua daripadanya dikesan kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April manakala Ocean Shield mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.
Kotak hitam merekodkan data kokpit dan mungkin memberikan jawapan mengenai apa yang sebenarnya berlaku terhadap MH370.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
TMI.
Read More

Friday, 4 April 2014

Pak Lah diawasi oleh Amerika: Timbul persoalan kenapa nama Tun Mahathir tak ada!

Sabtu, 5 April 2014

Punca Sebenar Kenapa Pak Lah Diawasi Oleh Amerika Syarikat Didedah..

Beberapa hari lalu kita gempar dengan pendedahan sebuah akhbar Jerman, Der Spiegel, bahawa mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah antara pemimpin dunia yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA).

Der Spiegel mendedahkan perkara itu berdasarkan sebuah dokumen rahsia NSA tahun 2009, yang menyasarkan individu berprofil tinggi dengan sumbernya datang dari bekas ejen Agensi Perisikan Pusat, CIA, Edward Snowden.

Dokumen terbabit mengandungi senarai 122 pemimpin negara yang diawasi dengan Abdullah adalah nama pertama yang tersenarai (senarai mengikut abjab).


Timbul persoalan kenapa nama Tun Mahathir tak ada sedangkan nampak umum Tun Mahathir begitu lantang kencang AS? Adakah sekadar sandiwara semata-mata hakikatnya tidak begitu?

Ramai yang tertanya-tanya kenapa Pak Lah disenaraikan kenapa?Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam mengesahkan beliau tahu diawasi Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat (AS) ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri.

Malah, Perdana Menteri kelima itu juga berkata, beliau tahu seorang lagi rakyat Malaysia dipantau agensi yang sama berikutan kaitan individu berkenaan dengan satu projek membabitkan dua negara yang dicurigai AS.

“Ketika itu, saya diminta mengesyorkan mereka (syarikat Malaysia) untuk mendapatkan projek di luar negara. Projek yang mereka minta itu di sebuah negara yang dicurigai oleh AS. 

Disebabkan itu, saya diheret dalam perkara itu."“Ada lagi seorang, dia jual barang (dihantar dari Kuala Lumpur) yang dianggap tidak tidak diterima (oleh AS).”

Sabtu lalu, sebuah majalah mingguan Jerman, Der Spiegel mendedahkan satu dokumen rahsia bertarikh 2009, menunjukkan nama bekas Perdana Menteri berkenaan tersenarai dalam kalangan pemimpin dunia yang disasarkan NSA untuk pengawasan.

Dokumen itu yang didedahkan bekas kontraktor NSA, Edward Snowden kepada wartawan, turut menunjukkan nama 10 pemimpin negara lain, termasuk Presiden Belarus, Alexander Lukashenko dan bekas Presiden Colombia, Alvaro Uribe. 

Der Spiegel melaporkan senarai penuh dokumen itu mempunyai 122 nama pemimpin dunia.

Abdullah yang yakin pengawasan itu dibuat disebabkan AS mengawasi setiap perkembangan di Asia Barat, berkata beliau bagaimanapun langsung tidak bimbang dengan tindakan berkenaan. ~tranungkite
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena