Showing posts with label Mo1. Show all posts
Showing posts with label Mo1. Show all posts

Tuesday, 5 September 2017

[Video Menjelang lawatan Najib, Washington Post siar kritikan keras] Bekas Duta AS - Kami tahu siapa MO1 & Bekas Adun Umno dijangka bertanding semula di Kempas atas tiket PH

Rabu, 6 September 2017

Foto Suara Rakyat.
Krikk.. Krikk.. Krikk..

MASIH INGAT !!
Pada September tahun lepas Rahman Dahlan sendiri akui #MO1 memang Najib..

“Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu,” kata Datuk Abdul Rahman Dahlan (1/9/2016).

Bekas Adun Umno dijangka bertanding semula di Kempas atas tiket PH

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Johor Datuk Osman Sapian dijangka bertanding semula di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kempas pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Osman yang kini Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor merupakan bekas Adun Kempas selama tiga penggal.
Bayangan mengenai kemungkinan beliau bertanding semula di Dun berkenaan disuarakan dalam satu program bersama bekas kepimpinan Umno Permai di Flat Kempas Permai baru-baru ini.
Adun Kempas
Menurut bekas ketua Umno cawangan, Ibrahim Ismail, 53, keputusan untuk mencadangkan Osman bertanding semula di Dun Kempas disambut baik oleh penduduk setempat.
“Datuk Osman adalah calon terbaik untuk bertanding di Dun Kempas ini kerana pengaruh Datuk Osman kuat di sini termasuk beberapa cawangan Umno yang selama ini didirikan oleh beliau.
“Beliau boleh menggegarkan pengaruh Ketua Bahagian Umno Pulai yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan, yang selama ini adalah lawan Datuk Osman semasa beliau dalam Umno dulu.
“Saya menyokong penuh Datuk Osman untuk bertanding di Dun Kempas dan saya yakin beliau boleh menang di DUN ini kerana jasa beliau terhadap penduduk Kempas sangat-sangat dihargai serta diingati oleh penduduk Kempas,” Ibrahim Ismail ketika ditemui.
(loadposition myposition)
Tidak dicalon kerana berbeza pendirian
Sementara itu, Osman dalam ucapannya membayangkan kesediaan untuk dicalonkan sebagai calon Dun Kempas dalam PRU14 bagi menyambung khidmat yang telah dilaksanakan sebelum ini.
Dalam PRU13, Osman tidak dicalonkan Umno kerana aliran pandangan beliau ketika itu dilihat bertentangan dengan Ketua Bahagian Datuk Nur Jazlan Mohammad.
Bekas calon Pas di Kempas pada PRU12 dan PRU13 Suhaizan Kaiat yang kini Ketua Amanah Pulai berpendapat, kehadiran Osman di Kempas akan memperteguh lagi Pakatan Harapan Pulai.
Menurut Suhaizan lagi, gerak kerja pilihan raya dan penerangan PH Pulai telah mula berjalan serta gandingan mantap semua komponen PH di Pulai boleh dilihat menggantikan BN di Parlimen Pulai dan Dun Kempas termasuk mempertahankan DUN Pengkalan Rinting yang disandang oleh YB daripada DAP.
Read More

Tuesday, 11 July 2017

[Video Hanya yang bangang sahaja tak kenal Najib sebagai MO1] Dulu Menjelang PRU13 FITNAH insiden #LahadDatu! Kini dah nak PRU14 Zahid Hamidi masih membisu?

Selasa, 11 Julai 2017

Foto Suara Rakyat.

Dalam riwayat, hadis tersebut berbunyi:

عن ابي هريرة ان رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : اية المنافق ثلاث اذاحدث كذب واذا وعد اخلف واذ تئمن خان

Maksudnya: Dari Abu RA. Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tanda orang munafik ada tiga: apabila berkata dusta, apabila berjanji ingkar DAN apabila diberi amanat khianat.

"Tuhan akan laknat kita jika kita menipu rakyat", kataNajib Razak (14/10/2012).

Cepat atau lambat laknat itu hanya Allah saja Yang Maha Mengetahui..

Foto Suara Rakyat.

MASIH INGAT..
FITNAH insiden #LahadDatu sebelum PRU13 ketika kedudukan BN di Sabah begitu genting.

MASIH INGAT..
Tuduhan Zahid Hamidi pada 29 April 2013 (sebelum PRU13).. "3 nama pemimpin pembangkang dalang insiden Lahad Datu akan didedah selepas PRU13".. HINGGA KINI nak menjelangnya PRU14 Zahid Hamidi terus membisu..

Terpulanglah pada rakyat utk melakukan perubahan#UBAH #TolakBarisanNasional #PRU14

Foto Suara Rakyat.




SEKALI LAGI !!.. Harga roti Gardenia naik lagi.. Syuuuukur.

Kata-kata pendusta pemimpin2 munafik..

"Harga barang boleh turun dengan GST" -Ahmad Maslan (31/3/2015)

"GST bukan bertujuan membebankan rakyat" -Najib Razak (10/9/2014).

**Note: Roti Gardenia yg dikenakan GST mahupun tiada, kesemuanya TETAP NAIK HARGA !!

Terpulanglah pada rakyat utk melakukan perubahan#UBAH #TolakBarisanNasional #PRU14
Read More

Monday, 24 October 2016

[Video] Bahas Bajet 2017: Kami diselar 'keluar dewan' tapi Najib tidak hadir hari ini.

Isnin, 24 Oktober 2016


Image result for Gambar Bajet 2017

'Kami dikritik keluar dewan, tapi Pekan tak hadir pun hari ini'

Ketua pembangkang menyelar tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak hadir mendengar ucapannya ketika membahaskan Belanjawan 2017 di parlimen hari ini.
“Kami diselar kerana ‘keluar dewan’ tetapi hari ini YAB Pekan (Najib) tidak hadir pun ke dewan,” kata Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Jumaat lalu, pembangkang keluar dewan ketika Najib yang juga menteri kewangan membentangkan Belanjawan 2017.
Ia berlaku selepas kekecohan dalam Dewan Rakyat apabila pembangkang mengangkat plakad “Siapa MO1”.
Pembangkang bertindak demikian selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata pihak yang tidak mahu mendengar pembentangan itu boleh keluar dewan.

Azizah hari ini berkata, sepanjang Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan menteri kewangan sebelum ini, tidak pernah sekalipun beliau tidak hadir ketika ketua pembangkang membahaskan belanjawan.
“Ini jelas menunjukkan ketokohan dan jiwa besar beliau yang bersifat terbuka untuk menerima kritikan dan teguran daripada pihak pembangkang.

“Sahsiah sebegini penting dalam amalan demokrasi kerana negara memerlukan kerajaan dan pembangkang supaya wujud semak dan imbang yang berkesan.

“Ini barulah kematangan dalam sistem demokrasi,” kata isteri Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh.
Malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena