Showing posts with label Ipoh. Show all posts
Showing posts with label Ipoh. Show all posts

Sunday, 4 June 2017

[Video Tun M: Najib Percaya Rasuah Adalah Jalan Terbaik] 'Masjidil Haram pun tak tanya parti' Awak Umno atau PAS? & YB Dr Lee Boon Chye hadir di majlis berbuka puasa di Masjid Al-Furqan, Ipoh.

Ahad, 4 Jun 2017

Foto Parti Amanah Negara Negeri Perak.

Foto Parti Amanah Negara Negeri Perak.
YB Dato' Seri Hj Mohammad Nizar berbuka puasa di Masjid Al-Furqan, Taman SPPK anjuran Amanah Ipoh Timur sehingga selesai solat Tarawih di masjid berkenaan. Turut hadir di majlis Iftar, YB Dr Lee Boon Chye Ahli Parlimen Gopeng serta kepimpinan PKR Cabang Gopeng.
Foto Parti Amanah Negara.

Foto Mohamad Sabu.
Tahniah Amal Relief (ARiF) Negeri Selangor yang telah berjaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dalam usaha mengumpul dana pasukan sukarelawan itu semalam.

ARiF Selangor adalah antara negeri yang paling aktif dengan pelbagai penganjuran serta kebersamaan misi-misi kemanusiaan.

Saya doakan ARiF terus maju dan sukses.

'Masjidil Haram pun tak tanya parti'


“Saya teringat baru-baru ini saya pergi ke umrah, orang banyak di Mekah. Tak ada pun orang jaga depan pintu Kaabah atau pun Masjid al-Haram yang tanya: awak Umno atau PAS? Di situ dari seluruh dunia apa-apa parti pun datang untuk menunaikan ibadah" kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkongsi pengalamannya sambil menyatakan rasa kecewa apabila beliau dilarang menggunakan pekarangan Masjid An-Nur di Pekan Kundang Ulu, Pagoh untuk majlis berbuka puasa serta menyampaikan sumbangan beras oleh anggota jawatankuasa masjid baru-baru ini.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu terpaksa meneruskan program tersebut di pekarangan rumah persendirian yang jaraknya lebih kurang 200 meter dari Masjid An-Nur.
Dalam ucapannya kepada kira-kira 200 hadirin semalam, Muhyiddin meluahkan kekecewaan terhadapan sekatan itu yang mencatatkan sejarah buat pertama kali sejak beliau menjadi wakil rakyat.
“Saya agak rasa kecewa kerana dulu selalunya buat di halaman depan masjid dan tuan rumah tiada sekatan dan halangan dalam kawasan-kawasan masjid...
"Pertama kali agak rasa terkejut kerana sekatan yang dikenakan walaupun saya masih lagi ahli prlimen Pagoh,” katanya.
Beliau berkata, tiada satu masjid yang tidak mendapat bantuannya sepanjang beliau berkhidmat kepada kawasan Pagoh.
Malu orang kutuk DAP
Berbeza dengan pengalamannya di kawasan itu, Muhyiddin sebaliknya memuji kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP yang membuka masjid tanpa mengira mana-mana fahaman politik.
Beliau menceritakan pengalamannya di suatu majlis berbuka puasa di Masjid Pulau Betong, Balik Pulau.
“Dalam majlis itu timbalan yang dipertua Majis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP turut hadir.
“Timbalan yang dipertua Maipp dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri tiada mengenakan sekat. Umno boleh pakai walaupun mereka itu parti pembangkang di Pulau Pinang, namun untuk perpaduan ummah, masjid dibenarkan.
“Jadi saya rasa malu juga, orang kata DAP menentang Islam, tapi di Pulau Pinang DAP memberi ruang yang luas seperti rumah ibadat dapat digunakan untuk memupuk perpaduan ummah tak kiranya orang Islam dan juga ada hadirinnya orang bukan Islam,” katanya.
Sebanyak 45 masjid di kawasan parlimen Pagoh menghantar wakil untuk menerima sumbangan daripada Muhyiddin.
Pada 1 Jun lalu Malaysiakini melaporkan, Muhyiddin tidak mendapat keizinan untuk mengadakan majlis berbuka puasa serta menyampaikan sumbangan beras yang sepatutnya diadakan di Masjid An-Nur.
Larangan itu kata Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Pagoh, Datuk Tahir Mohd Taat, disampaikan melalui surat yang difaks ke pejabat pusat komuniti parlimen Pagoh oleh Pejabat Kadi Daerah Tangkak.
Menurut Muhyiddin kejadian seperti dialaminya dipercayai tidak berlaku di tempat-tempat lain.
Justeru, katanya, orang ramai perlu menilai tahap kepimpinan yang ada ketika ini.
Malaysiakini.
Read More

Tuesday, 9 April 2013

GEMPAR ! BANDAR IPOH DILANDA RIBUT SELEPAS KEHADIRAN NAJIB - SAKSIKAN

Rabu, 10 April 2013
 photo Header_zps1184082a.gif

Ipoh di Landa Ribut Petang Tadi
Ribut di Ipoh sambut Najib dtg tadi....
Saksikan !!! Bandar Ipoh, Perak Di Landa Ribut Taufan Hari Ini Selepas Kehadiran Najib Razak... Najib Datang Jer Mesti Ada Ribut Sudah Banyak Tempat Terjadi Macam Nie... Adakah Satu Kebetulan ???
Posted by canang 


Read More

Tuesday, 12 February 2013

Mana Jati? Mana Perkasa? Mana Umno Penang? Rakyat dah buli BN..!!


Rabu, 13 Februari 2013
Rakyat Dah Buli BN...!!!

SAYA SEDIH...- TUN DR MAHATHIR
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak...........
Posted by Empayar Pemuda

Peminat PSY dah buli BN
SELASA, FEBRUARI 12, 2013
Penghinaan paling buruk bagi Yang Amat Berhormat
Aku rasa sedih dan simpati melihat PM Najib dilayan macam ini.Bukankah dia seorang Perdana Menteri yang berstatus "Yang Amat Berhormat" tetapi dia dilayan macam sampah oleh rakyatnya sendiri.

Tentu ada sebab kenapa Najib mendapat layanan buruk sebegini. Najib kenalah muhasabah diri dan sepatutnya berundur sebagai Perdana Menteri kerana sudah jelas rakyat telah menyatakan 'NO! NO! NO!

Inilah Perdana Menteri Malaysia yang pertama menerima penghinaan yang paling buruk dalam sejarah negara.
Credited to:al-Husseyn
 Ubah.....Sekarang!!!

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena