Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Thursday, 12 February 2015

Kesihatan TG Nik Aziz kembali merosot...

Khamis, 12 Februari 2015
Image result for Gambar nik aziz
Perkembangan Kesihatan Ayahanda

Tahap kesihatan ayahanda menurun selepas jalani rawatan pada ulsernya semalam. Doktor sedang berusaha stabilkan. Saya tidak pasti samada ayahanda akan dibenarkan pulang pada pagi esok sebagaimana dijadualkan. Saya tunggu pengesahan doktor.

Doakan semoga ayahanda sihat kembali.
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
22 Rabiul akhir 1436H/12 Februari 2015

Kesihatan Nik Aziz kembali merosot


Tahap kesihatan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini kembali merosot, kata anaknya, Nik Mohamad Abduh.

“Tahap kesihatan ayahanda menurun selepas jalani rawatan pada ulsernya semalam. Doktor sedang berusaha stabilkan.

“Saya tidak pasti sama ada ayahanda akan dibenarkan pulang pada pagi esok sebagaimana dijadualkan.

"Saya tunggu pengesahan doktor,” kata Nik Mohamad Abduh di Facebook.

Bekas menteri besar itu, yang turut mengidap kanser prostat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kota Bharu pada 19 Januari lalu.

Tahap kesihatannya merosot ketika bah besar melanda negeri itu.

- mkini
Read More

Wednesday, 21 January 2015

Utusan Online nafi keluarkan berita kematian Nik Aziz...“Ayahanda dalam wajah ceria menjawab, Alhamdulillah, moga kembali sihat," Nik Abduh

Khamis, 22 Januari 2015

Tiap Kali Tersedar Tok Guru Tanyakan Waktu Solat Dan Minta Baca Al-Quran


Kuala Lumpur: “Ketika bercakap dengannya, saya sampaikan salam daripada beberapa pemimpin parti dan negara yang menghubungi saya. Saya nyatakan bahawa seluruh rakyat Malaysia sedang mendoakan untuk ayahanda.

“Ayahanda dalam wajah ceria menjawab, Alhamdulillah, moga kembali sihat," kata Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam coretannya di laman Facebook malam ini.

Menurutnya, ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam keadaan baik.

“Doktor berusaha memastikan ayahanda minum lebih banyak untuk menambah tenaga dan garam dalam tubuh yang agak menurun.

“Beliau acap kali sedar, mampu bertanya khabar. Setiap kali sedar beliau akan bertanya mengenai waktu solat dan minta diperdengarkan bacaan al-Quran oleh ahli keluarga dan beliau beberapa kali menegur bacaan yang silap,” katanya.

Nik Abduh berkata, ada tetamu yang hadir berpeluang berkomunikasi dengan ayahnya.

Sebelum ini akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Pagi tadi, bekas Menteri Besar Kelantan itu bertambah baik apabila sedar sepenuhnya.

Beliau sempat menunaikan solat Subuh dan bersarapan dengan minum teh.

- hmetro
BLM

Utusan Online nafi keluarkan berita kematian Nik Aziz

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Utusan Online menafikan ada mengeluarkan berita mengenai Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia seperti didakwa oleh sebuah blog yang kemudian tersebar di media sosial sejak semalam. 

Sebaliknya, bekas Menteri Besar Kelantan yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dilaporkan sudah sedarkan diri hari ini dan keadaannya semakin stabil. Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh berkata, ayahnya sudah mampu untuk menunaikan solat subuh pada pagi ini dan tahap kesihatannya semakin baik. 

Semalam, sebuah blog telah mengeluarkan kenyataan berhubung kematian Nik Aziz dengan memetik sumber daripada Utusan Online. - UTUSAN ONLINE
Read More

Nik Abduh: TG Nik Aziz semakin pulih dan sudahpun mampu bangun untuk bertegur sapa pagi ini...

Rabu, 21 Januari 2015

TG Nik Aziz semakin pulih


Anak kepada mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bapanya itu kini beransur pulih dan sudahpun mampu bangun untuk bertegur sapa pagi ini.

Nik Mohamad Abduh berkata, bapanya itu bagaimanapun masih dalam rawatan rapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

"Alhamdulillah, pagi ini ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan semakin positif terhadap semua rawatan yang diberikan.

"Ayahanda sedar awal pagi tadi, solat Subuh, minum teh O, bertanya khabar beberapa ketika dan mengukir senyum.

"Selepas tidur kembali, beliau sedar dan minta untuk minum lagi," kata MP Pasir Mas itu lagi dalam tulisan di Facebook.

Sementara itu, laporan Bernama menyebut, Nik Abduh juga berkata doktor meminta ahli keluarga menderma darah sebagai persediaan.

"Pemeriksaan melalui CT scan juga normal, cuma doktor meminta anggota keluarga yang sihat supaya menderma darah untuk persediaan jika keadaan memerlukan," katanya kepada pemberita di hospital itu hari ini.

Katanya, bapanya turut bertanyakan mengenai tahap kesihatannya sepanjang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Neuro itu.

Nik Abdul Aziz, 84 dimasukkan ke unit rawatan tersebut semalam.

Menurutnya Nik Abdul Aziz sudah lama menghidap kanser prostat dan penyakit itu dapat dikawal selepas rawatan berterusan dilakukan.

Beliau berkata pelawat yang mahu menziarahi bapanya akan dibenarkan berbuat demikian oleh pihak hospital dan keluarganya sahaja.

"Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan untuk kesihatan ayahanda," katanya.

Malam tadi, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan melawat Nik Abdul Aziz.

Nik Abdul Aziz, yang menjadi menteri besar Kelantan sejak 1990, menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya Datuk Ahmad Yakob selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013 lapor Malaysiakini
Posted by Anak Sungai Derhaka 
Read More

Tuesday, 20 January 2015

Banjir membawa kita ke negeri ini...Ziarahilah selagi Tok Guru masih ada...

Selasa, 20 Januari 2015
31 mins · 
 

Semoga Allah berikan yg terbaik utk Tok Guru...


Semoga Allah s.w.t. akan sentiasa memberi kesihatan yang baik kepada tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat & kita semua ... Aminn~

Nukilan Raja Shamri

datanglah ... ziarahilah dia selagi dia masih ada
kerana dia terlalu uzur ....
pengorbanannya terlalu besar ...
keujudannya satu sejarah

Lagendanya pasti tidakkan hilang
seorang tua yg penuh kasih sayang
tinggi ilmu agama dan tegas prinsipnya
dihormati rakan dan musuh.
sumber rujukan pelbagai bangsa dan agama
pemimpin bersih tanpa gejala
menyatukan umat mendoakan sejahtera

Banjir membawa kita ke negeri ini
Ziarahilah dia sebelum pulang
Ketepikan perbezaan kerana syurga hanya satu

Tengoklah walau dari jauh
Kerana dia terlalu lemah untuk menyapa kita
Jadilah kita antara lipatan sejarah
antara manusia yg sempat menemuinya.

Ayahda ...
Ku dengar pesan darimu yang kau ingin sangat menemuiku
Kau pernah pegang jari jemariku yang cacat
Dan kau katakan itu asbab syurga untukku
Kau pernah bincang kakiku yang kudung
Dan kau katakan akulah Abdullah Ibnu Mas'ud
Aku pernah memayungimu dan masih terngiang pesanmu
BANTULAH ... BANTULAH ...

Dr. Raja Shamri Raja Husin
Kota Jembal,Pulau Melaka
Kelantan.
20 Januari 2015

p/s : Doakanlah ... beliau di ICU sekarang.



Kedahkini.
Read More

Saturday, 29 March 2014

NY Times menulis: Umat Islam - Solat,tawaf dan tepat waktu untuk menjaga super conductor (gelombang electromagnetic)...

Ahad, 30 Mac 2014
“Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam" - Prof Lawrence E Yoseph
Photo: NY Times menulis:

“Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan tawaf ataupun solat di muka bumi ini, nescaya akan berhentilah putaran bumi kita ini, kerana pusingan dari super conductor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang electromagnetic."

Menurut hasil penelitian dari 15 University : 

Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, iaitu 23.000 kali dari baja yang ada.

Beberapa astronout yang berada di angkasa melihat suatu sinar yang teramat terang memancar dari bumi dan setelah diteliti ternyata ia bersumber dari Bait Allah atau Kaa’bah,Mekah.
Super conductor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai microphone yang sedang menyiarkan dan dimana jaraknya mencapai ribuan million jangkauan siarannya.

Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis:
“Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam, Solat, Tawaf dan tepat waktu menjaga super conductor itu.” 

Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illahaillallah, Allahu Akbar.

NY Times menulis:

“Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan tawaf ataupun solat di muka bumi ini, nescaya akan berhentilah putaran bumi kita ini, kerana pusingan dari super conductor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang electromagnetic."

Menurut hasil penelitian dari 15 University :

Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, iaitu 23.000 kali dari baja yang ada.

Beberapa astronout yang berada di angkasa melihat suatu sinar yang teramat terang memancar dari bumi dan setelah diteliti ternyata ia bersumber dari Bait Allah atau Kaa’bah,Mekah.
Super conductor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai microphone yang sedang menyiarkan dan dimana jaraknya mencapai ribuan million jangkauan siarannya.

Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis:
“Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam, Solat, Tawaf dan tepat waktu menjaga super conductor itu.”

Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illahaillallah, Allahu Akbar.


Ucapan tok guru yang penuh dengan kesayuan semasa kuliah subuh pagi tadi di Pulau Melaka... Dato' Seri Anwar pun ada sekali

MAAFKAN SEGALA KESILAPAN SAYA SELAMA SAYA PIMPIN KELANTAN. NI SAKIT SAYA MUNGKIN ALLAH NAK KIFAARAT DOSA SAYA ATAS APA KESALAHAN SAYA BUAT SELAMA SAYA PIMPIN KELANTAN.

Air mata bergenang membasahi pipi....


ℑσм pαкατ² ⇨ ℒιкє✔ Cσммєηт✔ Sнαяє✔
Photo: Dah macam pasta je bunyi ..natang radar ni ..
kahh..kahh..kahhh
Dah macam pasta je bunyi ..natang radar ni ..
kahh..kahh..kahhh

Photo: Sahabet2 nur..MH 370 PUNYA HAL HARAM DIJADIKAN HALAL..kurang ajaren punye menteri.....islam kepale otak kau!!!!!!
Sahabet2 nur..MH 370 PUNYA HAL HARAM DIJADIKAN HALAL.. — in Jakarta, Indonesia.
Read More

Sunday, 9 March 2014

MH370: Mursyidul Am PAS rakam simpati... Imej serpihan terapung ditemui?

Ahad, 9 Mac 2014

Pesawat MH370 Ditemui?

Gambar serpihan oleh penumpang China yang dimuatnaik laman Weibo

Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya di dalam satu laporan berita.

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.

"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” tambahnya.Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan. 

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan. ~astro awani


Posted 2014/03/09 by Ana Ghoib in Berita Harian

40 keluarga buat pasport di kaunter imigresen Putrajaya

gambar mangsa pesawat mas terhempas

kapal terbang mas hilang
PUTRAJAYA – Kira-kira 40 ahli keluarga penumpang pesawat MH370 milik Malaysian Airlines (MAS) yang hilang di Laut China Selatan hadir ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Presint 2 di sini bagi memohon dan memperbaharui pasport antarabangsa mereka.
Mereka kelihatan tiba menaiki lima buah van khas yang disediakan oleh MAS dari lokasi penginapan mereka di Hotel Everly di sini.
Namun begitu, kebanyakkan mereka enggan ditemu bual kerana masih lagi bersedih dengan insiden yang berlaku tersebut.
Sumber Kosmo! 
Family members of those onboard the missing Malaysia Airlines flight walk into the waiting area at Kuala Lumpur International Airport
Gambar  Yahoo News Malaysia – MRM
KOTA BHARU:  Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memohon semua keluarga mangsa bersabar menerima berita kehilangan pesawat MH370 milik negara.
Ketika dihubungi beliau turut bersimpati dengan nasib mangsa serta keluarga yang terlibat.
Menurut Tuan Guru lagi, di atas dunia ini tidak ada tempat yang selamat sama ada di jalanraya, di darat, laut atau udara.
“Malah pejalan kaki juga kena rempuh walaupun dia tidak berada dalam kenderaan atau sebagainya.
“Kerana itu Islam menggalakkan kita sentiasa berdoa sebagaimana Rasulullah ajar setiap kali kita ingin turun tangga untuk keluar dari rumah,” nasihat beliau.
Tambahnya, sekiranya doa itu dimakbulkan Allah, mereka yang membacanya bebas dari sebarang musibah.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menasihati keluarga mangsa agar terus berdoa dan menerima sebarang ketentuan Allah SWT.

Posted 2014/03/09 by Ana Ghoib in Berita Terkini

Rakyat Australia Doakan Penumpang & Kru Pesawat MH370 – PM Australia

pesawat mas
MELBOURNE – Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, rakyat negara itu berdoa untuk keluarga serta penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilapor hilang awal pagi Sabtu. Klik link baca senarai nama mangsa pesawat MAS hilang.
“Ingatan dan doa kami bersama penumpang dan keluarga mereka, terutama enam rakyat Australia yang disahkan menaiki pesawat itu,” katanya kepada pemberita, lapor Australian Associated Press pada Ahad.
“Kami juga sedang melihat apa yang boleh kami buat bagi membantu dalam operasi mencari dan menyelamat,” katanya.
Dua pasangan dari Queensland iaitu Catherine dan Robert Lawton, serta Mary dan Rodney Burrows, dan pasangan dari Sydney Li Yuan dan Gu Naijun, antara 239 orang yang berada di dalam pesawat ke Beijing itu yang dilapor hilang di sempadan ruang udara Malaysia dan Vietnam.
Pemimpin pembangkang Bill Shorten turut menyuarakan perkara sama.
“Saya percaya ingatan seluruh rakyat Australia bersama keluarga mereka yang terlibat,” katanya kepada pemberita di sini. – Bernama
Sumber Kosmo!
Read More

Sunday, 2 June 2013

SPR, Sewajarnya kerajaan mengakui sahaja kesilapan - TG Nik Aziz

Isnin, 3 Jun 2013
Matahari Dah Tegak dan Umno Baru Terjaga - Nik Aziz
Saya membaca laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini yang memuatkan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Khabarnya ini bertujuan untuk memperkukuh kewibawaan dan kredibiliti badan pelaksana pilihan raya negara. Saya memetik kata-kata Datuk Seri Najib yang antara lain menyatakan bahawa langkah ini bagi memastikan peranan suruhanjaya itu sebagai badan bebas tidak lagi dipersoalkan, sekali gus mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap peranannya mengadakan pilihan raya secara telus dan lancar.
Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat pincang. Inilah yang saya tegaskan kepada para wartawan yang bergegas ke rumah saya meminta ulasan di atas pengumuman Perdana Menteri itu. Jika sebelum ini, ada pemimpin UMNO yang mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden UMNO itu sendiri?

Saya ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat marhaen. Jika dahulu pemecatan Tun Salleh Abbas daripada jawatannya selaku Ketua Hakim Negara turut dipertikai oleh rakyat jelata tetapi kerajaan bermati-matian mempertahankan pemecatan tersebut. Alih-alih apabila teraju pemerintahan negara diambil alih oleh orang lain, Tun Salleh Abbas tidak semena-mena menerima pampasan daripada 'kesilapan kerajaan'. Siapa yang kata kerajaan tidak pernah silap?

Hari ini dengan pelbagai persepsi masyarakat terhadap SPR, sewajarnya kerajaan mengakui sahaja kesilapan. Isu dakwat kekal yang bertukar menjadi tidak kekal dan senarai yang tidak bersih memperlihatkan seolah-olah kerajaan hari ini berdiri di atas mandat yang tidak betul. Itu belum lagi dicampur isu undi awal yang jelas sekali prosesnya benar-benar menguntungkan Barisan Nasional. Benar sangatlah reaksi langsung daripada rakyat di seluruh negara yang bangkit beramai-ramai menuntut pembersihan di dalam pilihanraya. Perlu diingatkan, PAS bukan tidak pernah kalah di dalam pilihanraya, bahkan PAS lebih banyak kalah daripada menang. Namun dalam masa yang sama, PAS tidak boleh menerima penipuan di dalam pilihanraya. Ingatlah, amanah yang diperolehi daripada jalan yang haram hanya menjadi beban yang sangat berat untuk ditanggung di akhirat kelak!

Saya fikir mustahil Barisan Nasional ingin menurut jejak langkah rejim Hosni Mubarak di Mesir yang menang hampir seratus peratus di dalam pilihanraya tetapi akhirnya kecundang di jalan raya.

Dengarlah suara hati rakyat. SPR wajar dirombak, perbetulkan kembali sistem pilihanraya. Sayangnya, UMNO lambat sedar. Dalam pada rakyat bangkit beramai-ramai mempersoalkan kredibiliti SPR, ada pemimpin UMNO masih bermain madah pujangga menegakkan benang yang basah. Jika umpama orang yang tidur, UMNO hanya terjaga ketika matahari tegak di atas kepala!

Salam hormat,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

23 Rajab 1434H bersamaan 2 Jun 2013M
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu.
batuvskayu.


Pemuda Pas sambut baik SPR dikawal selia Jawatankuasa Khas Parlimen
KOTA BHARU 2 Jun - Dewan Pemuda Pas Pusat menyambut baik langkah kerajaan untuk meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah kawal selia Jawatankuasa Khas Parlimen yang dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, keputusan kerajaan itu merupakan antara usaha bagi memastikan SPR menjadi sebuah badan yang lebih bebas.

Pembentukan jawatankuasa khas tersebut jelas beliau, sekali gus memperlihatkan sesuatu yang lebih baik untuk masa depan politik negara.

"Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk letakkan SPR di bawah Parlimen adalah langkah yang positif dan saya menerimanya dengan baik.

"Saya berharap jawatankuasa ini akan dapat merumuskan sesuatu yang diterima seluruh rakyat yang menyokong kerajaan ataupun pembangkang," katanya ketika ditemui di kediaman Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka di sini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130603/po_03/Pemuda-Pas-sambut-baik-SPR-dikawal-selia-Jawatankuasa-Khas-Parlimen#ixzz2V7cnUaTF
© Utusan Melayu (M) Bhd


Jawatankuasa Khas Parlimen membuktikan sikap keterbukaan kerajaan BN
June 2, 2013 by Dudi 
DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN
JOHOR BAHRU 2 Jun – Keputusan kerajaan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen membuktikan sikap keterbukaan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia juga salah satu usaha transformasi politik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya percaya rakyat sudah semakin matang dan kita boleh serah banyak perkara kepada rakyat untuk membantu kerajaan dalam memajukan negara,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja dan ‘walkabout’ ke Zon Permas, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Read More

Saturday, 11 May 2013

Kafir Harbi Ditawar Masuk BN...

Sabtu, 11 Mei 2013
Selepas dituduh kafir harbi, diajak masuk BN!




KOTA BHARU: "Bukankah DAP yang dituduh sebagai chauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini?" kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sebagai reaksi kepada cadangan agar DAP menyertai BN.


Selain itu, kata Tuan Guru Nik Aziz, bukankah DAP yang dituduh sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah Allah?

"Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN?" kata Tuan Guru Nik Aziz kepelikan.

Kafir harbi dan berusaha menjadikan Malaysia negara Kristian adalah laporan utama akhbar Umno, Utusan Malaysia yang ditujukan kepada DAP dalam sessi kempen PRU 13 baru-baru ini. Kafir harbi dari tafsiran perundangan Islam adalah orang bukan Islam yang memerangi Islam dan mereka dihalalkan darah oleh Islam.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataannya, beliau membaca kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menguatkan kerajaan BN. 

"Saya bagaikan kurang percaya bagaimana seorang bekas pemimpin Umno yang masih setia kepada parti tersebut boleh mengeluarkan cadangan seperti ini?" katanya.

Ekoran itu, Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Saya kira inilah bukti jelas menunjukkan bahawa BN sedar mereka semakin dipinggirkan rakyat."

Politik perkauman dan penindasan yang diamalkan semakin ditolak sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencari dahan baru untuk berpaut. 

"Dalam tidak sedar, sebenarnya bukan dahan baru yang perlu dicari, bahkan pohon tua bernama BN itu perlu ditebang terus!" tegas bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Bagi beliau, daripada DAP masuk BN, lebih baik Umno keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat. 

"Sedarlah, ideologi perjuangan Umno hari ini sudah ketinggalan zaman, di Semenanjung Malaysia yang agak maju dari sudut teknologi dan pendedahan maklumat, mereka telah ditolak dan Pakatan Rakyat telah menang!

"Sudah sampai masanya BN dan Umno bermuhasabah, jika tidak akan sampai masanya mereka dibuang terus dari pentas politik negara, pada masa itu tiada yang akan sudi menerima, jatuh di tanah ayam tidak patuk itik tidak sudu!" ujar beliau.
Harakahdaily


Patutla Amno nakkan DAP join Be End, ini SEBABNYA...
Koh Tsu Koon letak jawatan, Gerakan tak sertai kabinet



Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon mengumumkan beliau dan Setiausaha Agung, Teng Chang Yeow meletak jawatan minggu depan.

Selepas mengadakan mesyuarat dengan rakan-rakan pemimpin 
Gerakan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini, Koh berkata, mereka membuat keputusan untuk bertanggungjawab terhadap prestasi hambar Gerakan dalam pilihan raya umum ke-13.


Timbalan Presiden Chang Ko Youn akan mengambil alih sebagai pemangku presiden sehingga akhir bulan Jun, apabila proses pemilihan parti bermula.
Posted by Shalehudin at 7:08 PM
Read More

Friday, 26 April 2013

* Video Pesanan Tok Guru Nik Aziz - 5 Mei Undi Dengan Cerdik..Allahuakbar

Jumaat, 26 April 2013



Nasi Bungkus







GAMBAR : Koleksi Gambar Nik Aziz Solat & Makan...Apa Kata Anda?
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena