Showing posts with label Dapsy. Show all posts
Showing posts with label Dapsy. Show all posts

Wednesday, 30 December 2015

DAPSY mengutuk sekeras-kerasnya “fitnah yang dikeluarkan terhadap DAP oleh PAS” melalui Dr Zuhdi.

Rabu, 30 Disember 2015

DAPSY nafi tuduhan dalam makalah Zuhdi

Lee-Chuan-How,zuhdi
PETALING JAYA: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menafikan sepenuhnya kesemua tuduhan liar yang cuba mengaitkan DAP dengan Israel, seperti yang disebut dalam makalah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, pada Selasa.

Ketua DAPSY Perak, Howard Lee Chuan How menyifatkan tiga persoalan yang dibangkitkan dalam makalah itu berdasarkan kepada tuduhan Mohamed Razali Abd Rahman yang disifatkan sebagai palsu, gila dan tidak masuk akal.

“Tahap kesungguhan tohmahan yang dikeluarkan oleh Dr Zuhdi itu, memang mirip dengan telatah dan taktik lumrah digunakan oleh UMNO/BN. Tambahan pula, isi kandungannya memang adalah bahan fitnah upahan UMNO yang dikitar semula. Nampaknya, mereka se-pendekatan mengikuti teladan,” tegas Howard dalam satu kenyataan.

DAPSY membidas, mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya “fitnah yang dikeluarkan terhadap DAP oleh PAS” melalui Dr Zuhdi yang bersumberkan “tulisan blog yang merupakan hasil fabrikasi dan khayalan pihak-pihak tertentu”.

“Ternyata ia adalah kenyataan tertumpu yang berniat jahat ,iaitu untuk memburukkan nama dan memberi persepsi yang buruk kepada DAP menggunakan isu yang sensitif di kalangan masyarakat Melayu dan umat Islam,” kata Howard.

Menurut Howard, pihaknya telah memanjang isu ini ke perhatian DAP induk untuk disusuli dengan kenyataan dari pucuk pimpinan parti. Howard turut menggesa mereka yang dinamakan secara individu dalam makalah itu supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap kesemua pihak terlibat.
KDL.
Read More

Friday, 21 June 2013

200 Pemimpin Pakatan turun bersama rakyat esok - Himpunan 622 @ Black 505...Mai Laa..Turun KL..

Jumaat, 21 Jun 2013
Himpunan 622 akan dihadiri oleh pemimpin utama Pakatan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
Bangunan Pas Pusat

KUALA LUMPUR: Rakyat diseru menjadikan himpunan Black 505 esok sebagai hari bersejarah, kemuncak gerakan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Pengerusi Black 505, Datuk Johari Abdul berkata, kehadiran rakyat yang besar pada himpunan itu akan menjamin pilihan raya yang lebih baik pada masa hadapan.

Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat menyeru, kehadiran melebihi 250,000 bagi menunjukkan kepada kerajaan BN bahawa rakyat benar-benar serius menuntut satu perubahan sistem.

“Himpunan 622 akan dihadiri oleh pemimpin utama Pakatan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

“Wakil-wakil rakyat dari Pakatan akan turut bersama-sama rakyat. Dijangkakan lebih 200 pemimpin Pakatan akan ke Padang Merbok,” katanya dipetik KeadilanDaily.
Johari
Johari juga menegaskan keselamatan rakyat akan dijaga oleh anggota keselamatan Pakatan dan bantuan kecemasan serta perubatan kepada peserta perhimpunan turut disediakan oleh beberapa NGO.

“Pihak sekretariat akan menyediakan kawalan keselamatan sepanjang hari. Anggota Unit Amal PAS sebanyak 1,000 orang akan digerakkan bersama 400 AMK dan 200 DAPSY.

“Rawatan perubatan juga disediakan bagi peserta yang menghadapi kecemasan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani.
Selain itu, pihak sekretariat menyediakan 50 doktor, dua ambulans dan pondok perubatan.

Majlis Peguam akan menghantar peguam untuk membantu mana-mana peserta sekiranya ditahan polis.

Himpunan 622 akan bermula pada pukul 3 petang di Padang Merbok. Peserta akan mula berarak dari tempat berkumpul (check point) mereka pada jam 2.00 petang.
Terdapat 7 tempat berkumpul utama, iaitu Brickfields, Masjid Negara, Sogo, Jalan Pudu, Jalan Sultan, Universiti Malaya dan Sogo/Pekeliling.

Check point di Pekeliling sebelum ini disatukan dengan Sogo dan peserta di ibu negara diminta berkumpul di sana seawal pukul 12 tengah hari sebelum berarak ke Padang Merbok.





Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena