Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Thursday, 6 June 2013

Papa Gomo Umum Bersara daripada Dunia Blog: "I'm done" & Saman fitnah RM100 juta tetap jalan..

Khamis, 6 Jun 2013
Gomo: "I'm done"

SHAH ALAM - Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging.

Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir.

"I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu.

Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.

Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan.

Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan.

Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu.

Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan.

Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak.

Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi.

"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya.

"Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat.

"Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan.

P/s: Bersara, bersaralah, SAMAN tetap jalan!!!
DCM

Anwar akan beri keterangan kes saman Papagomo
Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Jan tahun depan untuk mendengar keterangan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes saman beliau terhadap penulis blog papagomo.com kerana didakwa menyiarkan perkataan fitnah dan mengaitkan beliau dengan seorang lelaki dalam video seks. 

Hakim Rosilah Yop turut menetapkan 28 Jan untuk mendengar kes saman itu. Beliau menetapkan tarikh itu hari ini ketika kes berkenaan dikemukakan untuk pengurusan kes.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita anak guamnya (plaintif) akan memanggil empat saksi manakala Wan Muhammad Azri Wan Deris (defendan) dijangka memanggil dua saksi.

Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman fitnah RM100 juta dengan mendakwa Wan Muhammad Azri, pemilik laman blog www.papagomo.com menyiarkan empat siri perkataan fitnah dalam laman web itu pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.

Dalam pernyataan tuntutannya Anwar mendakwa defendan turut meletakkan satu pautan web yang memaparkan siri imej dan defendan telah secara nyata dan/atau tersirat menyatakan bahawa individu dalam imej itu ialah plaintif.

Anwar menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos, lain-lain relif yang difikirkan wajar dan satu injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej itu.

Wan Muhammad Azri dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 20 Mei menafikan bahawa beliau pemilik blog papagomo.com.

Beliau menegaskan alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman Anwar itu bukan miliknya dan beliau tidak mengenali plaintif secara peribadi.

Anwar dalam jawapannya kepada pernyataan pembelaan Wan Muhammad Azri itu berkata beliau boleh membuktikan bahawa defendan adalah pemilik blog papagomo.com .

Beliau mendakwa defendan turut melakukan serangan peribadi terhadap parti pembangkang dan pemimpinnya tanpa membuat sebarang justifikasi. - Bernama

Read More

Thursday, 28 March 2013

Edisi Khas Blogger Papa@Gomo: Kenyataan Media PDRM @ Foto Bersama Pemimpin Umno @ Pesalah Rasuah @ Fitnah Terhadap Husam & Anwar..

Khamis, 28 Mac 2013
Polis hari ini mengesahkan identiti Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dirujuk sebagai Papagomo
Polis hari ini mengesahkan identiti Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dirujuk sebagai Papagomo dalam saman Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, sebagai bekas anggota yang pernah disabit kesalahan rasuah.

Mengikut kenyataan media pada paparan facebook hari ini, Azri pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang antara 1 julai 2002 hingga 30 Novemnber 2004 sebagai seorang konstabel, sebelum ditangkap.

Azri kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang Jaya pada 31 Oktober atas kesalahan jenayah yang tidak dinyata dalam kenyataan berkenaan.http://bit.ly/10bMFmR


Rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, menyatakan Azri sabit kesalahan meminta suapan RM1,000 dari seorang lelaki pada 29 Nov 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah.

Dalam kenyataan yang ditandatangani Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Mortadza Nazarene, Azri dikenakan prosiding tatatertib yang menyebabkan beliau dibuang kerja berkuat kuasa 6 September lalu.

Kandungan kenyataan itu seolah-olah polis tidak mahu dikait dengan aktiviti blogger pro-Umno yang kerap dikait dengan paparan lucah khususnya memfitnah Ketua Umum KEADILAN.

Kenyataan berkenaan juga menerangkan kedudukan Azri sebagai pengundi pos secara ‘panjang lebar’ selepas penamatan perkhidmatan sebagai anggota polis.

Pada 21 Mac lalu, Anwar memfail saman RM100 juta terhadap Azri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan perbuatannya menyebar video seks palsu yang terbit dalam blog Papagomo 16 Mac lalu.
Kerajaan Rakyat
Gambar Papagomo Bersama Pemimpin Tertinggi Umno Dan Peguam Negara Tersebar..
27 Mac, 2013
Posted by Addin Deen  
Wan Moh Azri nak nafikan lagi beliau ialah Papagomo. Blogger yang mendapat layanan istimewa daripada pemimpin Umno.. Saksikanlah gambar-gambar yang menjadi bukti kukuh buat tuntutan pemimpin pakatan Rakyat ke atas blogger pemfitnah no. 1 ni..
~bloglist
Thursday, March 21, 2013
PapaGomo adalah pesalah rasuah, pernah dihukum penjara dan denda RM10,000
PapaGomo,  Wan Muhammad Azri bin Wan Deris



Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "
 Kerajaan Rakyat


Thursday, March 21, 2013
PapaGomo jadi PapaKedana. Mati la kau Gomo
 Datuk Seri Anwar Ibrahim saman Papagomo



Anwar fail saman fitnah ke atas Papagomo.
Pagi tadi Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan saman fitnah ke atas penulis blog Papagomo selepas individu yang dikaitkan dengan Umno itu gagal memohon maaf dan menarik balik satu siri gambar lucah.
Penulis blog itu yang nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, mendakwa foto berkenaan merupakan ramakan daripada video yang didakwa menujukkan keintiman Anwar dengan seorang lelaki.
Peguam dan naib presiden PKR N Surendran ketika memfailkan saman itu berkata notis 48 jam untuk Papagomo menarik balik dan memohon maaf atas penerbitan berkenaan telah tamat dan penulis blog tersebut mengancam untuk memuatkan video terbabit.



Peguam itu berkata Anwar juga tidak akan membuat laporan polis atau aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia memandangkan tindakan itu sudah banyak kali dilakukan sebelum ini.
“Nampaknya agensi ini tidak akan bertindak ke atas aduan keran mereka adalah alat Umno dan BN. Memfailkan tindakan di mahkamah adalah lebih baik,” katanya.
Anwar menamakan Wan Muhammad Azri sebagai defendan tunggal. Selain kuantum, MP Permatang Pauh itu turut menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan.
Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang Papagomo daripada mengulang semua atau menerbitkan kenyataan serupa.






    Kerajaan Rakyat
Arkib
Tulang Besi Malaysiawaves
June 17, 2011 
UMNO Sendiri Lahir Dari Perhimpunan Haram. Kenapa UMNO Nak Halang Bersih 2.0? — with Pemuda UMNO Malaysia, PEMUDA UMNO TAMAN PERMAS JAYA (TPJ), Kami Anti Papa Gomo and Papa Roach.
Tags: Pemuda Umno Perlis and Suara-Keadilan.com
Takbir..Allahuakbar
Read More

Wednesday, 27 March 2013

*Video Inside BLOGGER PAPAGOMO Akrab Dengan Pemimpin Kanan UMNO

Khamis, 28 Mac 2013
Panas! Video Inside! Utusan Malaysia Kantoi Bohong Lagi!

Saksikan video di bawah ini, UTUSAN MENIPU LAGI LAGI LAGI dan LAGI.

Kuala Lumpur - by @tiewnama
Utusan malaysia adalah akhbar fitnah rasmi bagi Barisan Nasional, akbar
ini adalah akhbar fitnah paling banyak membayar saman kerana fitnah fitnahnya.

bagaimana Utusan malaysia yang selalu menfitnah, selalu membohong, selalu
menulis dengan penuh penipuan, begitulah cermin kepada kesemua pemimpin
UMNO dan Barisan Nasional, termasuklah bloger bloger upahan mereka.
Posted by era pascaThursday, March 28, 2013
Rupanya Sebab Ini Utusan Kantoikan PAPAGOMO?
Posted by Addin Deen at 3/22/2013
Sejak dahulu lagi utusan akan cuba sedaya upaya menyorokkan identiti kepada pemberi maklumat kepada mereka asalkan mereka menyokong Barisan Nasional.

Tetapi hari ini utusan telah dengan tidak sengaja mendedahkan sendiri blogerfitnah lucah dari umno iaitu wan azri di muka hadapan akhbar fitnah itu,sedangkan pengendali laman web fitnah itu tidak mengakui wajah yang di paparkanitu adalah wajahnya, dan menafikan dengan sekeras kerasnya itu adalah wan azriatau gomo.

ajensi berita fakap EP melalui Dr @tiewnama telah mendapatkan penjelasandari utusan mengenai perkara ini, berikut temubual itu.Dr @tiewnama - bagaimanakah gambar wan azri ini boleh di paparkan di muka hadapan utusan?

Utusan - wan azi atau papagomo ini memang adalah kaki penfitnah, dan kami tidak mahu menjadi kaki fitnah juga, oleh itu kami telah mendedahkan mukanya pada umum supaya umum tahu ini adalah bloger fitnah dari Barisan Nasional, dan kami tiada kena mengena dengan beliau.

Dr @tiewnama - bukankah utusan juga di kenali sebagai akhbar fitnah oleh rakyat? Utusan - memang akbar ini akbar fitnah, lihatlah berapa kali kami di saman dan di paksa bayar saman, kami tidak menafikannya.. ianya adalah kebenaran dan realiti yang wajib kami telan.Dr @tiewnama - jadi mengapakah anda masih lagi bekerja di utusan? Utusan - untuk dapatkan bonus tahunan saja. ~era pasca
TERHOT !! Video Liwat Tulin Papagomo Kini Tersebar! saksikan!

Kuala Lumpur - by @tiewnama -EP/Kedahkini
Seluruh malaysia malahan 1 dunia menantikan tindakan bloger pencacai Barisan Nasional yang berura ura mahu mendedahkan videonya terbaru, kononnya ianya adalah anwar,
setelah tim EP menunggu dengan begitu lama, akhirnya sebuah video berdurasi 1 minit muncul dari bloger fitnah tajaan umno ini..
video ini, audionya kurang jelas dan agak kabur sedikit, harap maaf kerana kamera yang di gunakan tidak mendapat ISO majlis filem lucah amerika.. video ini juga di akui adalah video liwat dari simpanan papagomo kerana beliau telah bersumpah lahanat menjunjung kitab load red di atas kepalanya, 
dakwa penyokong umno, di dalam video di bawah, mereka melihat dalam video ini 15 hingga 20 kali kejadian liwat berlaku, 
saksikan video lucah dari papagomo ini.. 
ianya 18sx dan tidak sesuai untuk tontonan umum. 
ianya sangat lucah. kah3
Dalam kurungan, wan azri a.k.a gomo, Pengamal filem lucah 1Malaysia. 
TERHOT ! PAPAGOMO.....MANA MAU LARI..KAU AKAN TERKONTOI OLEH DOT...DOT..... 
PAPAGOMO.....MANA MAU LARI........
Kepada Wan Muhammad Azri Wan Deris, ko masih nak kata ko bukan Papagomo? Mana kau nak lari..
Semua orang sudah tahu macam mana hidup PAPA GOMO sekarang...mesti dalam keadaan ketakutan dan 'asing'...keselamatan memang dah tak terjamin...mungkin sebagai balasan utk beliau...apa pun, admin difahamkan isteri/bekas isteri/kekasih hati beliau akan bongkar cerita pasal beliau...bertambah bala- bala buat penfitnah no satu Malaya ni.. dan memalukan Najib ...
MY SHOP
MY LOVE
It's been 6 oh-my-godness-love-years!
8 february 2009
Wan Muhammad Azri & Bellina
6 years Anniversary
We share so much together..
Love
Joy
Happiness
Hope
Deams
DOME AT KLCC
Makan selagi boleh makan...hehehehe...
Kedah.kini.blogspot
Ubah......Sekarang!
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena