Showing posts with label Noh Omar. Show all posts

Thursday, 26 June 2014

Usaha Noh sia-sia tidak dihargai Najib...Kempunan jadi menteri!

Jumaat, 27 Jun 2014

Mahadead nak kasik anqk dia jadi TPM n pastu PM.

Tapi legasi Najib tak kasik...

Kena smash la.

Kan...

Kempunan Jadi Menteri - Khalid Samad Ucap Takziah Kepada Noh Omar

SHAH ALAM, 26 JUN: Khalid Samad mengucapkan ‘takziah’ kepada Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar yang gagal menempatkan diri dalam rombakan kabinet semalam.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata beliau bersimpati dengan Noh yang begitu lantang membela Umno-BN dalam Dewan Rakyat tetapi tidak dilantik menjadi menteri semula.

Katanya, usaha Noh itu kelihatan sia-sia apabila tidak dihargai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Walaupun dia begitu lantang dalam Parlimen tetapi nampak gaya matlamat diimpikan untuk menzahirkan kehebatan dalam Parlimen tidak tercapai.

“Dia dengan jelas tidak dilantik menjadi menteri dalam rombakan baru-baru ini,” katanya dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu pembesaran kabinet yang diumumkan Perdana Menteri semalam.

Pada masa sama, Khalid turut menasihati Najib untuk menonjolkan hero lain jika benar-benar serius mahu mengambil alih Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang.

“Kalau dia serius, cubalah cari orang lain selain Noh Omar.

“Noh Omar juga seolah-olah perkenalkan begitu (calon Menteri Besar) kerana kerap bercakap pasal Selangor.
“Jika begitu, boleh dikatakan tiada harapan, cari hero lain,” katanya lagi.
Read More

Tuesday, 28 January 2014

Umno mesti letak calon di Kajang - Noh Omar...Mu Tunggu Aku Datang!

Rabu, 29 Januari 2014
Meriahnya PRK Kajang!
Posted by 
Mu Tunggu Aku datang
Kau tunggu aku datang haaaa.....ini bukti aku calon berkaliba
Posted by 
Read More

Saturday, 11 January 2014

Isu Kalimah ALLAH...Noh Omar Batu Api gred AAA

Ahad, 12 Januari 2014

Bateri AAA - Gambar hiasan
Batu Api Gred AAA: MB khianati Sultan Selangor, kata Umno

Gambar: Batu Api Gred AAA: MB khianati Sultan Selangor, kata Umno

Noh Omar (baju merah) bercakap kepada pemberita semasa bantahan mengenai isu kalimah Allah di pejabat Umno cawangan Hulu Langat, Kajang, Selangor.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Januari, 2014. 

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Abdul Ibrahim dituduh mengkhianati Sultan apabila beliau baru-baru ini meletakkan sekatan ke atas pihak berkuasa agama ketika menjalankan tugas mereka di negeri itu.
Ketua Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, apabila Khalid mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor maka beliau telah berjanji untuk menegakkan dan melindungi integriti dan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negeri.
Noh bagaimanapun berkata Khalid tidak mematuhinya apabila beliau baru-baru ini mengumumkan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu mendapatkan kelulusan daripada exco negeri sebelum menjalankan sebarang serbuan yang boleh dianggap sensitif .
Pengumuman Khalid adalah rentetan serbuan kontroversi Jais terhadap premis Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) minggu lepas yang menyaksikan mereka merampas lebih daripada 300 buah Bible versi bahasa Melayu dan Iban.
Sebagai Menteri Besar, Noh berkata Khalid perlu membantu Sultan dalam mempertahankan agama.
"Kenyataan beliau terhadap peraturan baru ini memberi makna bahawa beliau tidak menghormati undang-undang di Selangor," kata Noh .

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bagaimanapun, mempertahankan Jais dan mengatakan jabatan itu tidak perlu memaklumkan kepada mana-mana pihak sebelum menjalankan apa-apa serbuan kerana ia akan mengganggu proses siasatan.
Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa menegaskan bahawa serbuan Jais  di PBM minggu lepas telah diperuntukkan di bawah Enakmen 1988 (Kawalan Penyebaran Di Kalangan umat Islam).
"Kami memuji Mais tetapi kenyataan menteri besar menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak memahami konteks kebebasan agama seperti di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan," kata Noh.
Noh juga berkata, Umno Selangor telah membuat kira-kira 100 laporan polis berkenaan penggunaan isu kalimah Allah dan memberi amaran kepada penganut Kristian bahawa jika isu ini berterusan, Umno akan mengadakan perhimpunan besar tidak lama lagi untuk memerangi sesiapa yang tidak menghormati undang-undang.
Terdahulu, Noh diiringi oleh lebih daripada 1,000 ahli Umno dan ahli-ahli beberapa NGO Islam Ulu Langat dan Serdang, berarak kira-kira 500 meter dari Masjid Jamek Kajang ke pejabat cawangan Umno Ulu Langat untuk menunjukkan pendirian mereka mengenai isu Allah .
Perarakan itu berakhir dengan pembakaran patung Paderi Lawrence Andrew, editor mingguan Katolik, Herald.
Lawrence sedang disiasat kerana menghasut apabila beliau berkata bahawa gereja-gereja di Selangor akan terus menggunakan perkataan Allah dalam perhimpuanan Bahasa Malaysia mereka.
Kenyataan beliau telah diambil sebagai satu cabaran kepada perintah Sultan Selangor yang mengarahkan bahawa orang bukan Islam di negeri itu dilarang daripada menggunakan perkataan Allah.

Buletin Pakatan Rakyat
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena