Showing posts with label Arak. Show all posts
Showing posts with label Arak. Show all posts

Friday, 24 April 2015

LANGKAWI kini! ARAK, BEACHBOYS & SOCIAL ESCORTS? "Believe it or Not"? Apa peranan Umat, Ulamak & Umarak?

Sabtu, 25 April 2015

LANGKAWI KINI......ARAK, BEACHBOYS & SOCIAL ESCORTS?

"Believe it or Not".....?

OLEH: Warga Prihatin

KEROSAKAN YANG DIBANGGAKAN

Seorang warga yang baru pulang dari bertugas seminggu di Langkawi menceritakan tentang perubahan yang menyedihkan, khususnya di Pantai Cenang. Beliau pernah bermustautin di sana 30 tahun dahulu menceritakan rasa terkejut melihat perubahan yang amat luarjangka itu..

Dahulu masih boleh nampak pantai dan laut dari jalan raya. Sekarang ini untuk melihat pantai dari jalan terpaksa mengintai-intai dari celah-celah bangunan. Dahulu ada nelayan yang parking bot menangkap ikan dan sotong di situ. Kini tidak kelihatan lagi..

Hari ini, melangkahkan kaki ke situ dirasakan seolah-olah berada di sebuah tempat luar daripada Malaysia. Persis seperti Hawaii. Bukan hanya kerana lokasi tersebut telah menjadi tarikan kepada banyak pelancong dari luar negara, sehingga ia dipenuhi dengan warga manusia yang datang dari pelbagai negara, tetapi juga kerana budaya dan cara hidup di situ telah bertukar. Jauh berbeza daripada budaya asal rakyat Malaysia.

Pantai Cenang sangat berbeza jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain Pulau Langkawi. Di sepanjang persisiran pantai, di sepanjang jalan, langsung tiada kelihatan imej-imej yang melambangkan tanah air kita. Pelbagai aktiviti-aktiviti 'permainan air' disediakan.

ARAK, BEACHBOYS & SOCIAL ESCORTS

Mereka yang menjaga aktiviti-aktiviti pantai ini kebiasaannya diberi gelaran 'beach boys'. Tidak sukar untuk mengenal mereka yang dipanggil 'beach boys' ini. Dengan mengenakan seluar 3 suku bercorak bunga-bungaan ala Hawaii dan biasanya tidak berbaju, mereka dengan bangganya menayangkan tubuh sasa mereka. Kulit sawo matang jadi gelap kerana berjemur di pantai saban hari.

Sekali pandang, memang kita akan menyangka yang mereka ini pasti bukan kelahiran Malaysia, jauh sekali nak dikatakan berbangsa Melayu dan beragama Islam. Lagak mereka lebih mirip kepada lelaki bangsa kulit hitam. Hanya apabila mereka bersuara barulah kita sedar rupa-rupanya mereka ialah anak kelahiran tempatan. Ini kerana apabila bercakap, jelas loghat utaranya.

Para pelancong perempuan di pantai pula tidak kurang hebatnya. Tidak kiralah pelancong dari luar Malaysia mahupun pelancong Malaysia sendiri. Pakaian mereka seolah-olah sudah tiada perasaan malu pada diri sendiri. Dengan bangga mereka berpakaian yang nisbah kulit terdedah lebih banyak daripada nisbah kain yang menutupi kulit. Kalau tidak kulitnya terdedah, bentuk badan pula yang dijadikan aset, dibalut ketat untuk dipertontonkan.

Di sepanjang jalan pula, Pantai Chenang sentiasa hidup tidak kira siang atau malam. Aktiviti seolah-olah berjalan sekitar 24 jam, jauh berbeza dengan tempat-tempat lain di Pulau Langkawi. Semuanya ada; dari tempat penginapan, tempat makan, tempat membeli-belah dan macam-macam lagi. Antara yang mudah dijumpai ialah tempat urut dan pub/bar yang banyak didirikan di sepanjang jalan, dari sekecil-kecil gerai sehinggalah yang sebesar-sebesar bangunan restoran mewah. Tawaran yang diberikan pula tidak usah ditanya.

Dengan status pulau bebas cukai, sudah pasti arak dan bir boleh dijamu dengan harga yang murah. Pub/bar pula adalah secara terbuka, siapa-siapa pun boleh masuk secara 'walk in' begitu saja, samada non-muslim atau muslim kelihatan seolah-olah tiada halangan.

Tidak kurang menyedihkan ialah industri pelayanan ‘perempuan’ di pusat hiburan, di hotel dan tempat-tempat peranginan. ‘Social escort’ atau ‘pemandu pelancung’ adalah satu kerjaya yang ‘menghalalkan’ industri pelacuran secara terhormat. Itulah karear tidak berakhlak yang pernah diceburi oleh Sufiah, ‘pelajar pintar’ permata negara kita di London satu ketika dahulu.

Kasihan sekali apabila ramai ibubapa dan nenek tua yang tidak tahu hal sebenar. Dengan selamba boleh memberitahu anak perempuannya kerja PEMANDU PELANCUNG. Kita yang tahu apa sebenarnya peranan 'sosial escort' ini hanya mampu merintih sedih mengenang nasib anak bangsa.

APA PERANAN UMAT, ULAMAK DAN UMARAK?

Senario yang berlaku di Pantai Chenang itu dianggap seperti biasa sahaja oleh kebanyakan masyarakat kita. Seolah-olah tiada apa yang pelik atau berlainan daripada norma cara hidup masyarakat kita, khasnya Melayu yang majoritinya beragama Islam. Senario di sana seperti satu kerosakan berskala besar yang sedang memamah nilai-nilai agama serta budaya anak-anak kita.

Tiada siapakah yang sedar bahawa senario itu sudah menjadi satu evolusi yang akhirnya akan mengubah jati diri anak-anak kita? Ada siapa-siapa yang kisah??!!

Hakikatnya, kebanyakkan daripada kita telah selesa dengan perubahan yang dicorakkan ke atas cara hidup, budaya dan jati diri anak-anak kita. Lama-kelamaan mula timbul keseronokan lalu tanpa disedari akan memakan diri dan generasi kita sendiri. Inilah kelemahan kita. Ini tempat kita, budaya kita, cara hidup kita, agama kita sendiri... namun dengan mudah kita biarkan semuanya ditukar hanya dengan alasan kononnya untuk menarik orang luar datang.

Pernahkah kita terfikir UNTUK APA orang luar datang jika hanya untuk melihat tempat dengan budaya yang lebih kurang sama dengan negara mereka sendiri? Perlukah mengembara beribu-ribu batu dari negara asal hanya untuk sampai ke sebuah tempat yang tidak jauh berbeza daripada negara mereka?

Anihnya kita pula seronok sangat ubah identiti diri kita, tempat kita, cara hidup kita, kononnya untuk ambil hati mereka supaya tertarik untuk datang. Bukankah itu fasik namanya? Sudahlah fasik, ditambah pula perubahan yang dilakukan itu hanya menambah kerosakan. Malah, kita berbangga pula apabila disamakan dengan mereka. Benarlah sabda nabi yang mengatakan di akhir zaman ini, umat Islam akan berbondong-bondong mengikut musuh mereka ke arah kerosakan.

“Kamu semua akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu tetap akan mengikut mereka. Kami bertanya adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Sabda Nabi S.A.W: Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Dari Abu Said al-Kudri RH – Hadis Riwayat Muslim No.2669)

Apa yang berlaku di Pantai Chenang adalah satu manifestasi yang membuktikan bahawa kita adalah masyarakat yang terlalu ambil mudah terhadap semuanya. Untuk wang, apa pun boleh. Kita sanggup biarkan sahaja budaya kita dicemari oleh elemen-elemen maksiat yang akhirnya 100% menukar cara hidup masyarakat ke arah kemusnahan.

Janganlah marah bila anak-anak sendiri mula memperagakan bikini yang mencolok mata. Jangan marah-marah bila tengok anak berpeleseran dengan minah Mat Salleh, atau berkepit dengan Mat Salleh di kiri kanan mereka. Jangan bising-bising bila terserempak dengan anak sendiri balik ke rumah pagi-pagi buta dalam keadaan mabuk, dengan baju berbau busuk tertumpah arak yang ditonggang sepanjang malam.

Buat apa bising-bising bila selama ini kita tidak pernah pun pedulikan kerosakan yang berlaku di sekeliling kita. Untuk apa lagi merawat kerosakan bila kita tidak pernah anggap ia satu kerosakan selama ini, hanya kerana anak-anak kita, saudara-mara kita tidak pernah terjebak? Bila sudah terkena batang hidung sendiri baru mahu bertindak. Masa itu menyesal pun tiada guna. Anak sendiri sudah jauh hanyut dan “nasi sudah jadi bubur”.

Mana perginya peranan pihak berkuatkuasa? Pernahkah sesiapa buat kajian sejauh mana anak-anak muslim kita yang masuk pub/bar itu telah menonggang arak? Sejauh mana berlakunya zina pada sosial escort, juga bagi anak-anak yang berpeleseran di pantai, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batas, dan dengan pakaian yang macam telanjang?

Bila tiada siapa yang kisah untuk menegur dan menghalang perbuatan seumpama ini, rasanya dapat dibayangkan apa aktiviti-aktiviti susulan yang berlaku di sebalik itu. Apabila sudah biasa mabuk, bercampur gaul tanpa batas, aurat pula terlondeh sana sini, pasti zina menghampiri mereka. Tapi biasalah.. inilah cara hidup di pantai yang sepatutnya. Baru ‘happening’ bukan?

KESIMPULAN

Membiarkan kerosakan berleluasa sudah boleh dikira sebagai satu kesalahan, tetapi jika sehingga berbangga dengan kerosakan yang berleluasa itu, masih bolehkah lagi kita mengaku diri kita seorang muslim? Maka tidak dinafikan lagi, apa yang nabi sabdakan telah menjadi kenyataan.

Ini semua berlaku bukan secara sekelip mata. Ternyata strategi musuh Islam ialah dengan menyuntik elemen kerosakan itu sedikit demi sedikit. Apabila dilihat umat Islam sendiri sudah lali dan serasi dengan kerosakan itu, maka akan ditambah dos kerosakan itu lagi dan lagi. Lama-kelamaan kerosakan yang sudah jadi sebesar gajah pun masyarakat kita masih lali dan akhirnya berasimilasilah kita dengan kerosakan itu.

Marilah kita sama-sama bangkit memperbetulkan keadaan ini. Setiap dari diri kita adalah bertanggungjawab untuk mengubah masaalah ini. Samada secara individu, masyarakat, pihak berkuasa, kesemuanya mesti menjalankan peranan masing-masing. (QS:6/137, QS:9/24,28)

Itu semua hanya sedikit pemerhatian di Pantai Cenang untuk kita renungkan. Belum lagi cerita soal kosert liar, pesta dadah dan seks di kelab dan apartment, kisah zina di hotel mewah, hotel bajet, rumah sewa dan celah kebun.

Inilah harga sebuah pembangunan dan kemodenan. Nasib anak cucu dan maruah agama bangsa inilah gadaian untuk hasil pendapatan dari pelancungan yang kita taja dan berbangga dengannya.

QS: 3. Ali 'Imran 104. "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung".

WARGA PRIHATIN
Kedahkini.
Read More

Monday, 13 October 2014

Arak - October Fest 2014 di Joker Walk Melaka diteruskan...

Selasa, 14 Oktober 2014

OKTOBERFEST 2014 .. SETELAH KENA BIDAS SAMPAI LUNYAI, AKHIRNYA KM MELAKA MEMBUAT KENYATAAN U TURN.




Setelah teruk di bidas keras sampai lunyai kerana kenyataan bahawa pengisian program Octoberfest 2014 di Melaka di lihat bertujuan menggalakan pelancung dari luar negara untuk datang ke Melaka, maka hari ini Ketua Menteri Melaka, Idris Haron telah mengeluarkan kenyataan U Turn kona barang cicah pipi flip flop.

Dia ingat rakyat berfikiran waras mau terima dan percaya????

Kerajaan Negeri Melaka akan menempatkan pegawai penguat kuasa bagi menghalang umat Islam daripada meminum arak pada acara 'Oktoberfest' dijangka berlangsung di Jonker Walk di sini, pada 18 Oktober ini.

Mengenai kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Melaka, Zulkifli Ismail Muhammad semalam yang meminta kerajaan negeri mengambil langkah menghalang penganjuran pesta arak Oktoberfest itu, Idris berkata "saya tidak tahu di mana yang dikatakan pesta arak".

Beliau berkata pengisian program tersebut dilihat bertujuan menggalakkan pelancong dari luar negara untuk datang ke Melaka.

Idris berkata pemimpin dan penyokong Pas perlu berfikiran terbuka ketika hidup dalam masyarakat majmuk dengan mengambil semangat 'untuk mereka agama mereka dan untuk kita agama kita'.

Hentikan kerja nak menipu dan menghina kebijaksanaan rakyat dengan kenyataan semborono ni ... cukuplah tu .. jangan nak berlagak suci murni dan mulia pula.

Sekejap kata tak tau sekejap kata akan pantau, sekejap kata demi industri pelancongan, akhirnya tidak diluluskan.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
Posted by 
Read More

Wednesday, 2 April 2014

[Video Bomoh] Pegangan ASWJ: Ada pemimpin berdamping dengan bomoh - Ust Abu Bakar Hussien

Rabu, 2 April 2014


GRAND PRIX F1:LEWIS HAMILTON DAN NICO ROSBERG HINA KELUARGA MH370,DENGAN PANCUTKAN ARAK


Pengerusi Petronas DS Najib,boleh membenarkan pelumba tajaan Grand Prix F1 bermain arak.
Lewis Hamilton dan Nico Rosberg melengkapkan penguasaan 1-2 Mercedes AMG PETRONAS apabila menang di Grand Prix F1 di Litar Antarabangsa Sepang.Mereka  didakwa merakamkan kemenangan itu  khusus buat ahli  239 penumpang keluarga  dan krew pesawat MH370,Ahad,30 Mac 2014. Pelumba tajaan PETRONAS ini meraikan itu dengan memancutkan arak. DS Najib bikin malu lagi.....  
Sisi Bukit.


Mengundang "Bala"

~kONSERT SEKSI CHRISTINA AGUILERA DIBATALKAN DIKAWASAN TERBUKA KLCC TETAPI DITERUSKAN DI HOTEL SHANGRI-LA KL ....~~
TOPENG YANG DIPAKAI OLEH REGIM TETAP TERDEDAH ..KESAH INI MENELANJANGKAN LAGI SIKAP HIPOKRIT PENGUASA SANGGUP MELINDUNGI YANG HARAM DARIPADA MATA RAKYAT NAMUN SEMAKIN HARI SEMAKIN DIBOGELKAN OLEH RAKYAT YANG SUDAH MUAK DGN GELAGAT PENGUASA....
Nukilan Oleh 

Masih ada pemimpin berdamping dengan bomoh - Ustaz Abu Bakar Hussien

IPOH: Ustaz Abu Bakar Hussien (PAS-Titi Serong) menggesa kerajaan negeri mendrafkan satu Enakmen Syariah Islam yang merangkumi semua syariat yang diwajibkan oleh Allah di dalam Al-Quran.

Ia selari dengan titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal kedua Dun 31 Mac lalu yang menyarankan meningkatkan fahaman serta penghayatan Islam dengan bertunjangkan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Katanya, sudah sampai masanya negeri Perak merancang dan merangka satu pelan tindakan ke arah perlaksanaan syariat Islam yang lebih menyeluruh di negeri ini.

Menurut Ustaz Abu Bakar, perancangan ini perlu sebagai tanda komitmen yang tinggi ke arah perlaksanaan syariat Islam dan mesti bermula dengan pembentukkan satu jawatankuasa khas di peringkat Exco dan jabatan bagi mendrafkan satu enakmen syariat Islam.

"Pegangan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah janganlah hanya kepada kepercayaan yang umum terhadap segala rukun iman dan perlaksanaan syariat Allah yang terkandung dalam rukun Islam semata-mata.

"Pegangan ini bukan semata-mata iktikad yang kukuh di dalam hati tetapi mesti dibuktikan dengan amalan yang zahir termasuklah amalan yang berkaitan dengan perlaksanaan hukum Allah yang terbukti keadilannya," katanya ketika membahaskan titah ucapan Raja Dr Nazrin Shah semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan, kerajaan negeri hendaklah tegas memerangi semua ajaran yang jelas bercanggah dengan Islam sebagaimana fatwa yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri termasuklan amalan pembomohan yang mengandungi unsur-unsur khurafat, tahyul dan syirik.

Tegas beliau, amat tidak wajar apabila fatwa sudah dikeluarkan terhadap amalan pembomohan yang salah dan sesat, tiba-tiba ada pemimpin di negeri ini berdampingan dengan pengamal bahkan khidmatnya digunakan untuk tujuan tertentu./~harakahdaily
Read More

Thursday, 6 June 2013

Demo Taksim Square Turki: Pasai tak puas hati Recep Tayyip larang arak, larang cium terbuka?

Khamis, 6 Jun2013
Update from Turkey's Taksim Square
Demo di Taksim Square Turki

“Everyone’s agitated, there’s too many bans, the alcohol law, the ban on people kissing in public,” said her friend Tugba Orbay, referring to a recent warning issued by Ankara subway officials to act “in accordance with moral rules” after security cameras recorded a couple kissing. “Everyone feels like Turkey is becoming Iran,” she said. “The cup has overflowed.” - Times.com.     

taksim, square, protests:, 13, photos, showing, severity, of, the, protests,
Aerial View Of Taksim Square
taksim, square, protests:, 13, photos, showing, severity, of, the, protests,
Protesters Clash With Riot Police in Bodrum, Turkey 
Maknanya depa ni demo pasai tak puas hati cuma sebab Recep Tayyip Erdogan larang arak, larang cium terbuka?
Sumber: http://cenangau.blogspot.com

Read More

Friday, 24 May 2013

Cantik Baju...

Jumaat, 24 Mei 2013

Hidup Melayu
Hidup Umno
Hidup BN
Yg nie faktwa Umno kata Halal
FB Nan Yuri II

malaysianreview.com

omakkau.blogspot.com
DCM
deblogashraf.blogspot.com
Read More

Friday, 10 May 2013

Lihat dengan mata kepala sendiri 4 orang anak muda Melayu/Islam telah ditugaskan untuk menuang arak

Jumaat, 10 me 2013
Lihat dengan mata kepala sendiri 4 orang anak muda Melayu/Islam telah ditugaskan untuk menuang arak
Timeline Photos
Back to Album · Bersih 3.0 [Official ]'s Photos · Bersih 3.0 [Official ]'s Page

Bersih 3.0 [Official ]
GEMPAR!!!!!... ANAK-ANAK MUDA MELAYU/ISLAM DITUGASKAN UNTUK MENUANG ARAK DI 1MALAYSIA PENANG INTERNATIONAL CHARITY DRIVE ANJURAN NGO MESRA KETAT BN!!!!

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR!!!

Lihat dengan mata kepala sendiri 4 orang anak muda Melayu/Islam telah ditugaskan untuk menuang arak jenis beer jenama Tiger Beer untuk para tetamu di acara 1Malaysia Penang International Charity DRive anjuran NGO mesra ketat erat BN bagi tujuan tidak lain tidak bukan, pikat dan pujuk rakyat Pulau Pinang sokong dan undi BN pada PRU 13.

Dimana perginya Perkasa, JATI, Pemuda UMNO yang siang malam pagi petang berkokok menyalak terjerit terpekik terlolong akan mempertahankan aqidah umat Islam serta sanggup mati bermandikan darah untuknya..MANA WEH!!!!!!!!!

Selagi UMNO menjadi peneraju negara selagi itu keadaan sebegini akan terus bermaharajalela tanpa kawalan.

TOLAK UMNO DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU CICIT KITA DARI TERJEREBAK DALAM KEMAKSIATAN !!!!

Dicatat oleh Na'im Nikmat di 5:25 PM


https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/305995_515792805120510_149375785_n.jpga






Munajat dan solat hajat Tok Guru bersama dengan 10K anak muda kelantan
Takbir...Allahuakbar
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena