Showing posts with label Kg Chubadak. Show all posts
Showing posts with label Kg Chubadak. Show all posts

Friday, 20 June 2014

Chubadak...Gotong Royong Bina Bangsal

Sabtu, 21 Jun 2014


PAS akan menganjurkan satu himpunan bagi membantah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang merobohkan rumah di Kampung Chubadak Tambahan

PAS akan menganjurkan satu himpunan bagi membantah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang merobohkan rumah di Kampung Chubadak Tambahan.
Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, Mazlan Aliman menyifatkan tindakan itu zalim kerana walaupuan kes berkenaan masih di peringkat mahkamah namun pihak terbabit tetap meneruskan kerja merobohkan rumah penduduk.
“Saya melahirkan rasa kesal di atas tindakan yang tidak bertanggungjawab daripada institusi kerajaan yang melakukan tindakan zalim ini.
“Meskipun injunksi telah diperolehi daripada peguam yang mewakili penduduk, namun kebimbangan tetap ada bagi penduduk di sekitar kawasan terbabit,” katanya.
Sehubungan dengan itu katanya, pihaknya telah sepakat untuk mengadakan satu perhimpunan bagi membantah kerja perobohan itu.
“Kita telah sepakat untuk mengadakan himpunan di hadapan Menara DBKL jam 10 pagi pada 23 Jun ini.
“Kita akan gerakkan mobilisasi untuk memastikan seberapa ramai yang hadir pada perhimpunan itu termasuk penduduk setempat dan juga penduduk di kampung berhampiran,” katanya.
Read More

Tuesday, 17 June 2014

Himpunan Bantah Perobohan Kg Chubadak 23 Jun...Hadapan Bangunan DBKL

Selasa, 17 Jun 2014

DBKL Zalim, Kg Chubadak Tetap Akan Di Robohkan


Egois! Mentang2 gaji dibayar kerajaan.. Tiap bulan duit masuk poket.. Nak apa2 dapat xclusive.. Muka tembok mula naik tocang.. Sembang buat banner israel zalim melepasi sempadan otak.. Tapi bertindak tiada batasan... Why not bagitau or sediakan satu penempatan yang selesa untuk perpindahan penduduk kg chubadak.. Apa penduduk kat situ warga asing ke.. Penduduk kat situ bukan malaysian ke..

Kerana mahkamah telah tetapkan.. Pemerintahan berjiwa rakyat ke tu.. Rakyat diutamakan ke tu.. Or pembangunan kapitalis menjadi sandara.. Duit poket atasan wajib diisi untuk dibawa dalam liang lahad nanti.. Nak bayar dirham kat malaikat maut untuk kurangkan timbang tara... Ke macam mana...


BANkami.net


Himpunan bantah perobohan Kg Chubadak 23 Jun

MUHAMMAD FAIZAL



KUALA LUMPUR: Satu himpunan akan diadakan pada 23 Jun ini di hadapan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantah tindakan perobohan rumah penduduk di Kampung Chubadak Tambahan.

Penganjur himpunan, NGO Pertahankan Kampung Tradisi dan Warisan Bangsa & Peneroka Bandar (Anak Warisan) di bawah Pemuda PAS Malaysia berkata, himpunan tersebut bagi menuntut keadilan terhadap tindakan zalim DBKL itu.

Himpunan tersebut turut dianjurkan dengan kerjasama Lanjah Tanah PAS Pusat.


Pengerusi Lajnah Tanah, Mazlan Aliman berkata DBKL bertindak tidak profesional apabila meroboh tiga buah rumah tanpa mengambil kira kes yang masih lagi dalam peringkat mahkamah.

"Kita mengecam tindakan DBKL, walaupun kes ini masih lagi dalam perbincangan mahkamah mereka tetap meroboh rumah tersebut.

"Sehingga sekarang tiga buah rumah telah diroboh, sikap yang tidak bertanggungjawab dan zalim DBKL apatah lagi bulan Ramadhan yang hampir tiba," jelasnya.

Beliau turut melahirkan kerisauan terhadap rumah-rumah penunduk yang lain.

"Kita mensasarkan seramai dua ribu orang akan hadir membantah tindakan DBKL.

"Kita menyeru atas dasar keperihatinan dan sikap perihatin, seluruh rakyat negara ini termasuk NGO perlu hadir memberi sokongan," katanya.

Sementara itu Pengerusi Anak Warisan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menegaskan isu kampung warisan menjadi tanggungjawab semua dan perlu dipertahankan.

Jelasnya, tindakan DBKL membelakangi prosiding mahkamah dilihat sebagai tidak menghormati serta menghina mahkamah.

"Kita ingin tegaskan kes Kampung Chubadak Tambahan masih lagi dalam prosiding mahkamah.

"Tindakan DBKL meroboh adalah dilihat tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah, ini merupakan satu malapetaka kepada penduduk kampung tersebut," katanya.

Menurut beliau, pada himpunan tersebut itu nanti satu memorandum hasil perbincangan dengan penduduk akan diserahkan kepada Datuk Bandar DBKL.

Pihanya juga berharap DBKL tidak akan melakukan apa-apa kerja meroboh sehingga Hari Raya Aidilfitri dan menghormati prosiding di mahkamah sekarang.

Dalam pada itu, Mazlan turut menegaskan beliau sedia membawa isu ini ke peringkat antaranbangsa.
Read More

Thursday, 12 June 2014

Hari ini, Chubadak rebah juga akhirnya!

Khamis, 12 Jun 2014


Panda disusukan, rakyat sendiri dianaktirikan. Realiti di Malaysia.





gambar tarbeak hari ni di kampung chubadak

Hajah Wahidah. Berasal dari Gunung Semanggol. Seorang Guru Al Quran. Jiwanya jiwa PEJUANG. Semoga Allah merahmati beliau dan keluarganya... She's a FIGHTER!! Salute!!
(infor kredit Mai Suharah)
 — dengan Aiman Athirah Al Jundi.



Read More

Monday, 9 June 2014

[Video] Panas! "Rumah kita dah diroboh regim cu!...Peguam kami rupanya peguam Umno. Kami kena tipu"

Selasa, 10 Jun 2014





Kekejaman Regim Merobohkan Rumah Penduduk Kg Chubadak Tambahan Sentul...


1."Cu, macam mana ko nak ambil periksa (SPM). Rumah kita dah roboh Cu"
2. "Peguam kami rupanya peguam Umno. Kami kena tipu"
3. "Takde notis, DBKL datang dgn polis bawa senjata api jam 8.30 pagi tadi"
4. "Kami disuruh pindah ke PPR Batu Muda. Tingkat 8,9. Api takde"
5. "Kami tak diberi pampasan sepatutnya. Hanya dijanjikan diberi RM7000. Kami bukan setinggan"

Kurang sebulan kita menyambut Ramadan, Datuk Bandar & PTG WPKL tetap bertegas merobohkan rumah penduduk Kg Chubadak Tambahan, Sentul. Malam ini mereka tidur dekat tapak rumah yang diratakan. BN zalim! Laknat buat Datuk Bandar!

Mangsa kerakusan regim menjelang Ramadhan. Stiap kali mjelang Ramadhan ada saja kes serupa. Entah sedar ke tidak kita....

Anak melayu merempat...tanah diduduki bertukar milik ke tangan pemaju semua gara2 umno. Peristiwa malang yg silih berganti saban tahun. Tapi sebab umno itu Islam...masih ramai yg mahu sandarkan percaya kpd mereka....ironik!

Selepas rumah diranap dinding oleh jentolak...ada yg cuba menyelamatkan apa yg perlu....tak sangka regim umno sekeras itu gamaknye.

Kalau masih ada yg mahu percaya umno itu akan berubah....kelak yg menjadi mangsa adalah rakyat juga

Walau barangkali beberapa kerat pimpinan akan ada yg rasa terbela oleh pemimpin umno yg durjana....tapi air mata rakyat akan terus mengalir tanpa henti....bukan sekali dua...bukan sehari dua...bukan sebulan dua...bukan setahun dua....

Hanya rakyat yg berani dan keberanian yg terzahir daripada pengalaman sendiri...melihat dgn mata kpala sendiri akan berjaya bangkit sesungguhnya utk tumbangkan regim.

Kalau yg enak di kerusi empuk bilik berhawa dingin...kealpaan itu kapan saja akan pamit dan mengulit jiwa dan kesedaran yg sempit.

Lawyer yg wakili mereka selama ini rupanya adalah umno.

Dipaksa pindah ke PPR Taman Muda tingkat 7 dan 8....yg blm pun ada bekalan elektrik
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena