Showing posts with label PRU14. Show all posts
Showing posts with label PRU14. Show all posts

Tuesday, 12 June 2018

[Video Nazri Pun Terduduk Membayangkan BN Dibubarkan] KJ-Terpaksa Terima Hakikat Kerajaan PH Prihatin & Utusan, sungguhkah Melayu menyesal mengundi HARAPAN?

Rabu, 13 Jun 2018

Terpaksa Terima Hakikat Kerajaan PH Prihatin


Utusan, sungguhkah Melayu menyesal mengundi HARAPAN?


Walaupun kini kelihatan seakan ‘mesra kerajaan’, tidak salah untuk kita berpegang kepada hakikat bahawa Utusan Malaysia masih lagi akhbar lidah rasmi UMNO, dengan pegangan saham sebanyak 49.77%.
Ahad lalu, akhbar tersebut mendakwa bahawa orang Melayu sudah kelihatan menyesal kerana tidak mengundi UMNO.
Kolum Awang Selamat mengajukan pendapat bahawa isu-isu semasa yang membawa kesan kepada orang Melayu-Islam telah menimbulkan rasa sesal yang bersangatan, serta mengabsahkan keperluan untuk UMNO dan PAS menjadi andalan nasib orang Melayu.
Begitulah lebih kurang.
Dakwaan Utusan ini bukan sahaja tidak tepat, malah menjadi cerminan terhadap keengganan Najib Razak untuk melepaskan kuasanya. Bukan itu sahaja, menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang; Najib malah mahukan peranan baharu sebagai ‘kuasa di sebalik takhta’.
Justeru kata beliau, tidak hairan kenapa Utusan Malaysia sudah kembali menjaja politik kaum, agama, kebencian, ketakutan dan pembohongan. Genap sebulan UMNO kecundang dalam PRU14, Utusan sudah kembali bekerja dalam kerangka politik lama yang membuatkan UMNO kecundang.
Bijak betul sidang editorial akhbar ini.
“Rencana yang sama dalam Mingguan Malaysia menjaja pembohongan kononnya DAP mahu memansuhkan sistem raja berperlembagaan, dan menjadikan Malaysia sebuah negara republik,” ujar Kit Siang.
“Berbeza dengan angan-angan Najib Razak dan Utusan Malaysia, saya tidak melihat bagaimana UMNO-BN boleh memulihkan kredibiliti mereka, selagimana mereka tidak mengakui kesilapan-kesilapan mereka terhadap negara,” jelas beliau.
Bagi pemimpin veteran DAP itu, dosa Najib Razak dan UMNO menjadikan Malaysia sebuah kleptokrasi global dan menjaja politik penuh kebencian kaum dan agama serta pembohongan pada pilihanraya lalu, tidak boleh dimaaf, apatah lagi dilupakan.
Amat naif sekiranya ada yang mengandaikan orang Melayu boleh memaafkan dosa-dosa UMNO itu. Walaupun semakin menghampiri Aidilfitri, dosa-dosa UMNO pastinya tidak akan terampun sampai bila-bila.
Dua badan pemikir turut menidakkan angan-angan Utusan Malaysia ini. Bercakap kepada The Malaysian Insight, penganalisis politik Ilham Center; Hisomuddin Bakar berkata, yang sedang menyesal sekarang ini hanyalah ahli-ahli UMNO yang telah menolak parti mereka sendiri dalam PRU14.
Kata Hisomuddin, ahli-ahli UMNO menolak parti itu kononnya untuk memberi pengajaran kepada pemimpin, namun tidak menjangka kesan daripada tindakan terbabit.
“Mereka terkejut kerana hilang kuasa di peringkat persekutuan. Mereka hanya mahu menunjukkan protes terhadap pemimpin yang angkuh tetapi mereka yang akhirnya menyesal.

“Orang Melayu umumnya selesa dengan PH kerana mereka tidak lagi perlu membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST),” kata beliau.
Ibrahim Suffian, dari Merdeka Center turut bersetuju sambil memetik hasil kajiannya yang menunjukkan bahawa majoriti pengundi Melayu berpuas hati dengan pentadbiran baharu. Ini dimudahkan lagi dengan peralihan kuasa yang lancar dan aman, justeru menolak mitos kacau bilau yang menjadi modal politik UMNO dan lidah partinya selama ini.
Pendekatan Utusan turut dikritik dua bekas editornya, menyifatkan akhbar itu sebagai ‘masih terperangkap dalam kepompong sempit dan penuh dengan prasangka’.
Tan Sri Zainuddin Maidin dan Tan Sri Johan Jaaffar dalam satu kenyataan tempoh hari berkata, Utusan ‘menampakkan pendirian rasis dengan memainkan sentimen perkauman yang berbahaya untuk sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia.’
Menjawab dakwaan itu, Utusan melalui penulisnya Zulkiflee Bakar menimbulkan banyak persoalan, sambil memetik soal kebebasan media. Katanya, “Bertukar kerajaan bukan bermakna jati diri sebuah media itu perlu dikorbankan.”
Jati diri Utusan ini barangkali terletak pada pegangan 49.77% sahamnya oleh UMNO itu lah.
Akhbar ini sudah beberapa kali tewas dalam tindakan undang-undang terhadapnya, termasuklah oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang kini Menteri Kewangan; serta Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Utusan turut pernah dihukum membayar ganti rugi berjumlah RM250,000 kepada Lim Kit Siang pada November 2015. – Roketkini.com
Read More

Sunday, 20 May 2018

[Video Mat Sabu ni memang Ahli Nujum Negara & Umno Perlu Kutipan Dana Melalui Tabung 'Tin Millo' pulak?] Jamal Sepi Selepas Umno Gagal PRU14 & Mana 'samseng' baju merah! Lim Kit Siang tolak jawatan jadi menteri.

Isnin, 21 Mei 2018


Jamal Sepi Selepas UMNO Gagal PRU14


Hasil carian imej untuk Gambar mat sabu menteri pertahanan

Image may contain: 1 person, text
Nak tangkap perompak mesti  ada bulan tertentu ke? 

Lim Kit Siang tolak jawatan jadi menteri


Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang bukan sahaja membuktikan beliau tidak menjadi Perdana Menteri seperti didakwa propaganda UMNO-BN selama ini malah menolak untuk menjadi menteri kabinet.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu memberi jaminan beliau akan terus menggesa agar wujudnya pembaharuan untuk menjadikan Malaysia yang lebih baik.
Beliau berkata demikian kepada media selepas program penghargaan kepada pengundi di Skudai hari ini lapor China Press.
Menurutnya, DAP sudah mempunyai bakat kepimpinan yang cukup dalam senarai kabinet yang baru dan hasratnya untuk tidak menjadi menteri telah dimaklumkan.  –Roketkini.com
Read More

Thursday, 19 April 2018

[Video Bagilah 'enjin umno' 60 tahun rehat, dah bergerak lama - Usop Wilcha] Pas ambil alih kerja Umno, Hadi sudah setaraf Annuar Musa.

Khamis, 19 April 2018

PAS ambil alih kerja UMNO, Hadi sudah setaraf Annuar Musa


PAS hilang arah dalam musim kempen pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini bilamana secara terang jadi perkakas UMNO-BN menyebar dakyah karut marut memburukkan DAP supaya rakyat menjauhi parti cap roket ini.
Kita juga hairan, entah mengapa pada kali ini, PAS berubah nada bertukar warna – PAS sekarang bukan PAS yang dulu, berahi menjatuhkan kleptokrasi UMNO dalam pilihan raya  sudah terbantut. Gerak tindak PAS saat ini malah mengukuhkan lagi penguasaan parti yang bukan sedikit terpalit najis rasuah itu sehingga mahsyur diseluruh ceruk dunia.
Yang tak berubah adalah nasib DAP – bukan tentang menang atau tidak kerusi yang dipertaruh tetapi terus menjadi kambing hitam mangsa pelbagai dakwaan palsu sentimen perkauman, bertujuan menakut-nakutkan rakyat Malaysia khususnya pengundi Melayu.
Jika PRU13, tentera upahan dan pencacai UMNO-BN giat menyebar dakyah palsu mengaitkan Lim Kit Siang anti-Islam, anti-Melayu, komunis, pencetus tragedi 13 Mei 1969, mahu Malaysia menjadi negara Kristian dan segala macam tuduhan subversif palsu; kini tugas itu digalas oleh pemimpin PAS sendiri.
Lihat sahaja kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam tulisannya baru-baru ini mendakwa beliau ‘tercium’ usaha DAP mahu merobek Perlembagaan Persekutuan; merendahkan kedudukan Islam dan melemahkan Institusi Raja-Raja Melayu.
“Saya tercium betapa DAP mendapat bayangan kalangan mereka itu, menjadikannya sangat galak berjuang merobek Perlembagaan Persekutuan, mendesak supaya merendahkan kedudukan Islam dan melemahkan Institusi Raja-Raja Berperlembagaan secara senyap dan sindiran,” kata Hadi dalam tulisannya.
Pemikiran dan lenggok Presiden PAS itu kini nampaknya kurang-lebih sama dengan Ketua Penerangan UMNO seperti Annuar Musa yang sebelum ini galak menyerang DAP dan Lim Kit Siang dengan pelbagai dongeng serta imiginasi melampau. Pengikut dan penyokong PAS seharusnya berasa malu apabila Hadi selaku pemimpin akbar mereka mengikuti jejak kempen bertaraf rendah sedemikian.
Walhal, semasa menjadi rakan tahaluf siyasi, PAS bukannya tidak tahu bahawa DAP jelas akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan segala jaminan malah telah banyak kali menegaskannya dalam manifesto dan deklarasi parti!
Maka tidak hairan apabila Hadi dianggap sebagai berkhayal oleh tokoh Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari yang kesal kerana penyandang Ahli Parlimen Marang itu sepatutnya bersama gerakan massa menentang UMNO-BN dan bukan menjadi penyambung hayat parti Najib itu.
Saya ingin bertanya soalan kepada Hadi, apakah yang menyebabkan seseorang yang diangkat sebagai Tuan Guru dan ‘ulam’a seperti beliau ini mengjadi terlalu galak menyerang DAP seperti pemimpin dan pencacai upahan UMNO yang lain?
Adakah kempen yang disifatkan menyemai ketakutan dan kebencian perkauman dan agama ini  sikap yang wajar ditunjukkan seorang pemimpin ‘parti Islam’ yang mengaku bahawa perjuangannya demi kesejahteraan rakyat Malaysia?
Selaku seorang pemimpin utama pembangkang di Malaysia, tauladan buruk yang ditunjukkan Hadi ini tidak wajar berlaku dan patut dijauhi.
Saya amat yakin, lagu perkauman yang didendangkan PAS seperti ini jelas menunjukkan wujudnya usaha halus ke arah perpaduan parti itu bersama UMNO bertujuan memanjangkan hayat mereka, yang akan terus membiakkan generasi pemimpin korup. – Roketkini.com


Read More

Tuesday, 17 April 2018

[Video Sedondon Hadi dengan Najib macam penggusti? Kayveas nekad tinggalkan BN?] Najib akhirnya terpaksa akui wujudnya tsunami Melayu.

Rabu, 18 April 2018


Tumpang sekole,

Najib akhirnya terpaksa akui wujudnya tsunami Melayu


Hampir dua minggu lalu, dalam pertemuannya dengan editor kanan di pejabatnya di Putrajaya, Datuk Seri Najib Razak dengan penuh yakin menyatakan tsunami Melayu tidak mungkin berlaku dalam pilihan raya umum kali ini.
“Saya tidak nampak tsunami Melayu akan berlaku, tsunami Melayu ini bermaksud UMNO ditolak. Saya tidak nampak (itu akan berlaku),” katanya seperti yang dipetik agensi berita Bernama pada 4 April lalu.
Tetapi sekarang nadanya sudah berubah. Semalam dalam satu majlis di Subang Jaya, Selangor, Najib selaku Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional, membuat tuduhan palsu kononnya Pakatan Harapan tidak menghormati institusi Bumiputera seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Menggunakan tuduhan palsu itu yang juga merupakan satu bentuk berita tidak benar, dia dipetik media sebagai berkata,”…amat penting bagi kita untuk pastikan dalam pilihan raya umum ke-14 ini tidak akan berlaku tsunami Melayu.”
Ini bermaksud dia sendiri terpaksa bekerja keras untuk melawan tsunami Melayu yang pada mulanya dikatakan tidak wujud itu.
Kini Najib cuba memujuk orang Melayu supaya tidak bangun menentangnya. Dia sanggup menggunakan fitnah bersifat perkauman dan keagamaan demi mengekalkan kuasanya sendiri.
Fenomena kebangkitan orang Melayu ini telah saya suarakan sejak tiga tahun lalu. Dalam tulisan saya pada Julai 2015, saya mengemukakan hujah bahawa undi orang Melayu akan beralih kepada pembangkang kerana mereka marah dan tidak tahan lagi dengan tekanan ekonomi dan sosial akibat kelemahan pentadbiran Najib.
Kini ia menjadi kenyataan. Apa yang Najib suarakan semalam membuktikan tsunami Melayu bukan sebuah ramalan, sebaliknya ia fenomena yang sedang terjadi.
Walaupun ditekan dan dihalang oleh BN, rakyat pelbagai kaum, termasuk ramai orang Melayu di merata negeri seperti Kedah, Perlis, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor masih sanggup hadir ke ceramah Pakatan Harapan walaupun dalam keadaan hujan ribut.
Oleh kerana itulah, Najib dan menteri-menterinya bermati-matian cuba menafikan kewujudan gelombang kebangkitan orang Melayu.
Kita tiada pilihan lain kecuali bersama-sama memilih Pakatan Harapan jika kita mahu sebuah kerajaan baru yang prihatin, adil, tidak rasuah, dan tidak tamak kuasa. – Roketkini.com
Kredit foto: FB Parti Pribumi BERSATU Malaysia
*Liew Chin Tong merupakan Pengerusi DAP Johor, Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan dan bakal calon Pakatan Harapan Parlimen Ayer Hitam, Johor
Read More

Wednesday, 4 April 2018

[Video Parlimen 2018: Perbahasan Teresa Kok dlm RUU SPRM] MOMOK Perkauman & Mansuh Askar Melayu? Najib baca ‘mantera tahyul’ fitnah DAP yang sudah masuk gear lima.

Khamis, 5 April 2018

Mansuh Askar Melayu? Najib baca ‘mantera tahyul’ fitnah DAP


Serangan bertali-arus pemimpin-pemimpin UMNO-BN terhadap Pakatan Harapan (HARAPAN) khususnya DAP sudah masuk gear lima.
UMNO telah merelakan diri menjadi ‘hantu’ perkauman untuk menakut-nakutkan rakyat pelbagai suku bangsa negara ini dengan provokasi sedemikian kerana terdesak untuk melanjutkan hayatnya.
Jika dahulu rakyat sering dimomokkan kononnya DAP sebagai parti perkauman Cina yang mengancam kepentingan orang Melayu dan Islam, kini, momokan itu dihalakan khusus kepada pasukan keselamatan negara tentera dan polis.
Dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu Najib Razak menuduh kononnya hak dan kepentingan orang Melayu akan terkubur jika pembangkang menawan Putrajaya; kini beliau menuduh kononnya Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) akan terancam – mengaitkannya dengan slogan Malaysian Malaysia DAP. Terang lagi bersuluh, ini adalah fitnah berita palsu.
‘Mantera tahyul’ inilah yang akan terus dibaca oleh pemimpin-pemimpin UMNO sepanjang musim kempen PRU14 dan tidak hairan jika ‘mantera’ ini dicetak dan diedarkan sehingga masuk ke rumah-rumah.
Inilah karut-marut pemimpin UMNO yang semakin terdesak. Mungkin pada fikiran mereka, anggota keselamatan kita tidak boleh membezakan antara kesetiaan kepada Raja dan Negara itu jauh berbeza dengan parti-parti politik.
Apa yang pasti, realitinya ‘mantera tahyul’ yang dibacakan Najib itu mendapat bidasan tokoh-tokoh perlembagaan termasuk mantan-mantan pesara tentera.
Adakah sebagai Perdana Menteri, Najib tidak tahu bahawa Rejimen Askar Melayu Diraja dilindungi Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan?
Adakah Najib tidak tahu bahawa Majlis Angkatan Tentera merupakan badan tertinggi yang mentadbir Angkatan Tentera Malaysia turut dianggotai oleh wakil Majlis Raja-Raja.?
Atau Najib benar-benar tidak tahu bahawa memansuhkan RAMD adalah ancaman kepada negara dan merupakan satu kerja di luar akal waras? – Roketkini.com
Read More

Saturday, 25 November 2017

[Video KENAPA TUN BERSUARA~Tun Mahathir Berjuang Bukan Kerana Gila Kuasa] Zahid beri bayangan pilihan raya lepas tahun baharu Cina.

Ahad, 26 November 2017

Image result for Gambar himpunan kleptokrasi
Tun M bersama Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi 
BH.
Image result for Gambar Kleptokrasi
KLEPTOKRASI... Seorang peserta Bersih 5 menaikkan sepanduknya di perhimpunan Bersih 5-Malaysia Dateline

Zahid beri bayangan pilihan raya lepas tahun baharu Cina

TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bakal diadakan selepas Tahun Baharu Cina tahun depan.
Perkara itu disebut Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk dalam ucapannya ketika merasmikan Tokong Teoh Fu Kiong di Hutan Melintang hari ini menggunakan perkataan “Hari Besar” seolah-olah merujuk kepada PRU14 yang kini menjadi tanda tanya ramai bila akan diadakan.
"Jangan lupa Hari Besar (Tahun Baharu Cina) akan sampai, lepas Tahun Baharu Cina akan ada “Hari Besar’ lain. Kalau dulu bikin silap, tak undi Barisan Nasional (BN) tak pa saya maafkan. Kalau boleh kali ini jangan bikin silap lagi woo,” katanya dalam loghat Tionghoa berbahasa Melayu.
Ucapan Zahid itu disambut sorakan lebih 500 masyarakat Tionghoa setempat yang hadir pada majlis perasmian tokong itu.
Tahun Baharu Cina dijangka disambut pada 16 dan 17 Feb 2018.
Tarikh luput mandat kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional (BN) pada 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh luput itu.
Bernama, 26 November, 2017.
The Malaysian Insight
Read More

Sunday, 26 February 2017

[Video] Kejutan Mahathir, berani hadir di Konvensyen Reformis! & Pas Belum Tentu Boleh Menang Satu Kerusi Pun PRU14...Pemimpin bermewah-mewah, rakyat termengah-mengah!

Ahad, 26 Februari 2017

Pemimpin bermewah-mewah, rakyat termengah-mengah

RM38.5 bilion adalah jangkaan kutipan GST bagi tahun 2016. Seluruh rakyat terkesan dengan sistem cukai ini bermula dari bayi didalam kandungan hinggalah jenazah yang akan dikebumikan.

Namun jika dibahagikan kepada 31.7 juta rakyat Malaysia pada jumlah kutipan GST 2016, setiap individu yang bergelar warganegara layak menerima RM1200 seorang. Maknanya ia setara dengan pemberian BR1M yang diumumkan pada pembentangan bajet 2017 baru-baru ini.

Namun persoalan yang harus difikir rakyat untuk ditanyakan kepada kerajaan memerintah hari ini, apakah setiap dari kita menerima wang tersebut? Atau yang berkeluarga hanya menerima RM1200 untuk setiap keluarga dan bukannya secara individu?

Kerajaan juga perlu sedar bilangan ahli keluarga bukanlah semuanya seragam. Mungkin ada keluarga yang jika dijumlah dari ibu bapa sehingga anak kecil mempunyai bilangan lebih dari 6 orang. Sudah tentu ia menjadi beban kerana semakin besar bilangan ahli keluarga bermakna jumlah GST yang dikeluarkan juga akan membesar.

Bayangkan jika 6 orang sekeluarga mengeluarkan RM1200 seorang untuk GST, bermakna ada keluarga yang terpaksa membayar RM7200 setahun untuk GST, tetapi ianya hanya diberi "bantuan" sebanyak RM1200 dengan BR1M. Lalu rakyat diseru oleh sesetengah pihak untuk bersyukur secara membuta tuli.

Dengan segala macam kos yang mengalami kenaikan serta pengurangan subsidi atau penghapusan subsidi(walhal niatnya hanya untuk menaikkan harga), itu semua perlu ditanggung rakyat terbanyak. Apakah ini kerajaan yang harus kita pertahankan hari?

Rakyat punya pilihan setiap 5 tahun sekali untuk bertindak menukar kerajaan yang hanya menyajikan retorik kerajaan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan". Mungkin yang dimaksudkan itu sebenarnya rakyat didahulukan untuk membayar setiap beban dan salah tadbir urus yang dibina oleh kerajaan hari ini.

Slogan yang paling tepat untuk kerajaan laungkan pada rakyat selepas ini adalah "penimpin bermewah-mewah, tetapi rakyat bermengah-mengah".
LepakPolitik
11/11/2016
Read More

Wednesday, 1 February 2017

[Video] Apasal PAS tak nampak kepincangan yg dilakukan Najib! & Mampukah PAS pertahankan Kelantan?

Rabu, 1 Februasi 2017

Mampukah PAS pertahankan Kelantan?


KLUANG, 1 FEB: PAS mungkin tidak akan dapat mempertahankan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Hal ini kerana PAS baru-baru ini dilihat cukup ‘intim’ dengan UMNO, sedangkan rakyat Kelantan memang sudah lama menolak parti pemerintah itu tidak kira di peringkat negeri atau persekutuan, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
“Keunikan Kelantan termasuklah kekuatan rakyatnya menolak taktik UMNO menakutkan masyarakat dengan perkauman. Malah, taktik ‘takutkan DAP’ oleh UMNO pun gagal di Kelantan kerana rakyatnya mempunyai identiti yang kukuh.
“Tapi, apabila PAS dan UMNO kelihatan rapat sejak kebelakangan ini, PAS mungkin akan kehilangan imejnya sebagai parti kewilayahan atau anti-persekutuan di mata rakyat Kelantan,” katanya, merujuk kepada analisis kajian yang dilakukan pihaknya baru-baru ini.
Chin Tong menambah, kemungkinan itu akan lebih pasti jika Parti Amanah Negara (Amanah) memberi cabaran hebat kepada PAS di 10 daripada 33 kerusi DUN yang disandangnya kini
“Jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula memberi saingan di lima dari 12 kerusi DUN yang disandang UMNO, PAS dan UMNO mungkin tidak lagi secara mudah boleh bertanding antara satu sama lain di Kelantan.
“PAS mungkin terpaksa membentuk pakatan pilihan raya dengan UMNO di Kelantan, tidak kira secara sukarela atau demi kepentingan politik,” ujar Pengarah Pendidikan Politik DAP itu.
Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen pada PRU14, dengan mempertahankan Kelantan dan Selangor.
Pada masa ini, PAS menguasai 31 kerusi DUN di Kelantan, Amanah dan PKR masing-masing memegang satu kerusi DUN manakala UMNO 12 kerusi.
Baca analisis penuh oleh Liew Chin Tong di https://www.roketkini.com/2017/02/01/mampukah-pas-kekalkan-kelantan/– Roketkini.com
Read More

Friday, 25 November 2016

PRU14 pada Mac atau April tahun hadapan? MANA NAJIB? GAMBAR KENA 'CROP'? (Borneo Bulletin, 22 Nov. 2016).

Sabtu, 26 November 2016
MANA NAJIB ??!!.. GAMBAR KENA 'CROP'??!!
Ni bukan lagi 'mistake' yang tidak disengajakan ni. Semua memang tahap meluat dah. Apa nak jadi wey? Malunya kita?!
TAHUKAH ANDA.. akhbar mana ini??!!.. Tidak lain tidak bukan, dari negara jiran kita sendiri... Brunei Darussalam (Borneo Bulletin, 22 Nov. 2016).
Surat Pejabat daerah Besut yang menjadi viral di media sosial
Surat Pejabat daerah Besut yang menjadi viral di media sosial

PRU14 pada Mac atau April tahun hadapan?

Desas-desus Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mungkin berlangsung pada Mac tahun hadapan dilihat diyakini banyak pihak selepas satu surat rasmi daripada Pejabat Daerah Besut berkaitan petugas PRU14 menjadi viral sejak semalam.
Surat kepada Ketua Jabatan Kerajaan serta pengetua sekolah menengah dan guru besar sekolah rendah di daerah tersebut meminta mereka terbabit mengemukakan senarai pertugas pilihan raya sebelum 8 Disember nanti.
“Dengan hormatnya sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu sedang dalam proses membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang,” dipetik daripada surat bertarikh 23 November itu.
Lima petugas diperlukan iaitu Penyelia Pusat Mengundi (PPM), Ketua Tempat Mengundi (KTM), Kerani Pengundian/ Mengira Undi (KP/MU), Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) dan Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM).
Dalam hal berkaitan, Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa menjangkakan PRU14 bakal diadakan sebelum Ramadan sama ada Mac atau April tahun hadapan susulan daripada penangguhan usul Rang Undang Undang (RUU) 355 semalam.
Beliau yang juga Adun Salor dilapor berkata, tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sekadar membaca usul RUU tersebut boleh diterjemahkan sebagai PRU14 dijangka berlangsung sebelum Parlimen depan bersidang.
Bahkan, Husam berpendapat penangguhan pindaan Akta 355 itu sebagai langkah strategik yang menguntungkan Umno dan Pas apabila Umno dilihat jujur dalam memartabatkan hukum Islam manakala Pas pula tidak dilihat gagal dalam pendekatannya.
Untuk rekod, sidang Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang belum ditetapkan selepas persidangan mesyuarat ketiga penggal keempat Parlimen ke-13 berakhir semalam.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena