Showing posts with label Himpunan 1 Mei. Show all posts
Showing posts with label Himpunan 1 Mei. Show all posts

Tuesday, 29 April 2014

CHECKPOINT & Lokasi Akhir Himpunan #1MEI... Penganjur Tidak Berganjak! BN Pembohong!

Selasa, 29 April 2014
35 mins 

Sebarkan. checkpoint dan lokasi akhir.
Please share
#1Mei checkpoint and final destination.




#1Mei : Himpunan Dan Sambutan Hari Pekerja Selaras Dengan Peruntukan Dalam Perkara 10, Perlembagaan Negara Iaitu Hak Untuk Berhimpun Secara Aman Dan Tanpa Senjata.
#MediaPakatan LIKE dan sebarkan pages ini;
www.facebook.com/mediapakatan

April 26 

IniKaliLah....


Habis Menggundi, Penyokong Dibuang - Inilah nasib yang menimpa penyokong kuat Regim Umno BN di FELDA NEW ZEALAND, PAHANG yang merupakan kubu kuat Umno BN apabila Page BWA menuduh mereka ini sebagai BIADAP. Inilah nasib orang kampung yang dipergunakan oleh Regim Umno BN bagi kepentingan politik dan kuasa mereka, bukan untuk membela rakyat marhean.
#MediaPakatan LIKE dan sebarkan pages ini;
Read More

Ketua Polis Dang Wangi: #1Mei PDRM tidak akan menggunakan FRU... Tapi ape pasal Dr M mengeluh!

Selasa, 29 April 2014
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Hari Kebangkitan Rakyat

Jawatankuasa 1 Mei tidak akan berhimpun di "padang" Dataran Merdeka

Perhimpunan kami boleh diadakan di Jalan Raja atau kawasan paling hampir dengan Dataran Merdeka.

PETALING JAYA: Jawatankuasa 1 Mei mengambil positif kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi bahawa PDRM tidak akan menggunakan FRU dan akan membenarkan perhimpunan ini berjalan secara aman.
Menurut jurucakapnya, S.Arutchelvan (gambar) jawatankuasa itu juga mengambil maklum permintaan polis supaya kita tidak berhimpun di “padang”  Dataran Merdeka kerana ada kerja-kerja membaiki padang dan penanaman rumput disana.

S ArutchelvanKatanya, pihak Jawatankuasa Penganjur telah memilih Dataran Merdeka kerana ia mempunyai signifikasinya tersendiri sebagai tempat simbolik perjuangan rakyat dan simbol demokrasi negara.
“Justeru itu, kami berharap perhimpunan kami boleh diadakan di Jalan Raja atau kawasan paling hampir dengan Dataran Merdeka. Pihak kami juga memberi kepastian tidak akan masuk ke kawasan padang Dataran Merdeka,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Beliau menambah Keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini mengenai perhimpunan aman mengukuhkan lagi pendirian kami bahawa hak berhimpun adalah satu hak utama (fundamental) Perlembagaan Persekutuan dan hak ini tidak boleh dilucutkan oleh undang-undang yang lebih kecil.

Katanya, 1 Mei adalah hari yang cukup istimewa di mana hari itu disambut diseluruh dunia dengan perhimpunan dan perarakan.

Tambahnya, di Malaysia, kesan daripada perjuangan kaum pekerja dan rakyat, akhirnya pada tahun 1972, 1hb. Mei telah diisytiharkan sebagai hari cuti dan pada tahun 1980, ia diisytiharkan sebagai hari cuti wajib.

“Marilah kita tidak sia-siakan hari bersejarah ini dan menggunakan hari  ini untuk membuat satu referendum kepada Kerajaan bahawa rakyat menolak Cukai GST,” tegasnya lagi.

Setakat ini,95  organisasi NGO, Kesatuan Sekerja, Persatuan Pengguna, Parti Politik telah menyokong  Deklarasi Hari Pekerja 2014 di mana tuntutan utamadDeklarasi adalah membantah perlaksanaan cukai GST.

S.Arutchelvan berkata pihaknya ingin mengucapkan terimakasih kepada Majlis Peguam Negara dan peguam-peguam sukarelawan yang akan menjalankan tugasan membantu ahli-ahli dalam perhimpunan dan memantau perhimpunan kita yang akan berjalan dengan aman.

“Kami juga mengucapkan terimakasih kepada SUHAKAM yang telah mendesak pihak polis membenarkan perhimpunan ini dijalankan tanpa gangguan,” jelasnya.
Beliau menambah selain itu, pihaknya juga ingin mengucapkan terimakasih kepada pihak “medical team “yang akan menyediakan puluhan anggota dan lima ambulan pada hari tersebut.

“Penganjur juga mengucapkan terimakasih kepada pihak Unit Amal, PAS yang akan menyumbangkan seribu orang untuk membantu menjaga perjalanan perhimpunan dan ini tidak termasuk marshall-marshall dari organisasi lain yang turut menghantar sukarelan-sukarelawan merek,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada pihak SUARAM kerana sudi membantu andaikata ada tangkapan dibuat pada hari tersebut.

Posted & copy by 
April 23 
 

#1Mei : Dr Mahathir Menghasut atau Mencabar Rakyat...??

#MediaPakatan LIKE dan sebarkan pages ini;
Dr M terus mengeluh tentang demo besar 
Semasa pentadbirannya, tiada protes jalanan berskala besar kecuali ketika musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai timbalan perdana menteri.

Pengkritiknya mendakwa, ia ekoran Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah secara kuku besi dan penentangnya akan merengkok dalam penjara.

Bagaimana pun, sejak beliau meletakkan jawatan pada 2003, protes jalanan menjadi perkara biasa dalam pentadbiran dua penggantinya selepas itu dan perkara itu sukar diterimanya.
Dalam blognya, bekas perdana menteri itu mencoretkan bagaimana demonstrasi yang dianjurkan bagi menggulingkan kerajaan yang dipilih.

Beliau sekali gus mengkritik kumpulan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH.

“Setakat ini Malaysia masih bertahan daripada ketidakstabilan akibat demonstrasi jalanan berpanjangan. Tetapi tanda-tandanya sudah ada.

“Jelas sekali, terdapat rakyat Malaysia yang mahu menurunkan kerajaan yang dipilih melalui demonstrasi,” katanya.

Siri-siri demonstrasi BERSIH, tambah Dr Mahathir, jelas untuk membangkitkan sokongan awam dan mencemarkan nama baik kerajaan seterusnya menjatuhkannya.

Kumpulan NGO disokong pembangkang akan menganjurkan perhimpunan besar menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 Mei (Khamis) ini. - mk
Read More

Friday, 25 April 2014

Panduan bagi PENDEMO/PESERTA Himpunan Mei 1... Baju MERAH

Sabtu, 26 April

Panduan bagi peserta Himpunan Mei 1


Panduan bagi peserta Himpunan Mei 1:

Jawatankuasa Mei 1:
Jawatankuasa Mei 1 adalah satu jaringan yang telah menganjurkan Hari Pekerja  setiap tahun. Jawatankuasa ini terdiri daripada 15 organisasi dan Deklarasi Hari Pekerja 2014 disokong oleh 91 Organisasi.

Dibawah adalah panduan untuk Himpunan Mei 1 bagi  melancarkan perhimpunan pada 1 Mei 2014 dan pastikan ia berjalan dengan aman.


 *Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *

1.    Kad pengenalan, lesen memandu (alat memperkenalkan diri)
2.    Warna tema untuk perhimpunan ini adalah warna Merah dan digalakkan
3.    Setiap peserta digalakkan memakai kasut.
4.    Barangan kempen -Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang
       ada Logo atau Slogan Bantah GST  atau apa-apa tuntutan rakyat boleh digunakan
       selaras dengan Hari Pekerja
5.    Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
6.    Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
7.    Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah
       merata-rata.
8.    Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis
      atau dokumenkan insiden penting yang mencurigakan.
9.   Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan
      suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas
      himpunan ke email yang tertera diatas.



Maklumat Penting   

Sekretariat Himpunan Mei 1: 019-2275982 @ 0193758912 @ 03-22747791

Kecemasan untuk Perubatan : 019-3710015

Hotline Urgent Arrest : 03-77843525

Maklumat terkini :  https://www.facebook.com/bantahgst



 *Perkara yang tidak dibenarkan*

1. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
2. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
3.  Jangan bawa sebarang bendera parti politik
4.  Banner, placard, bendera yang bersifat provokasi dan ancam keharmonian kaum dan agama adalah ditegah.
5.   Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan rakyat  tidak dibenarkan.
6.  Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
7.  Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti mancis, dan mercun.
8.  Tidak digalakkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain. (Team Perubatan mencadangkan tidak merokok semasa perhimpunan)
9.  Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi dan lain-lain yang merbahaya.


 *Semasa perhimpunan *

1.  Tempat berkumpul di KLCC adalah dekat Air Pancut KLCC yang berhadapan dengan jalan utama.
2.   Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan KLCC dan tunggu arahan dari * Pengerusi Majlis @ Central Command* yang dilantik
3.  Bergerak dalam kumpulan dan selalu memastikan kumpulan anda selamat dan tidak hilang
4.  Ikutilah arahan dari *Pengerusi Majlis @ Central Command* sepanjang program.
5.  Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
6.  Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
7.  Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Jawatankuasa Mei 1: jerit2002@gmail.com
8.  Kalau boleh rakamkan sebarang insiden atau provokasi atau insiden penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
9.  Jika ada penangkapan hubungi pihak penganjur  yang terdekat @ SUARAM -03-77843525 . Kalau orang berhampiran anda ditangkap, ambil nama dan kad pengenalannya dan segera maklumkan kepada penganjur.

*Apa yang anda perlu buat jika ditahan* : APABILA DISOAL OLEH POLIS

1.   Pengenalan Anda
2.   Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
3.   Seandainya ditanya soalan-soalan lain:  Anda menjawab “Saya akan jawab dibawah mahkamah dan saya mempunyai hak untuk berdiam diri”
4.  Wakil peguam dan SUARAM akan berada disitu untuk membantu anda.
5.  Jika pihak polis tidak mahu benarkan peguam atau pihak SUARAM, anda harus TUNTUT untuk berjumpa dengan peguam.


*Perhatian!*

1.  Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau
     pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2.  Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan
     ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3.  Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang
     disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4.  Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat
     kerana pergaduhan atau aktiviti agresif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
By Bantah GST / Reject GST / 反对消费税
 · Comment · 
Read More

Antara Menteri dan Mencuri? [Video] Anwar: Perhimpunan 1 Mei, 'kenduri di klcc' Anak-Anak Muda Turun!

Sabtu, 26 April 2014

Anwar Ibrahim: Perhimpunan 1 Mei, Anak-Anak Muda Turun!

Published on Apr 23, 2014
Perhimpunan 1 Mei 2014

Antara Menteri dan Mencuri...??
#MediaPakatan LIKE dan sebarkan pages ini;
www.facebook.com/mediapakatan

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena