Showing posts with label PENDERMA RM2.6 BILION. Show all posts
Showing posts with label PENDERMA RM2.6 BILION. Show all posts

Friday, 11 December 2015

'Mak mak mak siapalah ni ...berapa sen dapat'? Berapa ramai penderma RM2.6 bilion sebenarnya, soal Ketua Parlimen DAP.

Jumaat, 11 Dise4mber 2015
Yang tua2 nilah yang akan tinggal dalam umnobn kerana mereka mudah dipergunakan.
Mak mak mak siapalah ni ...berapa sen dapat...Rasanya dapatlah sepersalinan dr luar dan dalam...!!!

pelik-pelik....
dalam perhimpunan agung umno dia boleh hadir malah diberi ucapan,
semasa dalam parlimen mana die hilang....???


Berapa ramai penderma RM2.6 bilion sebenarnya, soal DAP 
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan berapa ramai penderma kepada dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri, selepas pendedahan terbaru Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai kewujudan lebih seorang penderma. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Disember, 2015.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan berapa ramai penderma kepada dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri, selepas pendedahan terbaru Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai kewujudan lebih seorang penderma. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Disember, 2015. 


Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang juga mahu tahu sama ada “individu perseorangan” dari Timur Tengah yang diperiksa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah orang yang sama ditemui Zahid.
Pada Ogos, Zahid pada satu sidang media berkata beliau bertemu dengan ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah kewangan keluarga penderma berkenaan.
Kenyataan SPRM yang lalu berkata sumber dana itu dari Timur Tengah dan mereka sudah berjumpa dan menemubual penderma berkenaan.
Lim dalam satu kenyataan hari ini berkata Zahid kelihatan seperti berdolak-dalik apabila mengatakan ada lebih seorang yang menderma kepada jumlah wang yang amat besar itu.
“Adakah derma RM2.6 bilion itu dari 1 negara asing atau lebih daripada 1 negara?
“Ada banyak lagi soalan mengenai dari mana derma RM2.6 bilion itu datang, dan ke mana ia sudah pergi, yang menjadi persoalan semakin ramai rakyat Malaysia.
“Najib patut sedar semakin ramai rakyat Malaysia akan bertanya soalan ini dalam beberapa bulan dan tahun akan datang jika dia terus enggan memberikan jawapan lengkap dan memuaskan hati mengenai derma RM2.6 bilion itu,” katanya yang juga ahli Parlimen Gelang Patah.
Lim berkata Najib juga menyerang Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung pertemuannya dengan puteri Sulu, Jacel Kiram, dan menuduhnya melakukan “pengkhianatan terbuka terhadap negara”.
Tetapi, Lim berkata tidak seperti Najib, Nurul Izzah tidak menerima RM2.6 bilion daripada sumber luar untuk digunakan ketika menghadapi pilihan raya dalam negara, atau Nurul Izzah akan dituduh melakukan satu lagi “pengkhianatan terbuka terhadap negara”.
“Najib sedar atau tidak dengan adanya dana RM2.6 bilion untuk pilihan raya negara, lebih besar tanggungjawabnya untuk mendedahkan dari mana duit itu datang dan ke mana ia dibelanjakan, dan bagi mengesahkan dia tidak melakukan sebarang tindakan yang memudaratkan objektif negara,” katanya. – 11 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/berapa-ramai-penderma-rm2.6-bilion-sebenarnya-soal-dap#sthash.KeehbWoG.dpuf
Read More

Tuesday, 4 August 2015

PENDERMA RM2.6 BILION sudah dikenalpasti...Wang dari orang kaya Arab?

Selasa, 4 Ogos 2015

BERITA TERGEMPAR!!! PENDERMA RM2.6 BILION SUDAH DIKENALPASTI


Oleh: biaqpila hensem 

Wang dari orang kaya Arab?

Mengapa 'spin' jika wang itu dari orang kaya Arab?



Pihak berkuasa sepatutnya, dari awal lagi, berkata bahawa RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sumbangan penderma dari orang kaya Arab, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Katanya, mengapa Najib dan seluruh briged tukang spin beliau tidak berbuat demikian dari awal lagi.

Beberapa hari sebelum pengumuman SPRM, cakap-cakap bertiup kencang bahawa seorang atau beberapa anak raja Arab dan sheikh yang terkaya telah 'mengakui' menderma sejumlah wang yang besar kepada Najib, tulis Kadir dalam blognya malam Isnin.

Semalam, SPRM mengumumkan bahawa RM2.6 bilion yang dikatakan didepositkan ke dalam bank akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalahsumbangan perderma.

Kadir (gambar), bekas ketua pengarang New Straits Times, berkata rakyat mudah membuat spekulasi tentang perkembangan itu selepas penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara pada 27 Julai, rombakan kabinet Julai 28 dan perkembangan lain yang berkaitan. Beliau berkata sangat pelik ia mengambil masa yang lama untuk SPRM dan pasukan petugas 1MDB untuk mengetahui bahawa AS$700 juta adalah sumbangan derma.

Katanya berdasarkan pengalaman lalu, cerita mengenai sumbangan derma dan cakap-cakap mengenai dermawan Arab yang murah hati, boleh jadi ada kemungkinannya. Lagi pula, katanya, ia telah diumumkan secara terbuka bahawa isteri Najib, Rosmah Mansor, sangat rapat dengan orang kaya Arab, termasuk anggota keluarga diraja.

Bagaimanapun, Kadir berkata lebih banyak soalan yang belum terjawab ekoran kehilangan mereka yang dicari oleh pihak penyiasat. Beliau berkata, sekiranya wang dalam akaun perdana menteri bukan dari 1MDB, mengapa tidak Jho Low berkata demikian. "Atau mengapa orang yang dikaitkan dengan akaun itu perlu melarikan lari dari negara ini?" soalnya.

"Orang yang dicari oleh pasukan petugas khas (menyiasat 1MDB), termasuk Nik Faisal Ariff Kamil dan (Datuk) Suboh Mohd Yassin, kini sepatutnya tampil untuk membersihkan nama perdana menteri," tulis Kadir. Beliau juga mahu Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed meletakkan jawatan secara sukarela kerana gagal menemui lebih awal yang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri di AmBank adalah sumbangan derma.


"Macam mana anda boleh main-main dengan perdana menteri seperti itu?" katanya sambil menambah, mudahan-mudahan kita tidak ditatapkan dengan satu lagi pusingan silap mata dan sihir dalam saga 1MDB.
Malaysiakini.Posted by mountdweller 

comments:
bat8 said... 

Abe 

Tu la.....takkan lepas sebulan baru tahu duit derma sedangkan WSJ kata dari sebelum PRU 13 lagi duit tu dimasukkn ke dlm akau Najib. Tu heran tu... 

Jib pun mangkok. Bagitau awal2 sebaik sahaja WSJ tuduh. Tak la perlu pecat TPM, AG dan Pengarah SB.Tak payah la buat rombakan kabinet. Tak payah hentikan siasatan Task Force dan PAC kalau cakap awal-awal. Tak payah la UMNO bergolak seperti sekarang. 

RM 2.6 billion tu banyak. Bertuah Najib dapat derma sebanyak tu. Takkan la duit sebanyak tu dah habis buat belanja, baru 2 tahun. Najib kena bagitau kah duit tu dah habis ke masih ada dlm akaun peribadi? Kalau ada, kena bagitau ada. Kalau habis, kena la bagitau kemana dibelanjakan sebab kerajaan kelantan boleh minta derma sedikit untuk membina rumah mamgsa banjir tahun lepas. 

Ini satu lagi kerja bodoh yang Najib buat. Dia ni gali lubang bukan satu....beberapa lubang. Sekarang pasti akan timbul pelbagai masaalah lain pulak bila kata duit tu derma. 

August 4, 2015 at 2:35 PM

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena