Showing posts with label KAK LONG CDM 25. Show all posts
Showing posts with label KAK LONG CDM 25. Show all posts

Wednesday, 16 July 2014

[Video Samseng] KAK LONG CDM 25 Penyokong Kuat UMNO/BN dan Ahli Puteri Umno? & UNCLE YANG BERHATI MULIA...

Khamis, 16 Julai 2014
Wanita bertindak ganas...
Kemalangan di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan 


HEBOH KATANYA KAK LONG CDM 25 PENYOKONG KUAT UMNO/BN DAN AHLI PUTERI UMNO?

Heboh satu dunia kini wanita yang kini menjadi bahan utama kerana berlagak samseng membuli seorang warga emas sampai minta ganti rugi RM2,000 hanya kesalahan tidak disengajakan melanggar bahagian belakang keretanya yang tercalar sedikit sambil menggunnakan stereng lock hentak kereta warga emas tersebut sambil maki hamun dengan kata-kata rasis dipercayai seorang penyokong kuat UMNO/BN dan kemungkinan besar seorang ahli Puteri UMNO.

Mohon pihak yang berkenaan memberikan respon untuk pencerahan.
Posted by 

INILAH WAJAH UNCLE YANG BERHATI MULIA SANGGUP MEMAAFKAN KAK LONG CDM 25 WALAUPUN DIBULI DAN DIHINA SAMPAI TRAUMA

Warga emas yang menjadi mangsa seorang wanita bertindak ganas ketika kemalangan di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada Isnin lalu tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah bersedia memaafkan wanita itu.

Pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, berkata, dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian.

"Saya menganggap dia bertindak demikian mungkin didorong perasaan marah kerana saya melanggar keretanya.

"Walaupun trauma dengan kejadian itu saya tetap memaafkannya dan berjanji tidak akan melaporkan tindakan kekerasannya kepada polis malah dia juga sudah memohon maaf kepada saya," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Kemalangan kecil yang berlaku kira-kira jam 1 petang itu menyebabkan wanita berusia 30 tahun itu naik darah dan bertindak memaki Siak Heong dengan perkataan kasar serta berbaur perkauman.

Malah wanita itu turut bertindak memukul kenderaan Siak Heong menggunakan pengunci stereng.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap wanita yang mengamuk sambil mengeluarkan pengunci stereng terhadap seorang pesara yang secara tidak sengaja melanggar kereta wanita tersebut di Kuantan pada Isnin lalu.
Posted by 
Salam Cik Kiki, Polis Nak Jumpa!

"Slm sik kiki, sy pgw penyiasat ipd puchong ingn menjemput cik utk diambil keterangan, Sy hbgi cik x dpt. Mohon kerjasama cik membawa serg saksi bersama . Tk."

Sepertimana dijanjikan Ketua Polis Negara, perangai yang memalukan oleh Kak Long CDM 25 akan tetap disiasat dan diambil tindakan walaupun uncle itu sudah memaafkannya dan enggan buat laporan polis.

Harap-harap sangat agar semasa diambil percakapan nanti, jangan pula Kak Long CDM 25 bawa bersama pengunci stereng hentak meja Pegawai Penyiasat bila bengang naik angin disoal siasat.
Posted by 

Punyalah malu Kak Long CDM 25 sekarang ini ...

Punyalah malu Kak Long CDM 25 sekarang ini .. parkir kereta pun sampai lindung dengan penyidai kain tidak mau orang ramai nampak.

Tapi rakyat lagi cerdik .. dia rakam gambar dari sudut tepi .. Mana mau lari ah!!!!!!

YOU CAN RUN BUT YOU CANNOT HIDE ... Kamu boleh lari tapi kamu tidak boleh sembunyikan diri.
Posted by 

GAMBAR KEROSAKKAN YANG DIALAMI OLEH KERETA PEUGEOT CDM 25 YANG TERLANGGAR DARI BELAKANG OLEH WARGA EMAS YANG MAU DIBAYAR DENGAN HARGA RM2,000...


Lihat sendiri kerosakkan yang dialami oleh kereta CDM 25 sampai naik angin satu badan meroyan macam kena rasuk hantu polong minta ganti rugi sampai RM2,000 selain memukul kereta dan cermin kereta warga emas itu, kunci keretanya dirampas dan siap maki hamun dalam bahasa kasar dan rasis sekali.

Perlukan beliau menuntut sehingga RM2,000????

Wajarkah warga emas itu enggan membayarnya kerana kata beliau keretanya dilindungi insuran.

Nah sekarang apa dapat??? ....  Kena herdik dan maki hamun lagi dari warga siber sambil polis akan menyiasat dibawah kesalahn pembuli jalanraya.

Mohon pihak berkenaan memberikan pengesahan tentang kesahihan kerosakan dengan rakaman gambar yang dikirimkan ini... Yang pasti kerosakan yang dialami adalah lebih kurang serupa.

Read More

Tuesday, 15 July 2014

[Video Samseng] Polis Siasat KAK LONG CDM 25 dalam Video Buli Jalan Raya... Rasis Terlampau!

Khamis, 16 Julai 2014

“I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman
Photo: KINI KERETA PEUGEOT CDM 25 MENJADI PERHATIAN UMUM KEMANA SAJA DIA BERADA. 
http://omakkau.blogspot.com/2014/07/kini-kereta-peugeot-cdm-25-menjadi.html
KINI KERETA PEUGEOT CDM 25 MENJADI PERHATIAN UMUM KEMANA SAJA DIA BERADA. 

Kiki Kamaruddin, Perempuan bertudung Biadap Adalah penyokong Kerajaan BN
Tiba-tiba sahaja macai UMNO jadi murni, jadi ikhlas dan suci. Gelagat serta kelakuan biadap yang ditunjukkan oleh seorang perempuan Melayu bertudung di Kuantan dalam satu kemalangan kereta, telah dijadikan bahan cerita untuk menunjukkan yang mereka telah berubah.

Mungkin mereka tak tahu pun apa yang dicakapkan oleh perempuan itu semasa dia masuk dalam kereta. Dia bercakap tentang CINAnya lelaki tua yang dimaki hamun serta kereta yang diketuk dengan stereng locknya.

Orang PR tidak akan bercakap tentang bangsa atau kaum orang lain. Yang rasis dan cukup tebal perkauman mereka adalah orang UMNO, penyokong BN dan konco-konco mereka.

Aku nak tanyalah, siapa yang paling biadap sampai ulama pun dihina dan dianjing-anjingkan? Siapa yang kata kalau hudud dijalankan, jenuh makan sup tangan?

Bukankah semua itu datangnya daripada pemimpin maha besar UMNO?

Jadi kalaulah pemimpin maha besar UMNO boleh biadap sebegitu rupa, takkanlah anak-anak didik, pengikut dan macai tak boleh berlaku biadap? UMNO biasalah, walaupun bertudung dan berserban, belum tentu ada jiwa dan roh Islam. 

Perempuan yang cuba mencetuskan konflik rasis itu sudah tentu penjilat APCO dari Bani UMNO.
Posted by Era Pasca

Anak Pak Cik yang Diserang oleh Pemandu Peugeot Putih Luah Rasa Marah di FB

Anak mana yang tidak berang apabila ayahnya dibuli, diaib, dan diherdik kerana terlibat dalam kemalangan kecil, kemalangan yang boleh diselesaikan dengan cara baik? 

Oleh itu tidak hairanlah apabila pengguna FB yang dipercayai anak kepada warga emas yang melanggar Peugeot putih di Kuantan itu meluahkan kemarahannya di FB.

Kemarahan pengguna FB yang menggunakan nama Sim Robin itu turut diselit dengan kata-kata kurang manis boleh anda baca di bawah ini. 

Moga-moga kemarahannya reda dan dia bertindak "cool" seperti bapanya. Jika perlu laporkan hal ini kepada pihak berkuasa. Jika tidak, selesaikanlah masalah ini dengan cara yang baik.

Agak ironi apabila pemandu Peugeot Putih  itu masih belum kedengaran memohon maaf daripada pak cik yang dimaki hamunnya itu. 
DCM

Photo: KETUA POLIS NEGARA MENGESAHKAN BAHAWA POLIS KINI SEDANG MENYIASAT KAK LONG CDM 25 ATAS KESALAHAN PEMBULI JALANRAYA.
http://omakkau.blogspot.com/2014/07/ketua-polis-negara-mengesahkan-bahawa.html
[Malaysia Kini] Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan menyiasat wanita yang dirakam membuli seorang lelaki tua selepas satu kemalangan jalan raya dan videonya tersebar meluas di Internet sejak semalam.

"Kita akan siasat dia di bawah (kes) buli jalan raya.

"Saya pun baru tadi tengok footage (rakaman) itu.

"Garang sungguh dia, ketuk sana ketuk sini," katanya merujuk kepada rakaman itu yang memaparkan perempuan tersebut mengetuk kereta lelaki tua yang didakwa melanggar keretanya. - 16/7/14

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena