Showing posts with label Kabinet XXL. Show all posts
Showing posts with label Kabinet XXL. Show all posts

Saturday, 28 June 2014

Kabinet XXL Malaysia...Kerajaan BN, 'Menteri je ramai..tapi tak efficient'?...

Ahad, 29 Jun 2014

Gaji bulanan menteri-menteri dan barisan kabinet baru. Apa pandangan anda?

Gambar: ROMBAKAN KABINET YANG MEMBAWA BERITA GEMBIRA UNTUK MACAI-MACAI UMNO.
http://omakkau.blogspot.com/2014/06/rombakan-kabinet-yang-membawa-berita.html

ROMBAKAN KABINET YANG MEMBAWA BERITA GEMBIRA UNTUK MACAI-MACAI UMNO.


Zulkifli Ismail Menteri jek ramai..tapi tak efficient...ubahla Mentaliti tu..tubuhkan kabinet yg btul2 cekap barula Rakyat hormat...skrg ni menteri bg jawapan pun mcm bdk sekolah pastu tambah lagi menteri..bila nk berjimat cermat?mcm ni ke kerajaan yg cekap?apala...


PELIK TAPI BENAR .... PEMIMPIN MCA YANG KALAH DALAM PILIHANRAYA DUA KALI BERTURUT-TURUT DILANTIK MENJADI TIMBALAN MENTERI

Gambar: PELIK TAPI BENAR .... PEMIMPIN MCA YANG KALAH DALAM PILIHANRAYA DUA KALI BERTURUT-TURUT DILANTIK MENJADI TIMBALAN MENTERI. 
http://omakkau.blogspot.com/2014/06/pelik-tapi-benar-pemimpin-mca-yang.html

Chew Mei Fun dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dalam pengumuman penambahan anggota kabinet oleh Najib Razak pagi tadi ... pemimpin MCA berjawatan sebagai Naib Presiden ini kalah dalam PRU 13 di Parlimen Petaling Jaya Utara dan PRK Kajang yang ternyata di tolak rakyat tapi masih diangkat oleh Najib Razak.

Hebat sungguh Najib Razak ni dalam merasai denyutan hati rakyat di akar umbi .. terserlah keluhan rakyat amat diambil kira .. Rakyat DiDahulukan.

Itulah untung besar menjadi pemimpin MCA .. tidak perlu menang Pilihanraya untuk dilantik sebagai jemaah menteri .. kalah dua kali berturut-turut di kawasan yang berlainan yang jelas ditolak rakyat secara mutlak masih dianggap pemimpin disokong rakyat oleh Najib Razak .. mana nak dapat macam ini punya keistimewaan.
Posted by 

Wanita dikurung selama 10 tahun

Satu lagi kes kecuaian dan penderaan dilaporkan apabila seorang wanita yang mengalami Sindrom Down ditemui dikurung dalam sebuah bilik kecil dalam keadaan yang tidak berperikemanusiaan. Satu lagi kes selepas penemuan adik firdaus minggu lalu.

Wanita yang dipercayai berusia 30-an itu diselamatkan oleh polis dan Jabatan Kebajikan Daerah pada Khamis berikutan laporan orang awam. Dipercayai mangsa dipaksa hidup di bilik kecil di sebuah rumah sejak 10 tahun lalu di Kampung Pasir Pekan Hulu .

Mangsa dikenali sebagai Nazitah diselamatkan dalam keadaan terbiar dipenuhi dengan najis dan air kencing selepas pihak berkuasa terpaksa memotong jeriji pintu masuk sebelum menjumpai bilik yang terselindung itu.

Ketua Polis Daerah Supritendan Zaharuddin Rasip berkata, polis sedang mencari lelaki yang dipercayai abang mangsa untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara ini selepas jiran memaklumkan kepada polis dan jabatan kebajikan pada pukul 3.30 petang.

"Apabila polis dan pegawai  jabatan tiba di rumah itu, kami mendapati wanita itu dalam keadaan yang menyedihkan dan tidak bermaya.

"Keadaan bilik tersebut gelap dan hasil siasatan mendapati mangsa bertahan untuk hidup dengan meminum air daripada sumber luaran," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

"Siasatan kami juga menunjukkan bahawa saudara mangsa tinggal berhampiran," kata Supt Zaharudin. "Kami cuba untuk mengesan saudara mangsa untuk mengetahui mengapa wanita itu dikurung.

"Menurut jiran, mangsa dikurung kerana tidak mahu dia berkeliaran. "Tetapi bilik terlalu kecil dan  mangsa telah dibiarkan untuk menyara diri sendiri," kata beliau sambil menambah bahawa mangsa telah dihantar ke hospital daerah untuk rawatan.

Seorang penduduk, Rubiah Abdullah, 54, berkata dia sedih melihat wanita itu dikurung seperti itu dan percaya bahawa mangsa telah dikunci untuk kebaikan sendiri. Kes Nazitah ini ditemui  seminggu selepas seorang remaja orang kurang upaya Muhammad Firdaus Dullah ditemui dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah yang kotor.
mStar
Read More

[Video] Kabinet XXL Najib tidak ada 'class'...R.S.N. Rayer dapat kepala lembu!

Sabtu, 28 Jun 2014


Menteri Kabinet XXL Najib Beraksi Bebal.. Ini Buktinya


Sekiranya anda menganggap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seorang yang tidak ada 'class', suka menghina dan jahil, salahkanlah Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Karier politik beliau pernah terkubur selepas meletak jawatan Ketua Pemuda Umno, malah beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sejurus selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.Kepada mereka yang lupa sejarah Zahid, beliaulah yang menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad atas tuduhan kronisme dan nepotisme."

Rancangan itu tidak jadi, dan Dr Mahathir menelanjangkan sifat talam dua muka Zahid dengan membongkar bagaimana Zahid telah memperkayakan diri menerusi kronisme. Dari segi politik, Zahid terkubur, sehinggalah Abdullah, selepas mengambil alih dari Dr Mahathir, memberikan beliau nafas baru dalam Umno dan kerajaan.Yang selainnya tinggal sejarah. 

Menyedihkan. 

Zahid kemudiannya bangkit semula dan kini merupakan Menteri Dalam Negeri. Sesuatu yang ironis, kerana orang yang dituduh memukul kekasih anak perempuannya kini ditugaskan menjaga keamanan. 

Pertuturannya umpama samseng; tidak berupaya membezakan dirinya sebagai orang Umno dan Menteri Dalam Negeri, dan ia menjadi peringatan betapa ramai pak menteri dalam kabinet XXL Najib sekarang terdiri daripada individu yang tidak cekap.

Hari ini, jauh dari merasa kesal dan terganggu dengan perbuatan meninggalkan kepala lembu di rumah R.S.N. Rayer di Pulau Pinang, Zahid memarahi Adun DAP itu atas keceluparannya, sambil berkata beliau sendiri mengundang perbuatan tersebut kerana kenyataan "Umno celaka" yang diucapkan di sidang Dewan Undangan Negeri.

Ingat, ini kata-kata seorang Menteri Dalam Negeri. Seolah-olah beliau bersetuju dengan mereka di belakang perbuatan melemparkan kepala lembu itu. Beliau tidak berbeza dengan seorang lagi menteri dalam negeri dari Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang satu ketika dulu turut bersimpati dengan orang partinya yang mengheret kepala lembu di Shah Alam pada 2009.

Apakah seseorang akan berfikir dua kali sebelum mengulang perbuatan yang dianggap penghinaan ke atas penganut Hindu itu? Tidak peliklah apabila sejak kebelakangan ini, golongan minoriti terpaksa berdepan dengan bangkai binatang dilemparkan di rumah ibadat dan tempat lain?

Tindakan provokatif mereka jauh sekali mengundang hukuman. Bilakah kali terakhir polis menangkap sesiapa yang perlu ditangkap?Mudah, malah terlalu mudah, untuk mengatakan bahawa ini mengenai Rayer semata-mata dan rakyat Malaysia tidak perlu terlalu teruja dengan kenyataan Zahid.

Keceluparan Zahid menunjukkan ramai di dalam kerajaan tidak mampu membezakan yang hak dan batil, dan tidak faham akan asas kepimpinan, iaitu mereka di tampuk kuasa perlu buta warna dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugas.

Zahid menunjukkan beliau tidak layak menjadi seorang pengadil jujur. Dia cumalah orang Umno, tidak lebih dari itu. Cuma seorang yang mengeluarkan penghinaan, seorang yang tiada 'class'.Cuma sebuah hadiah peninggalan Abdullah Badawi, seperti juga suruhanjaya rasuah yang tidak bertaring dan kehakiman yang tidak berkredibiliti. ~tmi
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena