Showing posts with label Pemilihan PAS. Show all posts
Showing posts with label Pemilihan PAS. Show all posts

Monday, 1 June 2015

[Video] Siapa 'Boneka UMNO' yang mencatur Pemilihan PAS...Apa rancangan mereka pada muktamar kali ini?

Selasa, 2 Jun 2015
Bagaimana Hassan Ali Mencatur Pemilihan PAS

Bagaimana Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa sudah Lama Mencatur Pemilihan PAS, Tahun 2015 ini menyerlahkan lagipercaturan mereka setelah ketiadaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Mereka kini Menjadi Boneka UMNO..Ikuti seterusnya pendedahan oleh Ipoh Mali:

UG – Idea siapa?


Unity Government ini usul dari Ust Hadi sendiri. Siapa penyokongnya? Ust Nasharudin Mat Isa. Siapa penyokongnya? Hasan Ali al-Bugisi….

 Kenapa Gagal  Kenapa tak jadi? Tak jadi sebab, bila pemilihan dalam PAS berlaku hingga sekarang ini. Dulu-dulu dalam kepimpinan PAS, 80% adalah ulama’ …sekarang ni 75-80% adalah Parasit-parasit, Anwarinas-anwarinas….

Gagal Sebab Tuan Guru Nik Aziz.



Nik Aziz ini adalah seorang manusia tak mahu cerita Melayu lansung… Pasal Umno cerita Melayu, dia tak mahu cerita pasal Umno. Pasal Umno cerita pasal Melayu.

Nik Aziz tak nak… Melayu ni dia tak nak…Dia kata saya dilahirkan bukan sebagai Melayu. Saya dilahirkan sebagai orang Islam…Itu pandangan dia.

Mereka Menunggu TG Nik Aziz Tiada…

Kenapa Mereka Mahu Pro-Ulama’

Ust Hadi sebagai presiden tak boleh buat apa-apa sebab golongan ulama’ minoriti dalam Jawatankuasa Agong PAS Pusat.Majoriti 80% ialah Anwarinas….Dan juga saya namakan mereka sebagai parasit-parasit itu… Bagaimana Propaganda Hasan Ali Menyusup Masuk Dalam Pemilihan PAS?

 Ini sebabnya pemilihan kawasan menggunakan istilah parasit. 

Apa Rancangan mereka Pada Muktamar Kali Ini?



Apa yg perlu dilakukan, Pas ada pemilihan nanti…pada bulan Jun, ada pemilihan….  

Saudara-saudara, Apa yang sedang dibuat barangkali … setengah dari teman-teman , sedang mengusahakan supaya parasit-parasit ini tidak lagi dapat bertapak dalam PAS dan digantikan dengan ulama’-ulama’ …Demi Islam, demi Melayu…



Demi memertabatkan Islam dan Melayu, saya rasa, Tuan-tuan dan Puan-puan ... kalau misalnya Ust Hadi sahaja…kalau kepimpinan-kepimpinan dan beberapa kepimpinan Ulama’ yang saya kenal mereka, mereka rasanya tuan-tuan, mereka lebih... lebih...lebih bersedia bergabung dengan Umno daripada bergabung dengan DAP dan Pakatan Rakyat. 

Ingat Pesan TG Nik Aziz

Umno sekarang berpesta… pesta bahawa PAS dah masuk perangkap …PAS sama PAS dah kalut … PAS dengan Pakatan pun kalut…. Jadi PAS sama PAS dan berpecah …. Jadi Umno sudah berjaya. Berjaya memcahbelahkan orang PAS!

Mereka Terus Khianat….Mereka terus mempercayai Umno …Khianat rakan pakatan… Sila dengarkan rakamannya di sini 



Kredit kepada Ipoh Mali

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn 
Read More

Thursday, 30 April 2015

Pemilihan PAS: Pukulan TKO menanti kumpulan pro-Pakatan?

Khamis, 30 April 2015

Pemilihan PAS: TKO menanti kumpulan pro-Pakatan


Tidak sampai 24 jam lagi pencalonan bagi pemilihan PAS tahun ini akan ditutup dan calon layak bertanding akan berdepan cabaran sebenar dalam muktamar di Kuala Selangor Jun ini.

Pertarungan sebenar, sejak 2009, menyaksikan pertembungan jelas antara kumpulan pro-Pakatan Rakyat yang mengutamakan agenda merampas Putrajaya dan kelompok berbeza pandangan proulama.

Kumpulan kedua dilihat lebih mementingkan agenda Islam PAS, termasuk perkara kontroversi walaupun kurang strategik daripada aspek politik.

Dalam pemilihan kali ini, kumpulan pro-Pakatan dilihat melalui tugas sukar berdepan kumpulan proulama, yang mencuri perhatian perwakilan dengan wajah “kepimpinan ulama” yang mahu digilap semula.

Bahkan, kali ini, asakan mereka bermula daripada peringkat akar umbi lagi apabila seorang demi seorang calon pro-Pakatan berjaya dicantas daripada bawah.

Antara “singa" yang berjaya dijinakkan kumpulan proulama termasuk bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar atas, kanan).

Walaupun mengetuai PAS Kampar selama 14 tahun, Nizar akhirnya tewas dalam pertandingkan yang dipertua kawasan kepada ulama setempat yang kurang dikenali Mohd Sofian Rejab

Sementara itu, kawalan proulama di peringkat akar umbi pula memberikan kelebihan kepada golongan ini dalam keadaan corak “pengundian blok” di peringkat kawasan.

Kunci G5 pada YDP

Bermaksud, lima undi daripada sebuah kawasan PAS (dirujuk G5) ditentukan oleh kecenderungannya ketuanya di peringkat bawah.

Tidak hairanlah kini budaya “chai” (pengedaran senarai kumpulan) dilihat pengamat politik PAS bakal memainkan peranan penting kali ini.

"Trend pencalonan diberikan kepada proulama. Mereka memberi undi berdasarkan blok. Ini trend baru yang sebelum ini tak ketara sangat sebelum ini.

"Kita nampak akan mengundi (pemimpin dari) satu kumpulan. Ada senarainya.

"(Kumpulan) progresif bakal maut dengan pukulan TKO (pukulan maut)," kata seorang pemerhati politik dalaman PAS kepadaMalaysiakini.

Kumpulan proulama juga dilihat mempunyai gerak kerja lebih tersusun ketika pemilihan kali ini dikatakan antara yang palingkotor dalam sejarah PAS.

Kumpulan proulama dilihat memanfaatkan sebaiknya program parti bagi tujuan kempen, antaranya Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di Marang dan Himpunan Derita Rakyat (HINDAR) di Padang Merbok, Kuala Lumpur awal bulan ini.

Malah, kempen melalui siri multaqa (konvensyen) ulama PAS peringkat nasional dan negeri juga dilihat memainkan peranan ke arah melebarkan “kepimpinan ulama” melalui resolusi untuk mengukuhkan kepimpinan golongan itu.

Asakan 'makan diri' DAP

Di media sosial juga begitu, selain beberapa pemimpinnya yang lantang mengkritik kepimpinan presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, mereka terus ketinggalan dalam perang saraf di Internet.

"Tak ada kepimpinan. Tak ada visi (setakat ini). Ahmad Awang dilihat berseorangan, tetapi kumpulan progresif tidak dilihat bersama.

"Mereka hanya tunggu untuk dipukul habis-habisan. Kita tunggu dan lihat," kata sumber lagi.

Sementara itu, daripada aspek luaran pula, serangan bertubi-tubi DAP terhadap Hadi dilihat tidak sedikit pun melemahkan penguasaan kumpulan proulama, mahupun kepimpinan anggota Parlimen Marang itu.

Walaupun Hadi berdepan kritikan paling lantang sejak 13 tahun menerajui PAS, asakan berlebihan daripada luar hanya mengundang kebimbangan dalaman terhadap maruah parti Islam itu daripada diperkotak-katikkan oleh DAP.

Malah, ia menyebabkan kumpulan pro-Pakatan tersepit. Ia sekali gus membantutkan asakan supaya dilihat 'patriotik' dan tidak dituduh bersekongkol dengan DAP – yang mempunyai masalah serius terhadap dasar-dasar Islam PAS sejak dahulu lagi.

Akhirnya, undi simpati terus memberikan kelebihan kepada Hadi. Ini ditambah lagi dengan faktor kesihatan Hadi yang merosot akhir-akhir ini.

Ini tergambar daripada jumlah pencalonan diterima Hadi yang masih utuh, walaupun tokoh ulama PAS Ahmad Awang digembur-gemburkan sejak sekian lama mampu membuat kejutan.

Malah, ketika Hadi memberi alasan kesihatan apabila gagal hadir ke mesyuarat Pakatan sebelum ini, DAP masih terusmengasaknya dengan menggesa Hadi tidak lagi ponteng demi melicinkan perjalanan Pakatan.

Bagaimanapun, faktor ini ditolak oleh kumpulan pro-Pakatan yang melihatnya pemilihan kali ini semata-mata pertembungan jalur fikrah berbeza dalam PAS.
Malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena