Showing posts with label Blackout 505 Tapah. Show all posts
Showing posts with label Blackout 505 Tapah. Show all posts

Sunday, 26 May 2013

Perhimpunan #Black505 di Tapah: Jutaan rakyat ke Dataran Merdeka, jika SPR tidak letak jawatan... Mat Sabu

Isnin, 27 Mei 2013
"Pengerusi SPR dan timbalan tak letak jawatan rakyat berhimpun sampai kerajaan Najib gugur"-Mat Sabu

Pakatan Rakyat (PR) akan menghimpunkan jutaan rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur jika tuntutan mereka agar pengerusi, timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ditunaikan, kata Mohamad Sabu.
Menurut timbalan presiden PAS itu, jika desakan tidak ditunaikan, PR akan menganjurkan lebih banyak perhimpunan sehingga kerajaan Datuk Seri Najib Razak turun takhta.
“Jutaan rakyat akan memenuhi Kuala Lumpur jika tuntutan kita tidak ditunaikan tidak lama lagi,” kata Mohamad dalam perhimpunan #Black505 di sini malam tadi.
“Jika SPR tidak letak jawatan, kita akan terus mengadakan perhimpunan sehingga kerajaan Najib gugur,” tambah beliau lagi.
Perhimpunan #Black505 di Tapah ini adalah yang kesepuluh bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013 dan julung kalinya dianjurkan oleh PAS.
Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah pemimpin PR Perak seperti Datuk Seri Nizar Jamaluddin, V Sivakumar dan ramai lagi.
Menurut Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu itu, penipuan pilihan raya telah menggugat kepercayaan rakyat Malaysia terhadap sistem demokrasi.
“Kita kena ingat, rakyat memilih pilihan raya, rakyat memilih jalan demokrasi. Kenapa rakyat memilih jalan raya di Tunisia? Mesir? Jakarta?
PJ Pas Perak
“Kerana mereka sudah tidak yakin dengan jalan demokrasi,” katanya disambut dengan sorakan daripada ribuan hadirin berpakaian hitam.
Mohamad turut mengingatkan pasukan keselamatan, polis dan tentera agar bersikap profesional dan menjaga keselamatan rakyat.
“Polis dan tentera saya ingatkan. Jaga keselamatan rakyat, jika gugur sebutir peluru kepada rakyat yang tidak bersenjata, bererti kamu sudah kalah.
“Jangan usik rakyat yang memilih cara demokrasi ini,” katanya.
PR menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular pada Pilihan Raya 2013.
PR menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) yang mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.
Walau bagaimanapun, buat pertama kali semenjak 1969, BN kehilangan undi popular apabila hanya mendapat 47 peratus undi keseluruhan berbanding PR yang mendapat 51 peratus.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan #Black505 pada Sabtu di Padang Timur, Petaling Jaya turut menegaskan beliau menolak idea untuk bekerjasama dengan SPR dan menyokong desakan untuk pesuruhjaya SPR meletakkan jawatan serta merta.
“Kita tidak akan bekerjasama atau bekerja atau melibatkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menipu,” kata ketua umum PKR dan menambah “kata dua” akan dikeluarkan jika mereka tidak meletak jawatan.-TheMalaysian Insider
Posted by MISAIMERAH at 11:28 PG
Read More

Saturday, 25 May 2013

Malam Ini: BLACKOUT 505 Peringkat PAS PERAK & Pemuda Pas Beri Peringatan...

Ahad, 26 Mei 2013
BLACKOUT 505 Peringkat PAS Negeri Perak


Pemuda PAS tidak mudah melatah dengan sebarang provokasi murahan
Pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat sudah mengeluarkan kenyataan bahawa PR tidak akan terlibat dengan sebarang usaha menggulingkan kerajaan secara demonstrasi jalanan.

PAS bersama dalam hal ini.
Namun, ada sesetengah pihak yang memperlekehkan PAS mengatakan PAS penakut dan tidak berani.

Tuduhan yang sungguh tidak berasas kerana dalam sejarah politik negara, sudah ramai pejuang-pejuang PAS yang ditangkap, diISA, dipenjara, dibelasah malah ada yang dibunuh.
Lihat tragedi Memali, peristiwa berdarah Lubuk Merbau, dan tragedi Samad Gul menyaksikan para ulama PAS dan para pejuangnya dibunuh dengan kejam tanpa pembelaan.

Lihat pula era millenium, siapa yang menjadi benteng hadapan siri-siri demonstrasi BERSIH, kalau bukan petugas-petugas pemuda PAS daripada Unit AMAL yang siap sedia dibelasah, dibelantan dan dipukul FRU.
Sesungguhnya kami para pemuda PAS sudah sebati dengan seruan jihad yang menjadi jalan perjuangan kami dan syahid sebagai cita-cita tertinggi kami.

Kami para pemuda PAS tidak mudah melatah dengan sebarang provokasi murahan.

Kami juga tidak tahan melihat segala penipuan yang berlaku. Kami juga sukar untuk menerima kekalahan disebabkan tipu daya SPR. Kami juga marah dengan putar belit Pengerusi SPR yang menjadi anjing suruhan BN. Kami juga tidak rela melihat calon-calon kami kalah dengan cara pembohongan.
Darah muda kami membuak-buak untuk protes di jalan raya. Unit AMAL kami senantiasa bersiap sedia untuk turun berdemonstrasi. Para pemuda jihad kami pun sudah bersiap siaga untuk syahid!

Namun kami ada ulama yang berpandukan Quran dan Sunnah untuk membimbing perjuangan ini.

Andai hari ini Majlis Syura Ulama PAS memutuskan untuk berjuang secara revolusi di jalan raya dan tiupan semboyan jihad dibunyikan, nescaya ratusan ribu ahli PAS akan turun dan kami akan berada di saff paling hadapan sebagai benteng pertahanan!

AllahuAkbar!

Syarhan Humaizi Abdul Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak.
Siapa yang dah merasa makan peluru hidup di Memali? PAS bukan Sosialis.
Siapa yang diberi kepercayaan berkawal di barisan hadapan setiap kali bertempur dengan FRU? PAS bukan Sosialis.

Tiba2 kanak2 Sosialis gila menjaja PAS takut untuk turut serta meledakkan 'Spring' di Malaysia. Memasak pun ada kaedah, tak akan berjuang tiada kaedah? Main semberono menonong gitu je? Orang muda kita perlu belajar sesuatu dari pepatah Arab:

بين حكمة الشيوخ و حماسة الشباب
"ِAntara bijaksananya orang tua, semangatnya orang muda"
Bagaimana semangat sekali pun orang muda, jangan dilupakan nasihat dan pengalaman orang tua. Itulah antara sebab Allah mengutuskan Nabi SAW pada usia 40 tahun. Untuk mengimbangi semangat pengikut-pengikut baginda yang lebih muda.

Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad
-tranungkite-
at 5/26/2013 01:57:00 PTG



Giliran Ketua AMK Kena Belasah Dengan Pemuda PAS
Posted by Addin Deen at 5/26/2013



Aku Juga Bukan Balaci PKR
Merujuk kepada laporan media Malaysian Insider yang bertajuk "AMK Selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13", kami menyelar sikap Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin memburuk-burukkan Presiden PAS di hadapan media. Jika seminggu dua lalu Timbalan Presiden PKR mengkritik Presiden PAS rentetan ketidakpuasan hati prestasi PKR Selangor yang ada kena mengena dengan jawatan MB Selangor, hari ini Ketua AMKnya pula mencontohi sikap tersebut.

Kami tidak kisah untuk AMK mengkritik mana-mana pimpinan PAS, tapi kita ada saluran dalaman yang menjadi amalan kita selama ini. Jika tidak, media Umno/BN akan melaga-lagakannya.

Jika ia datang dari macai dan media Umno/BN, kami langsung tidak hiraukan namun kali ini AMK pula menjadi penyambung lidah macai Umno/BN yang menghentam Presiden PAS secara terbuka.Sahabat Pemuda AMK! AMK patut mencelikkan mata untuk membuat penilain terhadap sebahagian calon-calon pilihanraya dan YB-YB PKR supaya tragedi Perak tidak berulang lagi. Inilah perkara yang ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden PAS kepada semua rakan-rakan PR sepanjang perundingan kerusi PRU.

Namun, PKR sambil lewa sahaja mengambil nasihat ini di beberapa kerusi. Presiden PAS tidak mencerca secara spesifik mana-mana calon walapun mempunyai maklumat.Sebagai ingatan, mungkin AMK lupa, sejarah telah menyaksikan sebahagian YB-YB PKR yang diambil secara serkap jarang semata-mata untuk menghadapi pilihanraya sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak pada 2008.Bukan itu sahaja, malah sejak PRU 2008 PR dimalukan dengan insiden-insiden YB-YB PKR keluar parti seperti spt di Parlimen Bayan Baru, Parlimen Nibong Tebal, Parlimen Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Parlimen Kulim-Bandar Baru.

Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat, malah pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat. Perkara ini disentuh dan ditegur oleh pimpinan PAS dalam pertemuan tertutup tanpa melibatkan media seperti yang dilakukan oleh Ketua AMK kali ini.Puncanya tidak lain tidak bukan kerana PKR mengambil sebahagian calon tangkap muat dan berpotensi untuk lompat parti jika menang PRU dengan hanya diumpan dengan wang ringgit.Inilah pengkhianatan yang teramat besar iaitu mereka gagal memilih dan menapis calon yang berwibawa dan berkredibliti untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Inilah yang PAS dan DAP tidak mahu, kemenangan yang separuh jalan sebagaimana berlaku di Perak tempohhari. Tidak cukup dengan itu, PKR bermain kayu tiga membuat rundingan dengan PSM yang tidak pernah menjadi rakan sekutu PR dan perkara ini didedahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan yg juga calon PSM di Semenyih.Ini satu lagi bentuk pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat.Sahabat Pemuda AMK!AMK sepatutnya sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihanraya mereka. Ini bukan kata-kata angkuh tetapi sekadar peringatan bersama serta realiti yang berlaku.

Buktinya, lihatlah di mana-mana sebahagian besar kawasan pilihanraya, petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap dan tidak cukup untuk menghadapi pilihanraya dan akhirnya ia dibantu oleh jentera Pemuda PAS.Ini suatu hakikat. Ia dilihat oleh rakyat, yang akhirnya menyaksikan ada beberapa calon PKR ditolak di peringkat parlimen sedangkan calon PAS di peringkat DUN menang besar.

PAS berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah,namun kami bukan macai calon-calon PKR yang hanya nampak muka sehari dua dalam keadaan tiada petugas sendiri.Buat sahabat AMK dan ketuanya, jika ada sebarang ketidakpuasan hati, eloklah dibawa ke perbincangan dalaman PR bukan di media.Jika di media, tambahan pula menghentam Presiden kami maka kami selaku Pemuda Pas sukar menerima kenyataan tersebut dan tidak akan berdiam diri.

Sedang kami Pemuda Pas boleh menghormati DSAI selaku Ketua PKR sekalipun ada banyak perkara yg mungkin kami tidak bersetuju, jadi molek kiranya AMK pun belajar beradab sebelum kemungkinan ada pula pimpinan yang lain mencerca DSAI di khalayak ramai disebabkan perbuatan tidak beradab itu.Sahabat Pemuda AMK!Ini adalah teguran dan peringatan pada semua sebagai pemuda PR yang ada akhlak dan adabnya.

Syarhan Humaizi Abdul Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena