Showing posts with label Penyamun. Show all posts
Showing posts with label Penyamun. Show all posts

Wednesday, 9 November 2016

[Video 'Siapa korup, penyamun?'] Subsidi dipotong, rakyat mengamuk harga barang naik mendadak...Apasal, Pejuang2 Ketuanan Melayu...MEMBISU !!

Rabu, 9 November 2016



WOWW !!!.. dulu dah bayar RM76.8 juta.. Lps tu 'renewed' lagi tambah satu tahun !!!..
NAJIB BAYAR PULUH2 JUTA RINGGIT TU GUNA DUIT SIAPA !!!
YANG NI... kenapa
Mufti Perak... BISU !!!
Jamal Jamban... BISU !!!
NGO-NGO pro Umno... BISU !!!
Menteri2 melayu (IC Islam)... BISU !!!
Ularmak Umno... BISU !!!
Penasihat2 Agama Negara... BISU !!!
Pejuang2 Ketuanan Melayu... BISU !!!
Mufti2 seluruh negara yg dibayar gaji oleh KERAjaan Umno/BN... BISU !!!

Harga ikan ..Selar Kuning..
Macam mana nak hidup kawan2...?

Subsidi dipotong, rakyat mengamuk harga barang naik mendadak

img-20161109-wa0027

KLUANG, 9 NOV: Tindakan kerajaan membatalkan peruntukan RM1 bilion subsidi minyak masak dan barangan keperluan harian lain telah menyebabkan peningkatan drastik harga barang keperluan sehingga amat membebankan pengguna.
Kesal dengan perkara itu, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata tiada sebarang pelarasan dasar dibuat oleh kerajaan demi menjamin kebajikan rakyat selepas membuat pemotongan subsidi terbabit.
Menurutnya, RM1 bilion yang kononnya ‘dijimatkan’ kerajaan patut dikembalikan kepada rakyat melalui satu rangka polisi yang lebih bersepadu dan komprehensif.
img-20161109-wa0025“Inilah tanggungjawab sebenar kerajaan untuk memastikan setiap rakyat dari semua lapisan masyarakat dapat hidup dengan lebih selesa.
“Ironinya, kerajaan hari ini memansuhkan subsidi barangan keperluan harian. Pada masa sama, membiarkan rakyat hidup melarat akibat krisis ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Sheikh Omar menjelaskan, pihaknya menerima banyak rungutan daripada warga Kluang akibat rasa tidak puas hati mereka dengan kenaikan mendadak harga minyak masak di negara ini.
Rata-rata masyarakat menganggap kerajaan telah gagal menguruskan ekonomi negara secara telus, bijak dan berhemah.
“Antara aduan paling kerap kami terima ialah, label harga pada botol minyak masak masih menunjukkan harga lama yang disubsidi.
“Tetapi, kedai atau pasaraya menjualnya mengikut harga baru yang lebih mahal tanpa subsidi selepas 1 November 2016,” ujarnya.
Beliau dan ahli-ahli DAP Kluang telah mengambil inisiatif ke pasaraya Pacific di Kluang Mall semalam sejurus menerima aduan dari penduduk di situ.
Ia berikutan cetakan harga minyak masak jenama ‘Knife’ dalam botol 5kg yang dijual di situ tertulis harga sebelum pemotongan subsidi, iaitu sebanyak RM14.70.
“Namun, pengguna terpaksa membayar dengan harga RM23.10.
“Hal ini menguatkan lagi kesangsian pengguna bahawa stok-stok minyak masak ini telah disembunyikan bagi tujuan keuntungan pihak-pihak tertentu,” tegasnya. – Roketkini.com
Read More

Monday, 24 October 2016

[Video] 'Najib juga tidak hormat Parlimen tak hadir perbahasan bajet' & Umno yang patut malu, negara diperintah pencuri, perompak, penyamun.

Isnin, 24 Oktober 2016

Najib nak jadi PM selama 22 tahun...??

ALANGKAH BAGUSNYA kalau Najib kekal PM sampai mati..

- Byk aset negara bakal tergadai..
- GST terus kekal rompak duit rakyat..
- Rosmah Najib bermewah terbang naik jet mewah
- Rakyat terus diTOLolkan Najib..
- 1.5 juta bangladesh bakal temui anda...
- Boleh bayar hutang judi lagi

DAN LAGI ???

Umno yang patut malu, negara diperintah pencuri, perompak, penyamun, kata MP

Pemimpin Umno yang patut malu apabila menjadi pemimpin negara yang dirujuk sebagai 'global kleptocracy' atau negara yang diperintah oleh PPP - pencuri, perompak dan penyamun, kata ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Menurut beliau, pembangkang tidak perlu malu dengan tindakan mereka meninggalkan Dewan Rakyat ketika perdana menteri sedang membentangkan belanjawan negara.
"Saya tidak pernah rasa semalu ini selepas umur saya 75 tahun hidup di negara yang saya sayang ini di mana saya bersedia untuk berkorban kebebasan saya tetapi sangat malu apabila negara saya dikenali seluruh dunia sebagai negara 'global kleprocracy' yang diperintah oleh PPP - Pencuri, Perompak dan Penyamun!" kata Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.
Beliau mengulas kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, menteri pertahanan Datuk Seri Hishamudin Hussein dan menteri belia dan sukan Khairy Jamaludin yang mempertikaikan tindakan pembangkang keluar meninggalkan Dewan Rakyat ketika Najib sedang membentangkan Bajet 2017.
Bagi beliau, Parlimen adalah tempat yang pertama patut dinyatakan penentangan dan protes secara nyata dan jelas ke seluruh dunia terhadap gelaran 'global kleprocracy' ini.
"Tidak ada pilihan untuk Parlimen dan negara untuk hanya berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa gelaran yang diberikan dunia bahawa Malaysia adalah 'global kleptocracy'," kata Kit Siang.
Media dunia menyerang Malaysia sebagai 'global kleptocracy' atau negara pengubah wang haram ekoran skandal 1MDB yang dikaitkan dengan perdana menteri Najib.
Jababatan Kehakiman (DoJ) Amerika telah mengambil tindakan dengan membekukan semua aset yang dikaitkan dengan 1MDB di negara itu manakala Singapura juga membuat tindakan mereka termasuk menutup dua cawangan bank yang terlibat dengannya.
Pembangkang mengambil tindakan keluar dari Dewan Rakyat ketika Najib sedang menyampaikan Bajet 2017 Jumaat lalu apabila Najib bertanya, siapa bersandiwara dan diikuti dengan kenyataan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, "MO1".
Najib dalam ucapannya berkata beliau mendengar ada pihak yang membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 sebagai satu sandiwara kerajaan.
"Baru-baru ini kita mendengar ada pihak buat tuduhan bahawa Bajet 2017 satu sandiwara kononnya tanpa substance kerajaan tidak mempunyai wang mencukupi.
"Malah ada seorang pemimpin pembangkang menyebut pula Malaysia mengalami ribut ekonomi yang sukar pada kaumnya.
"Saudara saudari sekian saya nak tanya disini... siapa yang main sendiwara...siapa yang tiada substance..dimana mulanya timbul ribut ini?," tanya Najib beberapa kali sebelum dijawab ahli parlimen pembangkang yang berteriak "MO1".
Najib kemudian berkata, beliau tidak kesah kalau ahli pembangkang keluar.
"Saya boleh simpulkan seperti berikut.... (suasa riuh rendah) dengar- dengar ya...Kalau nak keluar keluarlah takpa," kata Najib.
Walau bagaimanapun, melihatkan bantahan Ahli Parlimen pembangkang berlarutan, Speaker meminta mereka keluar dari Dewan Rakyat.
"Ahli yang berhormat jika tidak minat dengar bajet dengan tabiat begini sila keluar," kata Pandikar diikuti dengan tindakan semua ahli parlimen pembangkang keluar kecuali dari Pas dan beberapa yang lain.
Read More

Wednesday, 25 February 2015

'Penyamun pemimpin Melayu' ini yang kamu sanjung? Mengaut keuntungan hasil titik peluh orang lain...

Khamis, 26 Februari 2015


Inilah cara mereka merompak, menyamun kekayaan rakyat yang berhempas pulas berkerja... TETAPI si penyangak keris telanjang dok dlm bilik air-cond bertali leher dgn selamba mengaut keuntungan hasil titik peluh org lain..

KALAU TAK MEROMPAK Bukan UMNO Namanya !!!
Kalau kerjanya merompak buat apa saja lah saham itu ini tak kan berkat akhirnya... Last2 FGVH kerugian 96 peratus drpd RM499.4 juta berkurangan menjadi RM20.21 juta shj..

#melayuUMNOtipuMelayuPeneroka
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena