Showing posts with label Hak berhimpun. Show all posts
Showing posts with label Hak berhimpun. Show all posts

Friday, 18 November 2016

[Video] Teruskan Semangat Bersih 5...‘Tangkapan di ambang Bersih 5 akan semarakkan perhimpunan esok’. Hak Berhimpun dijamin oleh Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

Sabtu, 19 November 2016


Bersih menuntut keadilan dan keamanan untuk rakyat Malaysia berbanding baju merah yang mempromosikan keganasan. Ayuh tolak keganasan, tolak kezaliman dan turun Bersih 5!
TERKINI
Surat sokongan perhimpunan #Bersih5 diterima dari Senator bagi Australia Selatan, Nick Xenophon sebentar tadi.
Beliau menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia turun beramai-ramai esok sebagai tanda sokongan terhadap kebebasan bersuara dan berhimpun yang dijamin oleh Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan.
Tambahnya lagi, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang adil dan telus serta usaha menyingkirkan @NajibRazak dan kroninya mesti diteruskan.
Beliau juga akan mendesak Kerajaan Australia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Malcom Turnbull supaya memberi tekanan kepada Najib supaya berundur kerana menekan kebebasan dan hak asasi rakyat Malaysia.
SEBARKAN

‘Tangkapan di ambang Bersih 5 akan semarakkan perhimpunan esok’

 | November 18, 2016
Pemimpin pembangkang berkata tindakan polis menangkap beberapa individu hari ini tidak akan mematahkan semangat peserta Bersih.
Shaharuddin-Badaruddin--Salahuddin-Ayub
KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Harapan berkata semangat rakyat untuk turut serta pada perhimpunan Bersih 5 esok tidak boleh dilunturkan dengan siri tangkapan terhadap beberapa individu termasuk Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Naib Presiden PKR Dr Shaharuddin Badaruddin berkata beliau tidak nampak desakan dan gangguan penangkapan boleh mengurangkan jumlah mereka yang hadir.
“Malah kadang-kadang dari segi psikologinya, ia mencabar para demonstran untuk datang lebih ramai. Jadi selalunya orang-orang yang berdemonstrasi ini lagi dicabar, lagi dia nak turun.
“Orang datang bukan kerana Maria, orang datang disebabkan ketidakpuashatian beberapa isu yang timbul,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian mengulas siri penahanan polis terhadap mereka yang dikaitkan dengan perhimpunan Bersih 5 esok, yang akan diadakan di tengah ibu kota.
Kumpulan Baju Merah diketuai Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos akan turut mengadakan perhimpunan bertujuan menghalang Bersih daripada berkumpul.
Polis sebelum ini memberi amaran akan mengambil tindakan keras termasuk menggunakan meriam air dan gas pemedih mata bagi meleraikan sebarang perhimpunan.
Selain Maria, turut ditahan petang tadi ialah urusetia Bersih 2.0 Mandeep Singh, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Ronnie Liu, Ahli Parlimen DAP Anthony Loke (Seremban) dan Jimmy Wong (Kota Kinabalu), ahli DAP Lee Khai Ming, aktivis pelajar Muhammad Luqman Nul Hakim dan Anis Syafiqah dan Ahli Jawatankuasa PSM, S. Arulchelvan.
Shaharuddin berkata ketiadaan pemimpin yang menggerakkan perhimpunan itu esok tidak bermakna ia tidak akan berlangsung.
“Ia dianggotai bukan sahaja oleh pemimpin NGO dan parti politik tetapi juga pertubuhan yang ada pengikut dia sendiri. Ini semuanya membantu memastikan perhimpunan itu dilakukan dengan aman,” katanya.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub pula berpendapat penangkapan itu hanya cubaan menimbulkan perasaan takut dan meresahkan rakyat
“Tapi bagi kami dan saya sendiri, kita dah cukup pengalaman dengan taktik terakhir macam ini. Bagi saya penangkapan itu tidak sama sekali menghalang rakyat yang pastinya begitu teruja untuk mengadakan perhimpunan aman esok.
“Saya sendiri yakin dan percaya bahawa seramai mana akan ditangkap, ramai lagi yang akan keluar esok untuk mengadakan perhimpunan aman esok. Itu keyakinan saya,” katanya.
FMT.
Read More

Monday, 28 April 2014

[Video] Rakyat Malaysia Bantah GST / Malaysians Against GST / 马来西亚人民反对消费税 / ஜி.எஸ்.டி-யை எதிர்போம்

Isnin, 28 April 2014

Himpunan Rakyat Bantah GST 1 MEI 2014


Published on Apr 26, 2014
Maklumat terkini : https://www.facebook.com/bantahgst

Panduan untuk Himpunan Mei 1 bagi melancarkan perhimpunan pada 1 Mei 2014 dan pastikan ia berjalan dengan aman. *Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *

1. Kad pengenalan, lesen memandu (alat memperkenalkan diri)
2. Warna tema untuk perhimpunan ini adalah warna Merah dan digalakkan.
3. Setiap peserta digalakkan memakai kasut.
4. Barangan kempen -Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bantah GST atau apa-apa tuntutan rakyat boleh digunakan selaras dengan Hari Pekerja
5. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
6. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
7. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
8. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau dokumenkan insiden penting yang mencurigakan.
9. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan ke email.


Mesej kita jelas!

Gambar: Sebarkan merata- rata! 
HOTLINE Urgent Arrest untuk Sambutan MAYDAY!

Perkara 10: Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata.

Jika anda ditahan atau mendapat maklumat seseorang telah ditahan, sila SMS maklumat berikut :
1. Nama org ditahan
2. No kad pengenalan org ditahan
3. Balai tempat dibawa
4. No tel org ditahan

Ke mana- mana nombor berikut:
0133845740
0198013149 
0163832323 
0192207495 
0192490167 
0189118905 
0132224482 
0126648873 
0194442070 
0192734090 
0172649017

Sekian! Sebarkan!
Hak berhimpun setiap wargenegara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sekiranya anda ditahan pada 1 Mei kerana menghadiri Himpunan Bantah GST, boleh buat hantar sms ke Hotline Urgent Arrest.

Sebarkan merata- rata!
HOTLINE Urgent Arrest untuk Sambutan MAYDAY!

Perkara 10: Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata.

Jika anda ditahan atau mendapat maklumat seseorang telah ditahan, sila SMS maklumat berikut :
1. Nama org ditahan
2. No kad pengenalan org ditahan
3. Balai tempat dibawa
4. No tel org ditahan

Ke mana- mana nombor berikut:
0133845740
0198013149
0163832323
0192207495
0192490167
0189118905
0132224482
0126648873
0194442070
0192734090
0172649017

Sekian! Sebarkan!
 — bersama Muhammad Abidin Selamat Alidan 22 yang lain.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena