Showing posts with label Anak muda Sabah. Show all posts
Showing posts with label Anak muda Sabah. Show all posts

Wednesday, 1 November 2017

[Video Bila Anak Muda Sabah berhujan depan KJ! "Hebat betul kamu" Apa capaian 2020 & Apa ni TN50?] Lebih 160 perniagaan runcit tutup kedai, Sandakan jadi ‘bandar hantu’.

Rabu, 1 November 2017

Image result for Gambar jalan di sandakan
Tempat menarik di Sandakan, Sabah

Image result for Gambar jalan di sandakan
Sandakan Memorial Park

Lebih 160 perniagaan runcit tutup kedai, Sandakan jadi ‘bandar hantu’


KUALA LUMPUR, 1 NOV: Sebanyak 162 premis perniagaan runcit ditutup di Sandakan dipercayai ekoran faktor ekonomi, kekerapan gangguan bekalan elektrik, isu Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan isu keselamatan kata Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt.
“Di kawasan saya, ekonomi semakin merosot, kedai tutup, apabila saya buat kajian pada Mac tahun ini, saya mendapati bahawa sebanyak 162 kedai retail telah tutup di Bandar Sandakan, kini mungkin lebih banyak sehingga 200 unit.
“Tiga bangunan pejabat iaitu Wisma Sandakan, Wisma Lai Biang Kee dan Wisma Sabah kini sudah langsung kosong, tiada orang dan dibiarkan sebagai ‘bangunan hantu’ sebab ekonomi terlalu teruk, tiada orang mahu sewa,” katanya dalam perbahasan Bajet 2018 di Parlimen baru-baru ini.
Menurutnya, jika Sandakan yang suatu ketika dahulu terkenal dengan julukan ‘little Hong Kong’ kerana perkembangan pesat ekonomi dan kemasukan pedagang dari wilayah itu, kini, Sandakan dikenali sebagai ‘little Philippines’ kerana dibanjiri PATI seolah-olah tidak lagi terkawal.
Situasi tersebut kata Pengerusi DAP Sabah itu menyebabkan ramai golongan muda berhijrah ke bandar-bandar besar lain kerana peluang peluang pekerjaan dan kehidupan yang semakin tertutup.
“Di manakah janji Barisan Nasional yang mendakwa laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan menyelesaikan masalah ini sebelum PRU13, apa terjadi sekarang? Kenapa langsung tiada tindakan? Bukankah satu lagi bukti bahawa BN janji tidak ditepati!” ujar Stephen.
Kelembapan ekonomi Sandakan katanya turut dapat dilihat apabila banyak penerbangan ke bandar itu dibatalkan, “Ia menunjukkan betapa merosot ekonominya di Sandakan,” kata beliau.
Selain itu, kemunduran ekonomi Sandakan saat ini juga turut dipengaruhi oleh gangguan bekalan elektrik dan bekalan air yang serius.
“Kerajaan berjanji akan membina satu loji janakuasa gas 380MW di Sandakan. Tapi sehingga hari tiada berita, di samping itu pembinaan satu saluran untuk menghantar gas dari pantai barat ke pantai timur pun masih tiada apa-apa berita. Saya nak tanya apakah status terkini dengan projek ini?
“Sekarang gangguan air juga semakin serius juga. Saya mendapat maklumat bahawa kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan bekalan air sudah dihentikan,” katanya.
Selain daripada masalah air dan elektrik, Sandakan juga berdepan dengan sistem jaringan jalan raya yang gagal mendapat perhatian dan penambahbaikan.
“Jalan kita berlubang-lubang di seluruh Sabah sehingga menyebabkan tragedi yang amat menyedihkan. Pada 24hb October 2017, amat sedih sekali, sebuah kereta Avanza yang membawa sembilan pelajar tingkatan 6 sekolah SMK Pitas telah terbabas akibat terlanggar lubang di jalan menyebabkan empat pelajar maut dan selebihnya cedera,” katanya.
Stephen dalam masa yang sama membangkitkan isu keselamatan yang dilihat turut menjadi punca kepada kelembapan ekonomi.
Katanya, setelah kes penculikan berlaku beberapa kali di kawasan pantai timur Sabah dan pengenalan perintah berkurung, salah satu sistem ekonomi tradisi masyarakat di Sandakan iaitu sistem barter telah dihentikan.
Ia sekaligus menyebabkan ekonomi tempatan menerima kesan buruk sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit.
“Saya nak minta penjelasan, adakah sistem barter merupakan punca pencerobohan atau penculikan?
“Pada saya, sistem barter itu bukan masalah sebenar. Saya berpendapat bahawa kita perlu cari satu penyelesaian menyeluruh. Bukan kerana adanya ancaman, maka aktiviti tersebut dihentikan ianya adalah tidak masuk akal,” katanya lagi. – Roketkini.com
Read More

Friday, 11 November 2016

[Video] 'Kawan lama' ingatkan Najib: Parti, bukan peribadi...Anak muda Sabah akan turun Bersih 5 mendesak #BebaskanJufazli

Jumaat, 11 November 2016


Anak muda Sabah akan turun Bersih 5
Oleh: Anita Awang
Forum "BERSIH 5: Kenapa Rakyat Perlu Turun" telah berlangsung pada 9 November 2016 di Pejabat Bersih Sabah sekitar jam 8:30 malam serta dihadiri oleh pelbagai latar belakang penonton terutamanya anak muda dan mahasiswa.
Panel forum terdiri daripada beberapa barisan NGO Bev Joeman BERSIH Sabah, Uncle Muthu (NGO Hijau), Khairuddin Daud (Sekretariat Anak Muda Sabah), Mukmin Nantang (Pengerusi Suara Mahasiswa UMS), dan Datu Aziz (bekas Ketua Gerakan Pemuda Umno Bahagian Semporna).
Menurut Mukmin, mahasiswa menyambut baik semua tuntutan Bersih 5 dan akan turun berhimpun pada 19 November akan datang. Beliau turut menyatakan bahawa mahasiswa tidak perlu takut kerana tiada kes mahasiswa didakwa oleh universiti kerana turun BERSIH berdasarkan siri himpunan BERSIH yang lepas.
Ujar beliau lagi, "Tuntutan Bersih adalah untuk memastikan negara yang baik akhirnya membawa kebaikan itu kepada rakyat". Beliau juga akan turun demi mempertahankan hak rakyat berdasarkan perlembagaan.
"Adalah tidak logik polis meletakkan peraturan untuk mengisi borang dan meminta keizinan DBKK atau polis apabila himpunan itu untuk menegur 'bos' mereka" tegasnya.
Selain itu, Khairuddin Daud turut menyatakan pendiriannya bahawa Anak muda perlu turun Bersih 5 demi memastikan generasi akan datang tidak berhadapan dengan kerajaan yang korup dan bobrok.
"Di Sabah, kes RM117 juta rasuah Jabatan Air dilakukan oleh 2 orang sahaja pegawai kanan dalam kerajaan dan ini tidak boleh dimaafkan oleh rakyat. Kerana dua orang ini ratusan ribu rakyat Sabah dalam kesusahan".
" Kalau ada Bersih sampai 10 kali pun, selagi kerajaan tak penuhi tuntutan kita akan turun berhimpun di jalanraya" tambahnya lagi.
Menurut Datu Aziz, mantan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Semporna menyatakan bahawa Pilihanraya tidak pernah bersih dibawah pentadbiran UMNO/BN. Malah semua saluran untuk kita suarakan pendapat telah pun ditutup dan disekat.
"Kita dapat lihat sendiri apa yang berlaku dengan ahli parlimen yang membangkitkan soal 1MDB telah pun dipanggil oleh pihak polis walaupun dibangkitkan di Parlimen. Ini jelas menunjukkan bahawa UMNO/BN tidak telus dalam menjalankan tanggungjawab yang diberi"
Beliau juga menambah bahawa kumpulan Baju Merah sememangnya dibiayai oleh UMNO. Beliau dengan tegas menyatakan bahawa UMNO jangan menipu rakyat dengan menafikan kaitan UMNO dan kumpulan Baju Merah.

KENYATAAN AMANAH SABAH BERHUBUNG PENANGKAPAN JUFAZLI SHI AHMAD
Petang kelmarin, pihak Amanah telah mendapat makluman bahawa Jufazli Shi Ahmad telah ditahan di Balai Polis Travers di bawah kesalahan S. 233 Akta SKMM.
Kumpulan peguam Amanah atau KANUN juga dimaklumkan awal pagi tadi bahawa pihak polis cuba mereman beliau untuk dibawa ke Pulau Tambang bagi meneruskan proses soal siasat. Oleh itu, KANUN akan melawan permohonan reman polis pagi ini di hadapan Majistret di Balai Jinjang.
Jufazli Shi Ahmad, selaku Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah adalah anak muda yang berani dan lantang dalam mendedahkan pelbagai skandal rasuah dan korupsi di Sabah.
Kami mengecam sekeras-kerasnya penangkapan ini dan sekali lagi membantah tindakan pendakwaan terpilih yang diamalkan oleh pihak berkuasa kita. Pihak polis sepatutnya menahan dan menyiasat individu-individu yang berkait dengan skandal rasuah yang didedahkan oleh Jufazli, dan bukannya menahan Jufazli serta menggeledah kediamannya.
Justeru, kami mendesak pihak polis segera membebaskan beliau dan menyeru seluruh rakyat Sabah untuk bangkit menyatakan solidariti yang padu kepada beliau. Solidariti ini penting sekali bagi memberi mesej yang jelas tentang pembelaan kita terhadap pejuang rakyat sekaligus menunjukkan penolakan kita kepada kebobrokan regim UMNO.
MOHD KHAIRUDDIN BIN DAUD
Ketua Pemuda
Parti Amanah Negara
Negeri Sabah

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena