Showing posts with label MB Terengganu. Show all posts
Showing posts with label MB Terengganu. Show all posts

Monday, 12 May 2014

USUL UNDI TIDAK PERCAYA terhadap MB Terengganu dalam DUN - Mat Sabu

Selasa, 13 Mei 2014


USUL UNDI TIDAK PERCAYA

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, PAS akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu dalam DUN.

Katanya, parti itu tidak akan menggunakan kaedah yang berlaku ketika krisis politik di Perak lima tahun lalu yang menyaksikan BN merampas negeri itu tanpa melalui usul di DUN atau pilihan raya baru.

"Kita akan ikut kaedah yang betul, kena ada undi tidak percaya pada menteri besar Terengganu dalam sidang DUN.

"Cara yang BN guna masa di Perak dulu salah, kita tak akan buat benda yang tak ikut peraturan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Astro AWANI.

DS Zahid Komedi
Read More

Ahmad Said benar-benar jadi macam David Monyet Pengurus Pasukan Manchester United...

Selasa, 13 Mei 2014

Mat Said letak jawatan MB, mungkin turut kosongkan kerusi?

TERKINI                                                                                              
Silap Mat Said tertanda tangan perjanjian.
Ahmad Said benar-benar jadi macam David Monyet Pengurus Pasukan Manchester United apabila hari ini beliau disahkan telah melepaskan jawatan MB Terengganu. Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agu
ng Umno Teuku Adnan Mansor di Terengganu lewat petang ini.

Adnan dilaporkan berjumpa dengan semua 16 Adun Terengganu bagi memaklumkan perkembangan yang sudah lama ditunggu-tunggu itu. Perletakan Ahmad bukan di atas kehendaknya melainkan kerana patuh perjanjian sebelum ini.

Ahmad yang mengganti Idris Jusoh sebagai MB selepas pilihan raya 2008, dikatakan membuat perjanjian akan memegang jawatan MB setahun sahaja. Bagaimana pun perjanjian itu tidak didedahkan.

Perletakan jawatan Ahmad itu sempena hari ulang tahun Umno ke 86 menyebabkan ia memberi signifiken tersendiri buatnya.

Persoalan kini apakah Ahmad akan mengosongkan Dun Kijal yang dimenanginya itu? Kalau beliau bersedia untuk beundur sebagai MB, apa guna lagi untuk beliau kekal di Dun Kijal. Berlaku sedikit gangguan perasaan kepadanya, sebelum ini ditempatkan di kerusi pertama di dalam Dun Terengganu, tetapi apabila jadi ahli biasa kerusinya akan berubah.

Nasib Ahmad sama dengan kedudukan Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Dun Kelantan hari ini, tempat duduk berubah sebagai Adun biasa selepas tidak lagi menjadi MB. Elok kalau kedua-duanya mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil?[wm.kl. 6:26 pm 12/05/14]

Read More

Mat Said Gardenia dipecat!... Pemuda Umno Terengganu MOGOK lapar! BN bakal bergolak!

Selasa, 13 Mei 2014

Panasss... Umno Terengganu Bakal Bergolak, Kemarahan Penyokong Bekas Menteri Besar Sudah Terserlah







hemmmmm..... setakat mana tahap kemarahan pemuda umno terengganu belum dapat dipastikan setakat ini, namun dari kain rentang yang digantung cukup menggambarkan yang kemelut umno terengganu bakal berlaku... kah kah kah... A B U.

APAKAH BENAR PARA PEMUDA UMNO TERENGGANU AKAN MOGOK LAPAR SEMINGGU MULAI HARI INI?


" KAMI PEMUDA UMNO TERENGGANU AKAN MOGOK LAPAR SEMINGGU SEKIRANYA DATO' AHMAD SAID DITURUNKAN .... KAMI SENANG KERANA DATO' AHMAD SAID"

Sungguh bagai dikata ke????? .. atau hanya ugut dan gertak seperti biasa gred peluru kapur jer ...

MB Terengganu telah pun turun takhta dengan meletakkan jawatannya hari ini jadi mulai esok selama 7 hari semua Pemuda UMNO Terengganu yang menyokong taksub Daro' Seri Ahmad Said kenalah kotakan gertak dan janji ini.
Posted by 
Read More

Wednesday, 7 May 2014

AHMAD SAID 'disingkir' MB Terengganu...

Rabu, 7 Mei 2014
Photo
Buletin Pakatan Rakyat
Abdul Razif disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Terengganu yang baharu

Putrajaya telah meminta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk bersedia menghadapi rombakan yang dipercayai akan berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi di negeri itu.


Sumber berkata, proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.

Difahamkan dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Detik perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik.

Terengganu nyaris tewas pada PRU-13 yang lalu dengan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan yang memperoleh 15 kerusi.

BN berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu.

Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana.
Kedah.kini
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena