Showing posts with label Nik Abduh. Show all posts
Showing posts with label Nik Abduh. Show all posts

Friday, 8 February 2019

[Video PERAK FA vs KEDAH FA 1-1] Nik Abduh, Husam & Nasharudin dipanggil SPRM, tetapi SPRM pulak terlupa kat Husam! Tok Lebai, TAK LARI LAH GUNUNG DIKEJAR biasherrr biasherrr aje.

Sabtu, 9 Februari 2019

Nik Abduh, Husam & Nasharudin Dipanggil SPRM

No photo description available.
Image may contain: text
TAK LARI GUNUNG DIKEJAR
SPRM terlupa kat Husam kot... 
Ada orang tertanya-tanya kenapa Husam Musa tidak hadir ke pejabat SPRM hari ini. Kenapa, sudah kepanasan dan mahu Husam ditarik samakah? Pagi-pagi tadi saya juga ditanya oleh kawan jam berapa Husam akan hadir ke pejabat SPRM. 

Saya jawab tidak tahu, dan tidak pun mendapat apa-apa maklumat daripadanya.Selalunya jika ada apa-apa yang penting, saya dimaklumkan sama ada oleh beliau sendiri atau rakan lain. Misalnya perbicaraannya di Kota Bharu yang saman pemimpin Pas dibertahu akan berlangsung 16hb ini. 

Apabila tiada maklumat saya menganggap, ia tidak isu penting. Laporan media massa, bukan tepat dan ia hanya andaian sahaja. Dengar boleh tetapi jangan mudah percaya. Sebaiknya kita menghadam maklumat gunakan akal dan etika kita sendiri. 

Mengenai Husam ada keperluan untuk dia dipanggil kerana dia ada maklumat mengenai isu RM90 juta. Bukan sahaja Husam sesiapa ada maklumat akan dipanggil membantu siasatan. 

Satu perkara yang perlu difahami, apabila SPRM membuka kertas siasatan bermakna pihaknya sudah bersedia. Sudah ada bukti-bukti awal. SPRM tidak akan melakukan kerja sia-sia seperti menanam pisang pucuk ke bawah. Proses menyiasat diteruskan sampai ke akar umbi. Dan mana-mana penting akan dicari hingga ke lubang cancing. 

Seperti mana kata Husam dalam Facebooknya, SPRM sudah tentu dibekalkan dengan maklumat mencukupi untuk memulakan siasatan. Ingat kes ini bukan baru selama tetapi sudah lebih dua tahun. 

Soal mereka terbabit akan didakwa atau tidak bergantung kepada hasil siasatan. Dan tidak bermakna mereka yang dipanggil hari ini tidak dipanggil untuk seterusnya. Bila ada maklumat baru SPRM akan memanaggil mereka dan juga yang lain termasuk presiden dan timbalan presiden Pas. 

Harap semua boleh faham prosuder ini apa lagi orang bernama pemimpin. Kalau pemimpin kanan pun tidak cerdik, macam mana mereka hendak diharap memimpin parti. - mso 
TS.
Read More

Thursday, 3 May 2018

[Video TERKINI~ Mat Sabu Bersama Rakyat Bachok, KELANTAN] Nik Abduh, ente tahu ana tahu! Professor Kangkung leher kejang jangan jadi batu api dalam ulasannya & Najib melakukan upacara 'pecah amanah' Hospital Pendang dah 18 tahun janji.

Jumaat, 4 Mei 2018

NIK ABDUH MENDERA BONDA?


Bonda yang sudah berusia,  lagi sakit patutnya Nik Abduh nasihatkan supaya berehat dan lebihkan masa di tikar sembahyang, main dengan cucu² daripada turun padang sebok berpolitik.

Masa untuk bonda berpolitik sudah berlalu,  bersikap adil dan restu semua anak².
Turun berkempen nak apa lagi,  undi simpati?

Bonda tolong nasihatkan nik abduh,  jangan termakan budi umno,  akhirnya body tergadai jadi abu, ente tahu ana tahu.

Nik abduh jangan peralatkan bonda sendiri untuk parti,  mimpi hadi, nik aziz kudung kaki sebelah sangat mengaibkan dan tidak dibela sewajarnya oleh waris. 

Dalam masa yang sama professor kangkung leher kejang turut jadi batu api dalam ulasannya. 

Posted by 

RABU – Rakyat Akan Buang Umno

A Kadir Jasin


UMNO-Barisan Nasional (BN) walaupun sudah hilang kedudukan sebagai kerajaan bermandat tapi ia terus menggunakan jentera kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk berkempen.

Ini adalah perbuatan yang menyalahi undang-undang dan amalan demokrasi.

Tetapi ini tidaklah menghairankan pasal kerajaan Umno-BN di bawah (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) atau Pendekar Bugis, Mohd Najib Abdul Razak adalah kerajaan kleptokrasi – kerajaan yang mencuri.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.] 


Majlis dan pesta yang membabitkan jabatan kerajaan dan GLC serta GLIC terus diadakan dengan dihadiri oleh Najib sendiri.


Perbuatan ini bercanggah dengan semangat Perlembagaan yang memberi kuasa terhad kepada kerajaan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan dan pilihan raya baru dipanggil.

Namun kerajaan yang mencuri berbilion duit rakyat dan kemudian membebankan GST ke atas mereka tidaklah boleh diharapkan untuk menghormati semangat Perlembagaan itu.

Kalau mereka boleh melakukan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tanpa berasa malu atau berdosa, apalah sangat menyalahgunakan jabatan dan agensi kerajaan untuk kempen pilihan raya.


Penyalahgunaan kuasa dan perlanggaran konvensyen ini adalah sambungan kepada berbagai-bagai tindakan songsang kerajaan Umno-BN bagi mempersundalkan demokrasi demi mengekalkan kuasa.

Kita masih ingat bagaimana kerajaan kleptrokrasi menggunakan pelbagai tipu helah untuk tidak mendaftarkan Pakatan Harapan (PH) setelah melihat bagaimana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau parti bunga raya mendapat sambutan luar biasa dan spontan daripada orang Melayu.

Umno-BN amat takut pakatan pembangkang menggunakan simbol tunggal seperti yang dilakukan oleh Umno-BN untuk sekian lama.


Dengan memperalatkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), kerajaan kleptokrat Umno-BN (ada orang kata singkatan BN itu bermaksud Bini Najib) telah membubarkan PPBM.

Umno-BN melihat PPBM sebagai pemangkin pakatan pembangkang walaupun di hadapan orang Melayu ia berkata PH dipacu oleh DAP.

Alhamdulillah niat buruk Umno-BN itu digagalkan oleh Mahkamah Tinggi yang mengarahkan supaya perintah ROS terhadap PPBM itu dibatalkan.

Umno-BN lagilah kecut perut apabila parti-parti PH bersetuju menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai simbol tunggal mereka.



Umno-BN sekali lagi mencari helah baru untuk menggagalkan usaha PH.

Pada hari penamaan calon 28 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah hilang akal dalam usaha menyulitkan calon-calon PH-PKR mendaftar diri sebagai calon.

Alhamdulillah, sekali lagi niat jahat Umno-BN gagal kerana hanya seorang calon Parlimen PH dan enam calon Dewan Undangan Negeri disekat daripada bertanding atas pelbagai alasan teknikal.

Sabotaj Umno-BN ini akan berterusan sehinggalah selepas pusat-pusat mengundi ditutup pada jam 5 petang 9 Mei ini.


Pelbagai tipu helah dan taktik kotor akan mereka gunakan. Pihak PH telah mendapat maklumat bahawa ada tukang kempen Umno-BN berbohong kepada orang kampung dengan mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad masih menggunakan lambang dacing.

Malah mereka sanggup berdusta kepada orang kampung yang mereka anggap bodoh bahawa jika mereka nampak Tun Dr Mahathir dengan lambang PKR, itu sebenarnya adalah palsu dan berupa sabotaj pembangkang terhadap Dr Mahathir.

Hatta ketika pengundian sekali pun mereka akan cuba menggagalkan hasrat rakyat untuk berubah dengan menggunakan taktik kotor dan ancaman.

Ketika mengira undi, ejen-ejen Umno-BN akan menggunakan pelbagai tipu helah untuk mendapatkan setiap undi bagi calon mereka khususnya dalam kiraan undi ragu.


Dulu ketika mereka kuat, Umno-BN mengatakan bahawa pilihan raya adalah bebas dan undi adalah rahsia. Sekarang bila mereka sedar mereka akan kalah, mereka gertak pengundi bahawa undi mereka boleh dikesan.

Sasaran utama kempen tipu ini adalah orang kampung, peneroka Felda, kakitangan awam, anggota polis dan tentera.

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, yang kini adalah Naib Presiden PPBM berulang kali memberi jaminan bahawa undi adalah rahsia dan SPR tidak akan tahu siapa mengundi parti mana.


Jadi beliau berkata, jangan takut untuk mengundi menjatuhkan BN.

Umno-BN juga akan terus tabur duit. Bukan duit Najib tapi duit kita sendiri yang dikutipnya melalui GST dan macam-macam lagi cukai dan yuran.

Umno-BN bagi kita ambil. Tak cukup minta lagi. Takkanlah harga diri kita hanya dua kilo beras pecah dan satu kilo gula?

Hampir dengan hari mengundi, Umno-BN mungkin hantar lori bawa segala macam peralatan elektrik percuma. Ambil tapi jangan jadi hamba dan pengemis dengan mengundi BN. Ambil habuan kita tapi jangan pangkah dacing.

Akhir sekali kita yang mahukan perubahan untuk menyelamat dan membina semula negara kita yang dicintai ini kenalah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan sekiranya Umno-BN kalah tipis.


Pelbagai tipu helah dan provokasi akan mereka lakukan untuk mensabotaj kehendak rakyat jelata.

Selebihnya kita berserah kepada Allah yang Maha Esa agar niat baik kita diberkati dan kita dijauhi segala musibah.

Ingat Rabu – Rakyat Akan Buang Umno.

Insya Allah.

Posted by 

Read More

Tuesday, 21 July 2015

Mengapa di parlimen ustaz kurang bercakap? Jom kenali Nik Abduh...

Selasa, 21 Julai 2015

Jom kenali Nik Abduh

Selamat Hari Raya Likers-ku!! Dia: Mengapa ustaz banyak menulis, kurang berucap? Saya: Saya ada 10 jari. Lidah...

Selamat Hari Raya Likers-ku!!
Dia: Mengapa ustaz banyak menulis, kurang berucap?
Saya: Saya ada 10 jari. Lidah satu je.
Dia: Di parlimen pun ustaz kurang bercakap?
Saya: Saya mahu dikenali sebagai kurang bercakap. Pemimpin yang banyak mendengar lebih berkesan berbanding pemimpin yang banyak bercakap.
Dia: Jadi ustaz tak kisah FBkers marah ustaz kurang bercakap?
Saya: Mereka semua motivator saya. Tanpa mereka, saya hilang tajam sengat di jari.
Dia: Apa tujuan ustaz menulis?
Saya: Saya niat buang sampah dan duri di atas jalan raya maya.
Dia: Itu je?
Saya: Tu pun dah tak larat. Banyak otak bocor pijak duri di alam maya. Jenuh saya sapu duri (fitnah). Tampal otak bocor pun kadang-kadang saya buat, part time.
Dia: Ramai yang hentam ustaz!
Saya: Politician sometimes loves trouble! haha..
Dia: Mengapa?
Saya: Tanya la GHB kiki..
Dia: Ustaz boleh sabar dengan kata-kata kesat mereka ya?
Saya: Mereka lagi sabar baca tulisan saya. Mereka tak 'left group' la..
Dia: Mengapa ustaz tak 'block' je mereka? Saya pun naik darah!
Saya: Tu cara saya berterima kasih kepada mereka kerana baca setiap entry saya. Bukan senang nak dapat likers tegar macam mereka.
Dia: Apa ustaz fikir tentang mereka?
Saya: Mereka tak kenal saya. Kalau kenal, mereka akan setuju saya adalah kawan yang berguna. Boleh jadi, ada yang akan jadi pendukung saya yang ekstrim!
Dia: Harapan ustaz buat semua rakan-rakan di FB dan Pages?
Saya: Tekuni tulisan saya. Ia sesuai untuk Malaysia tercinta.

   Comment
  • Aliff Ashraff Dia: Jika dia banyak mendengar, apa tugas dan isu yang dia fokus di Parlimen? 
    Saya: Entah, kdg-kdg tak terasa kehadiran dia di Parlimen. Hanya makan gaji dan elaun setiap bulan saja.
    406 · 15 hrs · Edited
  • Afzam Ghani Saya tahu bakpo ustaz x bercakap dlm parlimen... Psl ustaz x pnah ambik tahu pun apo masalah rakyat di pasir mas.. Jadi, ustaz pun x tahu ler nok kecek gapo pun.. Setakat tulis dlm fb bukan ada weightage pun...
    252 · 20 hrs
  • Hantwo Dimana Dia: kenapa kaku depan UMNO dan BN diparlimen

    Saya: suruh diorang tgk FB saya..sy makan gaji untuk menaip di fb shj...
    233 · 19 hrs
  • Amz Seiji Ahli parlimen tugasnya membawa masalah rakyat..berhujah..bukan byk mendengar..kalo sekadar byk mendengar baik duk rumah tgk dlm tv..xyah jd ahli parlimen
    160 · 20 hrs · Edited
  • Ahmad Saifuddin Amran Rakyat mengundi tuan untuk menyuarakan hasrat rakyat di Parlimen.

    Hudud tidak dapat tertegak dengan ulama yang bisu.
    148 · 17 hrs · Edited
  • Mohd Fadhil Hariri Ini cara kita...pergi parlimen untuk berhujah dan berbahas tentang masalah rakyat....bukan susah pun....tak suruh jadi Umar AlKhattab meronda kota setiap malam...kalau berbahas berhujah pun malas, letak jawatan sajalah....ramai lagi manusia sanggup pikul AMANAH Allah ni...
    137 · 20 hrs
  • Irham Ibrahim Orang pilih ahli Parlimen. Bukan pilih penulis.

    Berkat ke Gaji macam tuh?
    126 · 19 hrs
  • Muammar Qaddafi apa nik abduh fikir tulisan kamu tu bkualitii ke? bahkan tulisan diatas pun tak thu apa kpentingannya atas kapasiti hang sbg mp..

    semua yg baca tulisan ko lah yg jadi pembenci tegar ko..sbb setiap kali ko tulis org nampak ahmad maslan bcakap..
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena