Showing posts with label BAJET 2017. Show all posts
Showing posts with label BAJET 2017. Show all posts

Wednesday, 26 October 2016

[Video] 'Hasil negara merosot, nak selesai hutang 1MBD macam mana'? Aikk! BIOR BETUL..!!! Rupanya Bajet 2017 Yang Dibentang Najib Tiada Dalam Dokumen Sebenar?

Rabu, 26 Oktober 2016


Rupanya Bajet 2017 Yang Dibentang Najib Tiada Dalam Dokumen Sebenar?


Ahli Parlimen Bukit Mertajam mendakwa sebahagian “gula-gula” yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2017, Jumaat lalu tiada dalam dokumen sebenar belanjawan.

Steven Sim berkata perkara itu membimbangkan kerana kerajaan hanya perlu melaksanakan apa terkandung dalam dokumen bajet, bukannya ucapan Najib yang juga menteri kewangan.

Rupanya Bajet 2017 Yang Dibentang Najib Tiada Dalam Dokumen Sebenar? Katanya, 2 program penting wanita iaitu ujian mamogram dan vaksinasi HPV tiada dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan tetapi ia disebut pada baris 291 teks dalam ucapan bajet dengan Najib menyebut peruntukan RM30 juta untuk program itu.

“Baris 207 menyebut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membelanjakan RM1 bilion untuk menambah baik mutu jalur lebar seluruh negara, namun Anggaran Perbelanjaan Persekutuan hanya memperuntukkan RM57.5 juta di bawah perbelanjaan pembangunan untuk projek jalur lebar,

“Dalam baris 224, Najib mengumumkan SKMM akan memperuntukkan RM340 juta untuk tablet percuma kepada 430,000 guru. Ini satu lagi ‘program yang hilang’ dalam anggaran perbelanjaan.

Rupanya Bajet 2017 Yang Dibentang Najib Tiada Dalam Dokumen Sebenar?


“Malah, peruntukan bagi perkhidmatan dan bekalan kepada sekolah rendah dan menengah masing-masing dipotong 82% dan 64%,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bajet 2017 memperuntukkan RM260.8 bilion, dengan RM214.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Pengarah Penang Institute itu berkata tiada jaminan “gula-gula” itu akan dilaksanakan kerana kerajaan tidak terikat dengan ucapan bajet, sebaliknya hanya perlu melaksanakan kandungan dalam dokumen seperti Anggaran Perbelanjaan Persekutuan, Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan dan Laporan Ekonomi.

“Butiran dalam dokumen ini yang akan diwartakan. Perbelanjaan dan perolehan hasil kerajaan untuk tahun kewangan berikut akan berpandukannya. Secara mudah, ucapan bajet menteri kewangan bukanlah bajet.


Rupanya Bajet 2017 Yang Dibentang Najib Tiada Dalam Dokumen Sebenar?


“Walaupun jika program ini ada tersembunyi atau dikategorikan semula di bawah bahagian lain, ia menunjukkan betapa dokumen bajet kita mengelirukan,” katanya.

“Open Budget Index” yang dikeluarkan International Budget Partnership meletakkan Malaysia pada kedudukan 55 daripada 102 negara. Laporan itu menyimpulkan “kerajaan Malaysia memberikan maklumat bajet yang terhad kepada orang awam”.

Rupanya Bajet 2017 Yang Dibentang Najib Tiada Dalam Dokumen Sebenar? “Ucapan Bajet 2017 oleh Najib bukan saja bersifat politik, menyerang pembangkang dan pengkritik kerajaan, tetapi sangat tidak bermutu dan tidak profesional,” katanya. - Free Malaysia Today
Read More

Friday, 21 October 2016

[Video] Bajet 2017: Rasuah, Ketirisan Tidak Disentuh Najib & Ahli Parlimen HARAPAN, termasuk Muhyiddin keluar Dewan

Jumaat, 21 Oktober 2016



Image result for Gambar siapa MO1

Ahli Parlimen HARAPAN, termasuk Muhyiddin keluar Dewan

Dewan Rakyat hari ini kecoh ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 apabila wakil rakyat Pakatan Harapan bertindak meninggalkan dewan.
Semuanya bermula apabila Najib menolak dakwaan “seorang pemimpin pembangkang” yang berkata Malaysia mengharungi ribut ekonomi sukar pada tahun ini.
Jelasnya, bajet yang dibentangkan hari ini bukannya satu sandiwara atau belanjawan pilihan raya seperti yang didakwa.
Wakil rakyat pembangkang kecuali PAS bertindak mengangkat plakad “Siapa MO1”.
Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia cepat campur tangan dan meminta agar Najib yang juga adalah menteri kewangan tidak diganggu.
Speaker yang gagal mengawal keadaan kemudian menjadi berang dan menjerkah: “Duduk yang berhormat”.
Beliau juga berkata, pihak yang tidak mahu mendengar pembentangan belanjawan itu boleh keluar dari dewan.
Wakil pembangkang bagaimanapun benar-benar keluar dewan dan sempat diperli Najib bahawa rakyat dapat menilai perangai mereka.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara apabila wakil rakyat bertindak memulaukan pembentangan belajawan.
Turut meninggalkan Dewan adalah bekas timbvalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini adalah pengerusi BERSATU.
Tutut berbuat demikian adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dari PAS.
Malaysiakini.
Read More

Thursday, 20 October 2016

Antara RUU 355 & BAJET 2017? Kalau nak marah, marahlah... RUU 355 kabur dan tidak jelas, tegas bekas Mufti Perlis

Jumaat, 21 Oktober 2016


RUU 355 DAN BAJET 2017
1. AMANAH telah menyerahkan usul berhubung pemerkasaan Mahkamah Syariah melalui Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmood pada 11 Oktober 2016.
2. Usul AMANAH berbeza dari segi isi dan pendekatannya berbanding usul persendirian Ahli Parlimen Marang.
3. Pimpinan AMANAH telah memutuskan untuk tidak mendedahkan isi kandungan usul tersebut supaya tumpuan rakyat terhadap bajet 2017 tidak terganggu.
4. Apabila usul Kota Raja muncul atas kertas Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen selepas 14 hari berkerja bermula dari tarikh ianya diserahkan, maka satu sidang akhbar akan diadakan mengenainya.
5. Sementara itu adalah diharap semua bersabar dan tidak membuat apa-apa andaian berhubung isi kandungan usul berkenaan.
6. Atas kerjasama semua pihak untuk menumpukan kepada persoalan bajet 2017, AMANAH ucapkan terima kasih.
Harapan baru
KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara
20 Oktober 2016

Kalau nak marah, marahlah... RUU 355 kabur dan tidak jelas, tegas bekas Mufti Perlis

Pas perlu terbuka jika ada pihak yang mendakwa Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang dibawa presidennya bukan berdasarkan hukum Tuhan, kata bekas mufti Perlis.
Datuk Dr Juanda Jaya yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jemoreng, Sarawak berkata dengan tiada perincian umum maka RUU itu sekadar dilihat satu cadangan manusia yang diberikan baju agama.
“Sebab itu saya sebut RUU 355, RUU yang kabur. Kalau orang nak marah, marahlah. Sebab kita pun tahu mereka sendiri tak tahu apa yang nak dijelaskan.
“Sekejap kata nak laksana hudud, sekejap kata tidak pula. Undang-undang ini benda yang jelas. Langgar lampu merah kita tahu berapa dendanya. Ini nak laksanakan undang-undang Tuhan.
“Jangan marah jika ada orang kata RUU 355 tidak sakral (kudus). Ia hanya undang-undang cadangan manusia. Barangkali diberi baju agama,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.
Dewan Rakyat yang mula bersidang 17 Oktober lalu dijangka akan membahaskan RUU persendirian Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas bagi memperkasakan mahkamah syariah.
RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016, yang sering didakwa membuka laluan untuk pelaksanaan hudud, dipertikaikan oleh wakil-wakil pembangkang dan Barisan Nasional.
Namun kerajaan dan Pas menafikan ia bertujuan membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu, sebaliknya ia hanya bertujuan memperkasakan mahkamah syariah.
Juanda, 44, berkata umat Islam perlu kembali pada sejarah Rasulullah apabila akidah, ibadah dan akhlak diperkukuhkan sebelum membicarakan hukuman syariah.
“Mengapa wahyu pertama dalam Islam bukan hudud tetapi Iqra? Bacalah, pendidikan yang diutamakan. Berapa lama? Lebih 20 tahun.
“Kemudian aspek kepercayaan, ibadah, pembinaan akhlak dan moral. Hujung baru pergi kepada perkara itu.
“Itu pun berapa sahaja dalam catatan sejarah. Sedangkan manusia yang paling lengkap catatannya ialah Rasulullah,” katanya.
Beliau berkata Pas tidak seharusnya mempolitikkan agama dalam RUU yang ingin dibentangkan mereka.
Katanya, apa yang dibimbangkan ialah hudud dimainkan sebagai satu alat untuk menggalakkan ekstremisme dalam Islam.
“Saya minta semua pihak, jangan heret agama dalam agenda politik. RUU 355 ialah RUU yang tidak jelas. Ke mana hala tujunya?
“Kita berada dalam suasana yang saya cukup bimbang. Pencemaran terhadap agama itu sedang menjadi-jadi.
“Kita tahu enakmen di Kelantan dan Terengganu ada banyak masalah. Itu pun tidak selesai lagi,” katanya.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena