Showing posts with label Menara Umno Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Menara Umno Pulau Pinang. Show all posts

Friday, 14 June 2013

Video & Gambar PEMILIK MENARA UMNO PULAU PINANG BUKAN KEPUNYAAN UMNO...

Jumaat, 14 Jun 2013
PEMILIK MENARA UMNO PULAU PINANG BUKAN KEPUNYAAN UMNO TETAPI MILIK SEPENUHNYA OLEH MENTERI KEWANGAN DIPERBADANKAN IAITU JKP SDN BHD.!!!!!

Rupa-rupanya menara UMNO Pulau Pinang yang antena runtuh semalam mengakibat seorang terkorban dan beberap lain cedera parah dan berpuluh kenderaan rosak bukannya milik UMNO tetapi JKP Sdn Bhd yang di pengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Dato' Zainal Abidin Osman.

JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) telah ditubuhkan pada 12 Julai 1995 dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). JKPSB juga merupakan agensi pelaksana kepada Majlis Pembangunan Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang yang dulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (JKP). Peranan JKPSB meliputi fungsinya sebagai Pemilik Tanah, Agen Pembangunan dan Pengurus Harta.

Penubuhan JKPSB adalah bertujuan untuk melaksanakan program dan projek sosio-ekonomi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang yang bertujuan untuk kepentingan masyarakat Bumiputera di Negeri Pulau Pinang supaya tidak tersisih dari arus pembangunan ekonomi negeri yang berkembang dengan pesat.
Kedah.kini






 Ulasan:
 Tanpa Nama berkata...
tak kesahlah bangunan apa yang runtuh, cuma korban jiwa yang berlaku amat menyedihkan, baru saje runtuhan di Jambatan Kedua P Pinang runtuh dan mengorbankan orang awam, mudah-mudahan mangsa yang terkorban akan di ampunkan dosanya oleh Allah seperti yang disampaikan oleh Ustas Badli Shah dalam segmen Cinta Ilmu di TV Al Hijrah petang tadi dengan syarat mangsa itu seorang muslim
13/06/2013 9:13:00 PTG

 Tanpa Nama berkata...
ALLAH yg MAHA KUASA memberi pertunjuk pada rakyat pulau pinang...fikir2lah
13/06/2013 10:41:00 PTG

 Tanpa Nama berkata...
ya rakyat pulau pinang harus berfikir,asal bangunan projek bn kena berjaga2
14/06/2013 7:28:00 PG
 Helmi berkata...
takziah sekali lagi kepada keluarga mangsa. 
harapnya tiada pihak menuduh kejadian ini disebabkan Lim Guan Eng. 
jelasnya Menara UMNO P.Pinang. 
Harap semua bangunan yang dibina semasa pemerintahan BN dipantau.
14/06/2013 9:51:00 PG

 Alifnajmi berkata...
Anon 7:28... Bangunan tu adalah milik JKP SDN BHD. Umno hanya penyewa 2 floor di bangunan tersebut iaitu di tingkat 6 & 7.
Jadilah pengamal politik yg bijak.
14/06/2013 10:18:00 PG

 Tanpa Nama berkata...
Bgn bukan milik Umno...tapi ada sign board "Menara UMNO"...
dri Ganukite DarulRuntuh
14/06/2013 10:48:00 PG

 Tanpa Nama berkata...
lokasi operasi UMNO, satu petunjuk UMNO bakal tumbang.. fikir2kan
14/06/2013 11:23:00 PG

 Tanpa Nama berkata...
Biasa lah alasan umno bn yg bangang dah jelas menara atau bangunan umno haram jadah apa nak dinafikan lagi jangan bodohkan orang melayu barua punya orang.
14/06/2013 11:27:00 PG
 rockers berkata...
umno memang dah tumbang kt pp,tp kini apa2 yg masih kepunyaan umno pulak lah akn musnah satu persatu bkn dari perbuatan manusia tapi dari yang maha kuasa..
14/06/2013 11:30:00 PG

 Tanpa Nama berkata...
kalau UMNO penyewa,nape nama bangunan tu MENARA UMNO??ntah laa...lps PRU-13 ni,mcm2 bencana alam yg Allah s.w.t telah beri kpd masyarakat Malaysia.bot karam kt srwk,kes stadium kt Phg,jmbtn kedua PP runtuh,masjid Ganu runtuh,mcm2 lg laa....fikir2kanlahh...takziah diucapkan kpd keluarga mangsa2 yg terlibat...ingatlah,dunia sedang menghampiri akhir zaman...
14/06/2013 12:26:00 PTG

 Rosmah berkata...
Diminta semua bangunan atau jambatan yg mempunyai logo UMNO segera membuang logo tersebut utk mengelakkan kejadian runtuh berulang.
14/06/2013 4:18:00 PTG
Kedahkini
Menara UMNO tu harta Kerajaan yang dijadikan harta UMNO rupanya..

Sudah menjadi lumrah bagi para pencacai UMNO untuk menganggap apa saja milik Kerajaan Malaysia itu adalah milik UMNO.. 

Oleh itu kita telah menyaksikan berbagai kemudahan awam contohnya ialah Dewan Orang Ramai dan juga berbagai peralatan didalamnya dijadikan milik UMNO oleh macai-macai UMNO sedangkan ianya dibina untuk kemudahan orang ramai.. 

Insiden runtuhnya satu antena telekomunikasi yang dipasang diatas sebuah menara yang dikenali sebagai Menara UMNO di Pulau Pinang yang mengorbankan satu nyawa di Pulau Pinang telah mendedahkan meskipun ianya dinamakan Menara UMNO tetapi bangunan tersebut bukanlah milik UMNO..
anaksungaiderhaka.
Baca apa yang dilaporkan oleh BERNAMA ini.. 

GEORGE TOWN: Pemilik bangunan Menara Umno, JKP Sdn Bhd (JKP) akan mengalihkan sisa rasuk yang masih tergantung di bangunan itu hari ini bagi membolehkan kerja pembersihan jalan di kawasan bangunan itu. 

Lewat petang semalam, sebuah penebat kilat sepanjang 20 meter yang terletak di atas bangunan menara itu di Jalan Macalister di sini runtuh akibat angin kencang mengakibatkan jalan rosak selain menghempap beberapa kenderaan. gambar dan video sila lihat di SINI

Ketua Pegawai Eksekutif JKP Adzmi Ariffin berkata pihaknya telah menyewa sebuah kren untuk tujuan itu dan meminta semua pihak bersabar sehingga kerja-kerja mengalih rasuk itu selesai. 

Adzmi berkata bangunan 21 tingkat itu yang siap dibina pada 1997 dan dibeli daripada Amanah Capital Bhd pada 2005 itu kukuh kerana kerja penyelenggaraan dilakukan secara berkala dan menyifatkan insiden runtuhan itu sebagai bencana alam. 

Bangunan itu yang menempatkan pejabat, syarikat dan kolej swasta dijadual beroperasi seperti biasa pada Isnin ini kerana bahagian yang terjejas hanyalah penebat kilat itu sahaja, katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian ~ BERNAMA
Apa yang BERNAMA dedahkan diatas ialah bangunan itu adalah milik JKP Sdn. Bhd.

JKP ini pula milik siapa??
JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) telah ditubuhkan pada 12 Julai 1995 dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). 

JKPSB juga merupakan agensi pelaksana kepada Majlis Pembangunan Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang yang dulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (JKP). 

Peranan JKPSB meliputi fungsinya sebagai Pemilik Tanah, Agen Pembangunan dan Pengurus Harta. 

Penubuhan JKPSB adalah bertujuan untuk melaksanakan program dan projek sosio-ekonomi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang yang bertujuan untuk kepentingan masyarakat Bumiputera di Negeri Pulau Pinang supaya tidak tersisih dari arus pembangunan ekonomi negeri yang berkembang dengan pesat. 

JKP Sdn Bhd yang di pengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Dato' Zainal Abidin Osman ~ Sumber Info dari SINI
JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) adalah dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). 

Adakah Menteri Kewangan Diperbadankan itu milik UMNO?.. bukan.. ianya adalah milik Kerajaan Malaysia..

Oleh kerana ianya milik Kerajaan Malaysia, wang yang diguna untuk memiliki bangunan itu sudah tentu datangnya dari cukai yang dikutip dari rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik..

Tetapi oleh kerana sudah biasa menjadikan harta Kerajaan Malaysia itu harta UMNO dan harta UMNO itu harta mak bapak depa.. bangunan milik Kerajaan itu dinamakan sebagai Menara UMNO..
anaksungaiderhaka.
Read More

Ribut: Menara antena atas bangunan Umno tumbang, seorang maut

Jumaat, 14 Jun 2013

Bernama melaporkan angin kencang dan hujan lebat yang mengakibatkan tiang antena itu runtuh, telah mencederakan tujuh penguna jalan raya, dua daripadanya parah.
  

Ribut melanda Pulau Pinang lewat petang ini dan menumbangkan menara di atas bumbung bangunan Umno negeri di Jalan Macalister, mengakibatkan seorang maut dan lapan lagi cedera.
NONE
Struktur tersebut yang terletak di atas bumbung bangunan 21 tingkat itu, jatuh di atas jalan raya.

Balai Bomba Lebuh Pantai berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.55 petang dan sebuah jentera bersama tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian.

Menurut jurucakap Balai Bomba Lebuh Pantai, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori muatan tong gas rosak dalam kejadian lewat petang ini.    

Kejadian itu menyebabkan kerosakan besar di Jalan Macalister yang terletak di tengah-tengah bandaraya George Town.

 Tong-tong gas yang jatuh dari lori yang dihempap serpihan menara tersebut berselerak di atas jalan.'

Pihak berkuasa telah mengesahkan bahawa seorang - Jahir Hussain Sulaiman, berumur 46 - meninggal dunia akibat terkena serpihan yang jatuh.

Beliau adalah salah seorang pemandu lori yang ditimpa serpihan tersebut di Jalan Macalister.
NONE
Pihak berkuasa juga mengesahkan seorang lagi meninggal dunia dalam kejadian berasingan di Air Hitam, tetapi juga disebabkan oleh ribut.

Wong Tze Chow, 33, meninggal dunia selepas ditimpa sebatang pokok yang jatuh tumbang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pula berkata, pihak polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu untuk segera mengambil langkah keselamatan.

Dalam kenyataan audio kepada media, Lim berkata setakat yang diketahui, hanya seorang yang cedera serius dan telah dihantar ke hospital.

Lim menggesa Umno negeri supaya segera membuka bangunan itu supaya tindakan segera yang boleh diambil untuk mengelakkan lebih bahagian bumbung jatuh.
NONE
Sementara itu, Bernama melaporkan angin kencang dan hujan lebat yang mengakibatkan tiang antena itu runtuh, telah mencederakan tujuh penguna jalan raya, dua daripadanya parah.
    
Sementara itu, ketika dihubungi, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin berkata, beliau dimaklumkan bahawa antena di atas bangunan itu telah runtuh.

Terdapat banyak pejabat di dalam bangunan itu dan pejabat Umno terletak di tingkat enam dan tujuh.

"Ia adalah satu kemalangan, satu bencana alam," katanya.

Apabila diberitahu ada yang dipercayai cedera parah dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan, Shaik Hussein mendoakan mangsa terbabit cepat sembuh.

"Kami akan menilai situasi dan melihat apa yang perlu dilakukan," katanya.
NONE
Sementara itu, Bernama  melaporkan Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam kejadian itu mengakibatkan tujuh kenderaan termasuk sebuah lori pikap rosak teruk akibat dihempap pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu dan pemandu lori berkenaan cedera parah.  
    
"Di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.
    
"Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian malam ini.
NONE
Abdul Rahim berkata kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.
    
Beliau berkata agensi kerajaan akan memberi bantuan segera bagi memulihkan keadaan dan beliau menyeru orang ramai agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
    
"Masyarakat jangan marah kepada keadaan lalulintas yang sesak dan saya akan pastikan jalan laluan berjalan dengan lancar dalam masa yang singkat," katanya.
    
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai Ismail Mohd Zain berkata: "Apabila sampai, kita dapati pemancar telekomunikasi di atas bangunan ini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan. Yang cedera parah adalah daripada lori
pikap yang membawa tong gas, yang lain-lain cuma cedera ringan.
    
"Buat masa ini keadaan kembali stabil cuma kita nak kosongkan kawasan ini dan nak tinjau bangunan. Setakat ini, pada zahirnya bangunan ini selamat kerana yang jatuh itu adalah alat komunikasi yang dipasang bukan struktur bangunan," katanya.
    
Saksi kejadian, Imam Masjid Pakistan Hafiz Mohamad Akhlaq, 32, berkata ketika kejadian beliau berada di dalam masjid sebelum mendengar bunyi kuat seperti gempa bumi.
  NONE
  "Nasib baik saya berada di dalam masjid kerana selalunya saya akan duduk di luar kawasan masjid sementara menunggu waktu Maghrib. Selepas mendengar bunyi kuat itu saya dapati antena telekomunikasi menghempap sebuah kereta," katanya.
    
Seorang lagi saksi yang turut berada di dalam masjid itu, Mohd Yasin Hamid, 59, berkata beliau bersyukur kerana pemancar telekomunikasi itu tidak menghempap masjid kerana masjid itu terletak di hadapan Bangunan Umno.
    
"Memang satu keajaiban kerana pemancar itu tidak jatuh menghempap masjid ebaliknya jatuh ke jalan raya," katanya.
SKMM: Penebat petir runtuh, bukan menara komunikasi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa menara yang runtuh akibat ribut dan menyebabkan seorang maut di Jalan Macalister, Pulau Pinang semalam bukan menara telekomunikasi seperti yang dilaporkan oleh pihak media.

Dalam satu kenyataan, ia berkata, pegawai dari Pejabat  Wilayah Utara SKMM telah bergegas ke tempat kejadian dan mendapati ia bukan struktur menara telekomunikasi.
NONE


Sebaliknya, Ketua Pejabat Wilayah Utara, SKMM, Ahmad Nor Hisham Mohd Yusop berkata ia adalah sebuah penebat petir yang telah direkabentuk secara kosmetik bagi penampilan lebih sesuai.

“Memang sah struktur yang runtuh adalah bukan struktur telekomunikasi.

"Tapi ianya adalah ‘lightning arrestor’ dibina dalam bentuk kosmetik. Struktur pemegangnya juga telah runtuh menghempap jalan,” kata Ahmad Nor.

Dalam kejadian semalam, ribut yang melanda Pulau Pinang telah menumbangkan menara di atas bumbung bangunan Umno negeri di Jalan Macalister, mengakibatkan seorang maut dan lapan lagi cedera.

Struktur tersebut yang terletak di atas bumbung bangunan 21 tingkat itu, jatuh di atas jalan raya.
Malaysiakini.

Jenazah insiden runtuhan penebat kilat di Menara Umno dikebumikan
Jenazah Jahir Sulaiman, 46, yang meninggal dunia akibat ditimpa serpihan konkrit penebat kilat di Menara Umno yang terjatuh dalam kejadian angin kencang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak di Georgetown selepas solat Asar hari ini.

Sementara itu, abang ipar Allahyarham, Mohd Mohideen Mohd Syeriff, 54, berkata dia terkilan kerana hasrat adik iparnya yang berasal dari Chennai, India untuk menyambut Ramadan di kampung halamannya tidak kesampaian.

"Adik ipar ada kata kepada saya dia nak balik Julai ini dan sambut Ramadan bersama keluarga di sana. Lagipun dia belum pernah pulang ke India sejak bekerja di sini selama dua tahun," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang di Georgetown.

Semasa kejadian lewat petang semalam adik iparnya itu yang bekerja sebagai kelindan lori gas bekerja lebih masa untuk mengumpul wang lebih untuk pulang ke kampungnya nanti, katanya dengan sayu dan menurutnya biasanya Allahyarham pulang ke rumah 5 petang.

Mohd Mohideen yang merupakan warga Malaysia berkata Allahyarham seorang yang ringan tulang dan sering membantu di gerai supnya di Padang Brown di sini.

Pada 6.45 petang semalam, lori yang dinaiki Jahir dihempap penebat kilat di atas bangunan Menara Umno di Jalan Macalister di Georgetown dalam kejadian angin kencang, mengakibatkan kepalanya cedera parah manakala pemandu lori itu cedera ringan.

Jahir disahkan meninggal dunia sebaik tiba Hospital Pulau Pinang dan meninggalkan seorang isteri, Siti Thaj Nisa, 42, dan dua anak perempuan, Benazir, 19, dan Femina, 8.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif JKP Sdn Bhd Adzmi Ariffin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berkata syarikat itu selaku pemilik bangunan Menara Umno akan menghulurkan bantuan termasuk kewangan kepada keluarga Allahyarham.
-Bernama
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena