Showing posts with label Kes Altantuya. Show all posts
Showing posts with label Kes Altantuya. Show all posts

Wednesday, 14 March 2018

[Video 'Kes Altantuya' Ho ho, hooo Mahkamah Rayuan masukkan semula k’jaan sebagai defenden] Bekas pengarah urusan Harakah pun sertai AMANAH'

Khamis, 15 Mac 2018

Hasil carian imej untuk Gambar altantuya

Bekas pengarah urusan Harakah pun sertai AMANAH



Bekasa pegawai kanan Bank Negara dan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Dr Rosli Yaakop menjadi tokoh terbaru mengumumkan penyertaan dalam Parti Amanah Negara (AMANAH).
Selepas menyertai PAS pada akhir 1990-an dan diberi kepercayaan dalam parti itu dengan beberapa jawatan penting.
Sesuai dengan latar belakangnya sebagai ahli ekonomi Rosli juga pernah dilantik sebagai pengarah urusan lidah rasmi PAS, Harakah.
Mk.

Read More

Saturday, 12 September 2015

Kes Altantuya dibangkitkan kembali konspirasi terhadap Najib?

Ahad, 13 September 2015

Kes Altantuya dibangkitkan kembali konspirasi terhadap saya, kata Najib

Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dibangkitkan kembali sebagai ‘konspirasi’ terhadap Datuk Seri Najib Razak, kata perdana menteri hari ini di Pekan. – Gambar Al Jazeera, 12 September, 2015.
Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dibangkitkan kembali sebagai ‘konspirasi’ terhadap Datuk Seri Najib Razak, kata perdana menteri hari ini di Pekan. – Gambar Al Jazeera, 12 September, 2015

Bercakap kepada perwakilan Umno bahagian Pekan hari ini, Najib mempersoalkan waktu isu ini dibangkitkan kembali ketika beliau didesak meletakkan jawatan berhubung skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Isu ini dibangkitkan kembali sejak beberapa hari ini, akan tetapi saya pernah berkata sebelum ini, saya tidak pernah berjumpa perempuan ini, saya sudah bersumpah di masjid," katanya.
"Tiada bukti tetapi pertuduhan sering dibangkitkan, seperti ada konspirasi dalam dan luar negara."
Najib mendakwa ini juga merupakan satu percubaan untuk menjatuhkan Umno.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kes-altantuya-dibangkitkan-kembali-konspirasi-terhadap-saya-kata-najib#sthash.2vXu3rb6.dpuf


Inilah Perdana Menteri UMNO, bukannya PM rakyat M'sia...

Anda nilaikanlah sendiri wajah sebenar UMNO 'haram' skrg di mana UMNO asal telah diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988..

Kalau UMNO terdahulu (yg asal) TELAH DIHARAMKAN, abis tu UMNO skrg UMNO apa ???!!!

Apa hukum pemimpin2 UMNO skrg yg makan gaji hasil dari parti 'HARAM' selama 27 tahun ??? Kmudian parti haram memerintah negara...

Patutla negara tak berkat. Rupa2nya parti haram yg memerintah...


Ini bukan himpunan orang malayu tapi himpunan untuk umno dan najib


'Derma' RM2.6 bilion adalah HARAM?

Nampaknya Tun M seperti dah tahu dari mana sumber wang RM2.6 bilion yg masuk ke dlm akaun peribadi Najib.

Kalau dah tahu beritahu sahajalah Tun, tak payah nak bagi 'hint' banyak sangat. Machai bukannya faham...
Read More

Wednesday, 7 January 2015

[Video] Kes Altantuya: Jangan ubah fakta, kata bekas KPN...13 Jan keputusan rayuan pendakwa...

Khamis, 8 Januari 2015

Kes Bunuh Altantuya: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13 Jan keputusan rayuan pendakwa


Altantuya: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13 Jan keputusan rayuan pendakwa

Barisan peguam Sirul Azhar Umar. 
Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Jan bagi keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis terhadap pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Ketua Bahagian komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa Mahkamah Persekutuan Mohd Aizuddin Zolkeply mengesahkan tarikh untuk keputusan itu telah ditetapkan pada 13 Jan.

Keputusan itu akan disampaikan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mendengar rayuan itu selama tiga hari bermula 23 Jun tahun lepas.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Apabila dihubungi, peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata firma guamannya menerima notis daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan semalam, memaklumkan mengenai tarikh berkenaan.

Peguam Kamarul Hisham Kamarudin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar dan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Peguam Cara I (Sektor Litigasi) Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah juga mengesahkan tarikh itu.



Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 membebaskan Azilah, 38, dan Sirul Azhar, 43, atas pertuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara pukul 10 malam pada 19 Okt dan 1 pagi, hari berikut pada 2006.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan oleh kedua-dua anggota polis itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah atas pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia itu dan menjatuhi hukuman mati ke atas kedua-dua mereka.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 51, yang dituduh bersuhabat dengan Azilah dan Sirul Azhar, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas (Mahkamah Tinggi) memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadapnya. Pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasannya.
Read More

Sunday, 22 June 2014

Kes Altantuya: Bekas Komando Polis didakwa tumbuk anggota polis pula...

Isnin, 23 Jun 2014

 Selepas Ditangkap Khalwat, Bekas Komando Kes Altantuya Disiasat Kerana Tumbuk Anggota Polis Pula


Bekas komando polis yang didakwa membunuh Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006 lalu kini berhadapan dengan masalah sekali lagi – ditangkap khalwat dengan wanita yang sudah berkahwin dan kini didakwa menumbuk seorang anggota polis pula.

Kejadian berlaku di Balai Polis Sepang malam Khamis lepas selepas beliau ditahan kerana berkhalwat dan dibawa ke balai polis itu.

Ia berlaku dalam keadaan tangannya bergari ketika rakan kepada suami wanita itu datang mahu membantu tangkapan tersebut.

Bekas komando itu menumbuk muka anggota polis itu sehingga berdarah hidungnya dan cedera ringan pada bibirnya.

Ketua polis Sepang, Superintendent Mohd Yusoff Awang berkata kertas siasatan dibuka terhadap suspek di bawah Seksyen 323 Kod Penal kerana menyebabkan cedera tanpa senjata selepas laporan oleh polis yang menjadi mangsanya.

Ketika menjelaskan perkara itu, Mohd Yusof berkata, berlaku kekecohan selepas bekas komando itu ditangkap kerana khalwat.

"Polis yang cedera itu adalah jiran wanita itu. Dia datang untuk membantu. Berlaku salah faham dan berakhir dengan kecederaan," kata Mohd Yusoff.

Difahamkan satu kenyataan direkodkan daripada pengadu tentang apa yang berlaku semasa insiden tersebut, namun tiada kenyataan direkod daripada bekas komando itu.

"Kami akan panggil dia untuk membuat kenyataan tidak lama lagi," kata Mohd Yusoff.

Bekas komando itu yang sebelum ini bersama Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman, ditangkap khalwat bersama wanita sudah berkahwin di dalam unit apartmennya di Ibu Pejabat Polis Sepang oleh suaminya pada 1.20am.

Suami wanita tersebut, seorang anggota polis bersama unit peronda, pergi ke unit mereka untuk memeriksa keadaan isterinya dan syak sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu terkunci.

Selepas memeriksa lagi, dia menjumpai bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil. Kes ini dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan seterusnya.

Satu fail disiplin juga dibuka terhadap wanita tersebut, yang juga polis, sementara bekas komando tersebut disiasat di bawah kesalahan menumbuk polis.

Dia juga bakal disiasat oleh Jais untuk dakwaan khalwat. Mohd Yusoff enggan mengesahkan jika lelaki yang ditangkap tersebut adalah lelaki yang sama disabitkan untuk kes pembunuhan Altantuya dan dibebaskan atas rayuan.

"Saya belum jumpanya. Saya tidak tahu bagaimana rupanya jadi saya tidak boleh beritahu," katanya.

Bagaimanapun, laporan polis yang dibuat tertulis namanya sebagai Azilah Hadri, nama yang sama seperti Ketua Inspektor Azilah Hadri yang merupakan salah satu daripada dua komando yang dibebaskan pada Ogos tahun lepas selepas sabit kesalahan mereka bagi pembunuhan Altantuya dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan. Seorang lagi komando tersebut adalah Korporal Sirul Azhar Umar.

Kebetulannya, lelaki yang ditahan tersebut juda merupakan seorang bekas polis bersama Skuad Tindakan Khas Bukit Aman, unit yang sama di mana Azilah bertugas sebelum penahannya pada 2006.

Azilah dan Sirul didakwa dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 2009 untuk pembunuhan Altantuya, 28, di sebuah hutan simpan di Shah Alam pada Oktober 2006.

Kedua-duanya bersama Skuad Tindakan Khas Bukit Aman dan di bawah pasukan sekuriti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pada masa itu, Najib merupakan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pertahanan. Pada Isnin, Mahkamah Persekutuan akan menjalankan prosiding dua kes berprofil tinggi, dan salah satu daripadanya adalah rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan dua anggota polis skuad tindakan khas, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar atas dakwaan membunuh warganegara Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Mahkamah Rayuan pada Ogos lepas membebaskan Azilah dan Sirul Azhar atas dakwaan bunuh tersebut selepas sebulat suara meluluskan rayuan mereka, dan membatalkan sabit kesalahan serta hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah kerana membunuh Altantuya.

Mahkamah Rayuan, dalam penjelasan penghakiman 47 mukasurat itu menegaskan bukti keterangan mengikut keadaan dikemukakan oleh pihak pendakwa tidak mencukupi untuk mensabitkan mereka bersalah.

Pihak pendakwa memfailkan rayuan mereka pada 3 Januari tahun ini, dengan 6 sebab mengapa Mahkamah Rayuan berpanel 3 hakim itu adalah salah di sisi undang berserta bukti untuk menghalang dua polis tersebut mengelak hukuman mati.

Pendengaran kes tersebut akan berlangsung esok.

The Malaysian Insider
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena