Showing posts with label Rasis. Show all posts
Showing posts with label Rasis. Show all posts

Thursday, 26 January 2017

[Video] Amaran kerajaan! Jangan sebar maklumat palsu...DALAM NEGARA, engko gelar rasis 'cina babi'! (LUAR NEGARA Komunis-China, engko sanjung?)

Jumaat 27 Januari 2017
Foto Suara Rakyat.
KENAPA TIBA-TIBA artikel ustaz Kazim Elias di Berita Harian yg bertarikh 25 April 2014 DIPADAMKAN ???

atau NAK SOROK DARIPADA PENGETAHUAN RAKYAT KA!!

Sejarah Tak Pernah Menipu..

Boleh check di sini.. http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Kufurjikatolakhudud/Article
Foto Suara Rakyat.

Sedikit demi sedikit apa saja berkait komunis-China dibawa masuk ke negara kita..
Yang 'DALAM NEGARA', ko gelar ko rasis cina babi..
Yang 'LUAR NEGARA' komunis-China, ko sanjung, ko puji, ko jilat sampai sanggup bersetongkol bersama mereka.. Akhirnya aset2 negara tergadai & sanggup berhutang berpuluh2 bilion ringgit lagi kpd mereka..

Jangan sebar maklumat palsu, wahai rakan media


Amaran kerajaan untuk tidak menyebarkan berita palsu akhirnya tidak diendahkan media arus perdana sendiri.
Ini boleh dilihat bagaimana mereka melaporkan ulasan di Malaysiakini semalam, yang kebetulan turut disiarkan sebuah lagi penerbitan, Malay Mail Online.

Artikel bertajuk “Apa salahnya DAP jadi TPM?” itu jelas menyatakan Zulhazmi Shariff, yang merupakan anggota jawatankuasa Biro Guaman DAP Kedah, sebagai penulisnya.
Membangkitkan isu perlembagaan, Zuhazmi yang juga seorang peguam berhujah, perkara itu bukan suatu kesalahan malah tidak dihalang oleh Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan, katanya, tidak pernah mensyaratkan bahawa seorang perdana menteri hendaklah seorang Melayu-Islam.
Zulhazmi menulis artikel itu sebagai reaksi terhadap cabaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya pemimpin DAP Lim Kit Siang “mengakui impiannya” untuk menjadi timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times (NST) dan TV3 memilih melaporkan kononnya Malaysiakini menyokong atau mencadangkan perkara itu.
Muka depan Utusan, akhbar Umno, jelas terpampang “Malaysiakini sokong Kit Siang jadi TPM”.

NST pula di halaman 10 menyiarkan tulisan bertajuk “Malaysiakini: Lim eligible to be DPM” (Malaysiakini: Lim Layak jadi TPM).
Malah, Malaysiakini sebagai sebuah portal berita bebas yang melaporkan berita kedua-dua pihak, dituduh pula sebagai “pro-DAP”, seperti tidak cukup dengan gelaran kononnya Malaysiakini “propembangkang” sebelum ini.

Perenggan pertamanya menyebut: “Sebuah portal berita pro-DAP semalam mengisytiharkan bahawa pemimpin parti itu Lim Kit Siang layak menjadi timbalan perdana menteri”.
Berita Harian pula menyebut “Portal Berita Malaysiakini mencadangkan ketua ahli parlimen DAP Lim Kit Siang sebagai calon timbalan perdana menteri atau perdana menteri.”
Bagaimanapun, lebih beretika berbanding yang lain, Berita Harian di perenggan seterusnya menyebut artikel itu ditulis oleh seorang penyokong DAP.

Akhbar lain pula mungkin tidak nampak perkataan “ULASAN”, dengan huruf besar dan berwarna biru di bahagian ringkasan berita (halaman depan) dan di permulaan artikel – yang sudah pasti bermaksud ia pandangan penulis itu.
Atau, artikel itu tidak dibaca sampai habis untuk ke barisan terakhir yang menyebut “ZULHAZMI SHARIFF adalah Ahli Jawatankuasa Biro Guaman DAP Kedah”.
Bagaimanapun, diharapkan langkah ini bukanlah usaha untuk memburukkan-burukkan Malaysiakini dengan penyebaran berita palsu.

Malah, Malaysiakini digambarkan sebagai satu-satunya media yang menyiarkan pandangan itu. Malay Mail Online turut menyiarkan artikel sama, yang kebetulan tajuknya juga sama.
Apa pun kemungkinannya, Malaysiakini ingin mengingatkan berkaitan bahaya penyebaran maklumat palsu dan keperluan berpegang kepada etika kewartawanan, yang ditegaskan menteri-menteri kita berulang kali.
Malaysiakini sedang mempertimbangkan akan memasukkan penafian dalam artikel dimuatkan dalam portal ini di masa depan supaya perkara ini tidak berulang.
Mungkin berita yang memuatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak patut terdapat penafian sebegini:

“Datuk Seri Najib Razak ialah perdana menteri Malaysia dan bukan kakitangan Malaysiakini. Pandangan ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini”.
Untuk rekod juga, Malaysiakini bukan pro-DAP, propembangkang, pro-Amerika, pro-Yahudi, pro-Cina, pro-Soros, pro-liberal, pro-Syiah dan macam-macam “pro” lagi.

Kami cuma pro laporan yang objektif dan profesional.

NOTA PENGARANG: Ya, artikel ini melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini!
Malaysiakini.
Read More

Monday, 9 February 2015

[Video] Ridhuan Sanggup Hina Bangsanya Sendiri Cina...Menagih Perhatian Umno Dan Najib

Isnin, 9 Februari 2015

ISLAM ABHORS RACISM

Ridhuan Sanggup Hina Bangsa Sendiri Untuk Tagih Perhatian Umno Dan Najib


Sama ada Anwar Ibrahim bebas atau tidak pada 10 Februari 2015, keputusan penghakiman kes liwatnya, itu sudah tidak penting lagi bagi Malaysia.

Adapun, kadang kala seperti tiada. Tidak banyak menguntungkan Islam. Apa yang lebih penting, agenda masa depan agama, bangsa dan negara mesti diperkasakan.

Heboh diperkatakan, siapakah yang akan menerajui Pakatan Rakyat? Jawapan saya, paling penting, sesiapapun, mereka tidak boleh tunduk kepada ultra kiasu yang semakin hari semakin agresif dan celupar mulutnya. Islam dicerca, Perlembagaan dihina.

Lihat sahaja isu banjir. Pemimpin ultra kiasu begitu bongkak mengatakan rakyat Kelantan seperti tiada kerajaan ketika banjir. Penghinaan itu bukan hanya ditujukan kepada kerajaan Islam Kelantan diterajui PAS, tetapi kepada raja yang berdaulat.

Jika bandar raya Pulau Pinang diuji sedemikian rupa, kita nak tengok sejauh mana ultra kiasu ini pandai mengurus negerinya ketika banjir. Saya bukanlah mendoakan.

Menurut PAS, Kelantan dihina oleh ultra kiasu dengan hanya sumbangan bantuan banjir dan lawatan sehari ke Kelantan selepas banjir sudah surut. Mereka tidak datang semasa banjir memuncak. Mereka tidak tahu bagaimana sukarnya kerajaan Kelantan untuk menguruskan bantuan apabila semua perhubungan terputus walaupun dibantu kerajaan pusat.

Selama lebih 20 tahun PAS mentadbir Kelantan, tanpa bantuan ultra kiasu, apakah PAS begitu hina untuk menerima bantuan mereka kali ini? Saya cadangkan, jika masih perlukan bantuan tambahan, bisiklah pada perdana menteri (PM), saya yakin PM akan beri.

Selepas penghinaan dibuat, tidak semena-mena mereka datang ke Kelantan untuk membantu, bagi mengaburi hati rakyat, menunjukkan mereka itu baik. Pandai sungguh berlakon dan mengaburi mata orang.

Bila ada bencana, mereka pergi dan cepat-cepat ambil gambar. Tunjukkan dalam laman sosial, mereka buat kerja, begitu prihatin. Walhal, datang tunjuk muka sahaja. Misalnya, aksi memberus baju, lantai dan sebagainya.

Sama juga lakonan klip video 5 minit bertajuk “1 goat year, 1 great family”, lakonan ultra kiasu dan PAS Shah Alam. Bukan main rapat lagi duduknya dengan “gadis-gadis comel” di situ. Nasib baik ada sebiji bantal yang memisah.

Jika tidak sudah macam orang bersanding pulak. Sejak bila orang PAS ini pandai berlakon dan bersosial? Jika marahkan sangat pada kerajaan hari ini, tidak payah sehingga menggadaikan prinsip.

Ultra kiasu bernasib baik kerana mewarisi negeri yang maju dan banyak duit seperti Pulau Pinang dan Selangor. Jadi, tidaklah sesuatu yang luar biasa jika kita berjaya mentadbirkannya. Pemimpin terdahulu, berjaya meletakkan tanda arasnya.

Jika Pulau Pinang, dahulunya sebelum menang pilihan raya, keadaannya masih hutan belukar, kemudian dimajukan, barulah ultra kiasu nampak hebat. Keadaan tidak berlaku sebegitu. Ultra kiasu masih tidak insaf, kokoknya berderai-derai, ekor bergelumang tahi. Hanya yang celik sahaja dapat membezakan.

Sebab itu, mereka mahu sangat pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diadakan, terutama di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sudahlah kawasan Parlimen semua mereka sapu. Hari ini majlis bandaraya pun mereka mahu tawan. Nak cari signage bahasa Melayu pun susah.

Sebelum terlambat, eloklah datuk bandar Kuala Lumpur fikirkan, menggantungkan kalimah Allah dan tulisan jawi di merata tempat di Kuala Lumpur, agar terpancar sedikit identitinya. Apa nak ditakutkan, bukankah puak-puak ultra kiasu mahu gunakan kalimah Allah, tentu mereka setuju.

Ingatan saya kepada PAS, jadikanlah banjir ini sebagai titik tolak perpaduan umat Islam, tolaklah musuh yang sebenar, hulurkan tali silaturahim kepada sebangsa dan seagama.

Datuk Kazim Elias dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang menjadi sasaran serangan ultra kiasu disebabkan oleh kenyataan mereka. Saya tidak nampak ada salahnya dari segi fakta akademik, walaupun mungkin ada sedikit berbau perkauman.

Berbanding dengan tuduhan khutbah Jakim ekstrem, pelukis yang menterbalikkan gambar Agong serta simbol negara, penternak ikan keli babi, kes belacan dan bihun kotor, tofu babi dan lain-lain. Sengaja atau tidak dilakukan?

Peliknya, ultra kiasu dan sekutunya MCA dan Gerakan tidak pula lantang mengkritik perlakuan hina ini seperti yang dilakukan terhadap Ismail Sabri. Begitu juga segelintir pemimpin Sabah dan Sarawak yang menuduh saya rasis dan ekstremis. Mari kita berdebat secara anak jantan untuk leraikan kekeliruan. Baru ada telor.

Apabila ultra kiasu bercakap atau bersuara, semua akan berkata, itu hak asasi manusia atau kebebasan bersuara. Bila kita atau sesiapa sahaja bercakap atau menulis atas nama hak dan fakta, seperti yang berlaku pada kami semua, maka akan dituduh rasis. Akhirnya, kami yang benar jadi salah, ultra kiasu salah jadi betul. 
– sinarharian
BLM.
Read More

Friday, 6 February 2015

Bukan Cina, Bukan India, Bukan Melayu...Politikus sebenarnya yang RASIS!

Jumaat, 6 Februari 2015

Taw tak pe..

Bukan Cina, Bukan Melayu.. tetapi puak Politikus sebenarnya yang RASIS

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Menjadi viral video Ustaz Kazim Elias kritik bangsa cina. Beliau sendiri sudah buat laporan polis sebelum orang lain buat apabila mengetahui video tersebut tersebar.

2) Dalam video tersebut, secara ringkasnya beliau mengherdik orang Cina yang mempersoalkan ketuanan Melayu. Orang melayu jadi askar, jadi bomba, jadi cleaner bergadai nyawa menjaga keamanan, sedangkan orang Cina bersukaria dikelab-kelab malam, minum arak dan sebagainya.

3) Ustaz Kazim Elias menggambarkan bahawa orang Cina seolah-olah menjadi tuan disebabkan kebaikan orang Melayu bertolak ansur memberi Tanah, memberi kerakyatan, dan sebagainya.

4) Orang Cina melihat isi video itu sebagai perkara yang ofensif dan menghina kaum Cina. Dengan cepat mereka melabel Ustaz Kazim Elias sebagai rasis.

5) Saya Nampak ada kebenaran kata-kata Ustaz Kazim Elias, tetapi sangat tidak tepat jika ditujukan kepada seluruh kaum Cina. Maka Cina yang tidak bertepatan dengan contoh yang diberi oleh Ustaz Kazim akan bangun menentang kenyataan tersebut.


6) Jika pun hanya 5 % orang Cina memprotes, ia sudah cukup untuk menghuru-harakan keadaan. Orang Cina ada berapa juta dalam Negara kita? katakana ada 5 juta. 5% daripada 5 juta = 250ribu orang yang memprotes.

7) Mereka tampil membuat kenyataan balas yang saya selalu sebut reverse Rasism. Orang Cina bayar cukai itu dan ini, dan pembayar cukai terbesar dalam Negara, tetapi biasiswa dan bantuan kerajaan semuanya dapat kepada bumiputera.

8 ) Orang Cina memajukan Negara dalam pelbagai sector, tetapi Cina menjadi seolah-olah warganegara kelas kedua. Di mana adilnya?

9) Melayu akan jawab balas, kami sudah kasi Tanah, kerakyatan, jawatan politik dan macam-macam lagi, tarak cukup kaaa?!

10) Cina jawab balik Lu kasi Tanah lu kutip cukai maa. Lu kasi kerakyatan, tapi lu selalu halau kami balik Tiongsan maa. Lu kasi jawatan politik sebab lu takut kalah pilihanraya maa.

11) Melayu jawab lagi, kami kasi kamu berniaga, kamu naikkah harga barang. Kami kasi kamu kuasa ekonomi, sekarang kamu mau kuasa politik pula. Kami ajak kamu jadi askar sama-sama, kamu mau jadi tauke.

12) Cina jawab balik...Lu orang Melayu malas kerja maa. Itu macam kamu tak boleh maju. Semua mau kerja mudah, tapi mau kaya cepat. Lu kasi anak-anak Melayu biasiswa, anak-anak kami kena cari duit sendiri. Itu pasal anak-anak kamu malas maa.

13) Melayu jawab : Menate Cina ni Rasis! Woiiii $@^$@^&!!!! Balik Tiongsan laa woii!

14) Maaf... tulisan ini tiada kena mengena dengan sesiapa. Saya cuma mahu ketengahkan, apabila Rasis dan reverse rasis bertengkar, tidak akan ada penamat. Ia akan melahirkan kebencian yang berantai. Hatred will breed hatred.

15) Samada Melayu, atau Cina, atau India atau sesiapa, respect each other. Hidup hanya sekali. Why not we respect each other? Why not treat each other in good manners? There is no another life to restart our relationship.

16) Semua orang perlu bersatu. Yang menjadikan perpecahan kaum, adalah orang Politik. Demi mencapai kemahuan politik, mereka akan guna agama, perkauman, ekonomi dan apa jua isu untuk memperoleh laba politik dan kuasa.

17) Tak kira orang politik itu Melayu, Cina, India , Malaun, orang Nameck, orang Saiya, dan sebagainya. Asalkan dalam kepala otak ada DNA politik, mereka akan cari jalan apa saja untuk dapatkan kuasa.

18) Lihatlah kepala otak Lim Kit Siang. Dia orang Cina. Lihat kenyataan-kenyataannya terhadap Melayu. Memang kelihatan Rasis. Sebab dia orang politik. Lihat pula kepada Ah Meng orang kampong Sedudu. Dia orang CIna, bekerja sebagai penanam sayur. Dia tak pernah kritik Melayu sbg Rasis. Dia selalu berkawan dgn Melayu. Sebab dia bukan orang Politik.

19) Lihat pula Ismail Sabri. Dia orang Melayu. Dia kritik dan mahu tauke Cina. Dia dianggap Rasis. Sebab dia orang Politik. Tok dalang dari kampong Durian Runtuh, tak pernah mahu boikot orang Cina. Berkawan baik saja dengan Ah Tong tauke getah. Sebab Tok Dalang bukan orang politik.

20) Ustaz Kazim Elias. Dia orang Melayu. Dia dikenali sebagi ustaz, mengajar agama, ceramah motivasi. Tetapi dia ada kepala otak politik. Midanya minda politik. Tak perlu nafi. Maka dia akan keluarkan kenyataan berbaur politik dan boleh menjadi rasis.

21) Ustaz Azhar Idrus, pendakwah yang sangat popular. Sering menafikan bahawa dia orang politik. tetapi mindanya minda politik. Jadi dia akan keluarkan kenyataan berbaur politik.

22) Jadi orang-orang yang berkepala otak politik mestilah berhati-hati. Sebab orang-orang politik pastinya mempunyai musuh politik yang juga habit berpolitik. Setiap kenyataan anda akan diguna dalam pelbagai cara untuk meraih laba politik oleh musuh olitik anda.

23) Dan tentunya mereka akan nampakkan anda sebagai orang yang beralah dan patut dihukum.

Sekian.

p/s: panjang nya saya merepek.
Posted by Kedah Lanie 
Read More

Monday, 2 February 2015

RASIS! Boikot PENIAGA cina M'sia...Bacul bila boikot produk Israel!

Isnin, 2 Februari 2015

Inilah contoh 'TERBAIK' rasis dlm negara kita..
Begitu mudah kerja2 menteri yg dibayar cukai2 rakyat..
KE MANA pergi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010 ???
Adakah menteri2 berkenaan suda 'mati' ka atau MAKAN GAJI BUTA ???
BENAR kata Mahathir... "Pemimpin & pendokong UMNO sama2 bodoh, HANYA YANG BODOH SAJA ada dalam UMNO"

Lan Ibrahim


Khas buat & teristimewa macai2 & pendokong UMNO..
Cuba baca & faham betul2 parti manakah sebenarnya yang RASIS..

HAKIKATNYA...
Dalam parti DAP pelbagai bangsa Cina, Melayu & India....

TETAPI dlm UMNO ada siapa ???
UMNO untuk Melayu
MCA untuk Cina
MIC untuk India

Boikot peniaga Cina kalau mahu harga barang turun, kata menteri

 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan posting dalam Facebok beliau menggesa orang Melayu memulau perniagaan Cina. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2015.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan posting dalam Facebok beliau menggesa orang Melayu memulau perniagaan Cina. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2015.

Pengguna Melayu dinasihatkan memboikot perniagaan kaum Cina untuk memberi tekanan supaya harga barang di pasaran jatuh, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu dalam posting di akaun Facebooknya berkata, kuasa membeli yang besar berada pada tangan pengguna yang majoritinya kaum Melayu.
"Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan) yang patut gunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga barang tanpa sebab munasabah, kuasa terbesar ada pada pengguna.
"Majoriti pengguna adalah Melayu, Cina adalah minoriti, kalau Melayu boikot perniagaan mereka, tentu mereka tiada pilihan untuk turunkan harga barang," katanya.
Ismail yang juga bekas menteri KPDNKK, semasa dihubungi The Malaysian Insider, mengesahkan kenyataan yang dibuatnya semalam dalam akaun Facebook miliknya itu.
Menjelaskan mengenai kenyataan tersebut, Ismail berkata ia ditujukan kepada peniaga Cina yang masih enggan menurunkan harga barang walaupun harga runcit minyak sudah diturunkan.
"Saya tujukan kepada peniaga-peniaga Cina yang liat untuk turunkan harga barang walaupun minyak turun harga.
"Yang saya tekankan jangan letak semata-mata kepada kerajaan untuk turunkan harga sebab selaku pengguna yang lebih ramai berbanding peniaga, mereka boleh gunakan kuasa mereka untuk tekan peniaga turunkan harga," terang beliau.
Beliau juga di dalam status Facebooknya mempersoalkan sikap pengguna Melayu yang masih makan di kedai milik kaum Cina yang diragui status halalnya walaupun terdapat banyak restoran Melayu yang lain.
"Bayangkan banyak kedai makan Cina yang tiada logo halal dan beberapa kali diserbu serta ditangkap kerana kehalalan meragukan, Melayu masih berpusu-pusu di restoran sedang beribu-ribu restoran Melayu yang sah halal," katanya.
Ismail memberi contoh restoran kopitiam Old Town White Coffee yang didakwanya dimiliki pemimpin DAP.
"Lihat sahaja Old Town White Coffee, diragui baru-baru ini. Tapi masih orang Melayu gagal untuk boikot.
"Lebih-lebih lagi pemiliknya dikatakan Ngeh, keluarga DAP Perak yang terkenal anti-Islam," katanya merujuk Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.
"Selagi Melayu tidak berubah, selagi itu Cina ambil kesempatan untuk tindas Melayu," katanya.
Status Ismail Sabri itu mendapat sokongan ramai pengikut dan rakannya di Facebook.
Antaranya, seorang pengguna Facebook, Haris Fadzlah, yang berkata: "Tahniah kepada YB DS Ismail Sabri saya harap ramai lagi menteri berani memberikan statement begini. Hanya kepada Menteri Anak Jantan je yg berani."
Eizwan Abdullah menulis komen: "Menteri Pertanian, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seru Melayu boikot Old Town White Coffee. Tabiklah!"
Seorang yang menamakan dirinya "Apa Sengeh-sengeh" juga mengucapkan tahniah kepada Ismail dan menambah, "Seorang pejuang akan berjuang tanpa rasa takut akan sesuatu... menyatakan kebenaran memang amat pahit... menyedarkan bangsa Melayu ini bukan tugas mudah... teruskan perjuangan Dato Seri dan saya doakan ALLAH akan bersama2 Dato Seri...aamin."
Sementara Mimie Harianie Alias pula berkata: "Kita sebagai pengguna boleh mainkan peranan sama. Betul apa yang dikata DS Ismail Sabri ni. Kita kalau bersatu... Penjual nak tak nak akan Ikut apa yang kita nakkan. Kuasa membeli di tangan kita."
Seorang lagi pengguna dengan nama Rafi Awg Kechik II menulis komen: "Setuju dgn YB DS Ismail Sabri..selagi Melayu tidak berubah maka selagi itulah Cina akn tindas Melayu..." – 2 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/boikot-peniaga-cina-kalau-mahu-harga-barang-turun-kata-menteri#sthash.rwbuoFl1.dpuf
Read More

Tuesday, 11 February 2014

Rasis: PAS mesti dibarisan hadapan atau PAS masih "malu-malu" ?

Selasa, 11 Februari 2014



PAS masih "malu-malu" ?


Perkauman masih menjadi juadah bagi UMNO dan sekutunya untuk dihidangkan kepada rakyat Malaysia walaupun sudah hampir 60 tahun merdeka.

Kini menjadi satu trend jika mana-mana rakyat Malaysia berbangsa Cina jika menghemtam dan membangkang kerajaan maka secara automatik dilabelkan sebagai "menghina Melayu,Islam dan Raja-Raja Melayu".

Bermula dengan isu sumbat kangkung dalam "mulut" PMNajib hingga kes Teresa Kok,UMNO dan NGOnya begitu bersemangat "mengipas" nya agar bertambah "api perkauman".

Bagaimana cara mengatasinya?

Di sini peranan PAS amat besar untuk menimbus,memampuskan dan menyahkanhasutan UMNO dan NGOnya.

Pimpinan PAS terutama pakar strateginya perlu memikirkan peranan PAS untuk ke hadapan dalam isu-isu ini.

Politik Malaysia masih tidak "mengizinkan" orang Cina ke hadapan untuk mengetuai demostrasi maupun kempen menjatuhkan UMNO.Jika orang Cina memainkan peranan ini,ianya satu modal yang amat "besar" bakal diraih oleh UMNO.Percayalah.

Inilah menyebabkan orang kampung,nelayan,peneroka begitu "teruja dan termakan"hasutan UMNO.Cina akan ambilalih negara ini!

PAS perlu memikirkan bagaimana PAS menjadi "pemimpin" dalam isu ini.

Lihat bagaimana peranan Unit Amal menjadi sebutan pujian di kalangan orang Cina yang mengambil bahagian dalam BERSIH sebelum ini.Mereka menganggap Unit Amal sebagai pelindung.

Jika "anak" PAS dianggap pelindung,bagaimana pula PAS sendiri?

Setakat ini walaupun PAS mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS,tetapi dalam isu membabitkan kaum Cina dan India,PAS belum begitu ke depan untuk menangani isu tersebut.Antaranya kes yang membabitkan kematian seperti Teoh Beng Hock dan Kugan.

PAS menjuarai kes Amirurasyid,DAP pula dengan kes Beng Hock dan PKR dalam kes Kugan.

Seolah-olah PAS untuk Melayu,DAP dengan kecinaannya dan PKR melalui Surendran dan Sivarasa untuk India.

Jika begini bagaimana PAS itu untuk semua ?
Posted by 
Read More

Thursday, 20 June 2013

NC: UiTM sokong Umno - "Cuba bayangkan kalau UiTM ini tidak wujud..Mungkin orang Melayu menjadi hamba..

Khamis, 20 Jun 2013
NC: UiTM sokong Umno, BN demi bumiputera

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Tan Sri Dr Sahol Hamid secara terbuka mengakui institusi pendidikan yang dipimpinnya menyokong BN dan Umno.
Dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia hari ini, beliau berkata hanya parti pemerintah itu dapat menjamin masa depan bumiputera dalam negara ini.
"UiTM menyokong kerajaan BN dan Umno sebab hanya BN dapat menentukan masa depan dan kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau diwawancara akhbar itu untuk mendapatkan maklum balasnya berhubung kenyataan NGO hak asasi Suaram yang berpendapat UiTM melanggar Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman.

Sahol mempertahankan UiTM yang dianggap membantu mengelakkan orang Melayu daripada menjadi hamba di tanah sendiri.
"Cuba bayangkan kalau UiTM ini tidak wujud. Mungkin ramai orang Melayu dan bumiputera jadi golongan miskin dan tidak berdaya. Mungkin selama-lamanya orang Melayu menjadi hamba di tanah air sendiri," katanya lagi.

Tanpa kewujudan UiTM juga, akhbar sama melaporkan, pelajar Melayu yang mahu ke Universiti Tunku Abdul Rahman yang 99.9 peratus pelajarnya adalah Cina, akan berhadapan kesukaran kerana faktor halal dan haram pemakanan.  

"Tutup UiTM bermakna hanya UTAR yang matlamatnya membangunkan profesional Cina akan wujud dan sama juga dengan kolej di Sungai Petani yang dimiliki MIC. 

"Jadi kenapa nak persoal UiTM, bukankah mereka juga rasis?" katanya.


Bumiputra di Sabah
Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang dan kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai bumiputera, terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antara berikut adalah sebahagian daripada kumpulan penduduk asli di Sabah:

Kadazandusun
Bajau
Melayu Brunei
Murut
Orang Sungai
Iranun
Bonggi
Kwijau
Paitan
Lun Bawang
Lundayeh
Kedayan
Suluk
Binadan
Bisaya [1]
Kokos
Rumanau
Lotud
Minokok
Tidung
Rungus
Kagayan
Tatana[2]
Tagaas
Ubian
Kimaragang
Bajau Laut
Ida'an
Inokang

Bumiputra di Sarawak
Senarai kumpulan etnik di Sarawak [sunting]
Iban
Cina
Melayu
Bidayuh
Melanau
Kayan
Kenyah
Lun Bawang
Penan
Kelabit
Kedayan
Bisaya
Berawan
Lahanan
Sekapan
Kejaman
Punan
Baketan
Ukit
Sihan
Tagal
Tabun
Saban
Lisum
Longkiput
Kadazandusun
Murut

Orang Asli di Malaysia



Negrito 
Kensiu
Kintak
Lanoh
Jahai
Mendriq
Bateq
Senoi 
Temiar
Semai
Semoq Beri
Jah Hut
Mahmeri
Che Wong
Melayu Proto 
Orang Kuala
Orang Kanaq
Orang Seletar
Jakun
Semelai
Temuan
Read More

Friday, 7 June 2013

Mahfuz anggap mental Dr M terganggu

Jumaat, 7 Jun 2013
Apabila Dr Mahathir mendakwa himpunan-himpunan memprotes pilihan raya adalah urusan orang-orang Cina atau kerja orang-orang Cina
Abdul Aziz Mustapha
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat terganggu mental dan bercelaru fikiran kerana kesukaran memaksa Datuk Seri Najib Tun Razak berundur, kata Datuk Mahfuz Omar.

"Apabila Dr Mahathir mendakwa himpunan-himpunan memprotes pilihan raya adalah urusan orang-orang Cina atau kerja orang-orang Cina, ia membuktikan bekas Perdana Menteri itu sangat terganggu mentalnya kerana masih tidak dapat merealisasikan apa yang dia mahu, iaitu memaksa Najib berundur.

"Penerusan kepimpinan Najib sangat mengganggu mentalnya," kata Mahfuz.

Keinginan Dr Mahathir supaya Najib berundur selepas pilihan raya mendapat liputan yang meluas sejak tahun lalu lagi.

Tahun lalu, Dr Mahathir dilaporkan meminta pemimpin-pemimpin Umno di negeri-negeri menangguhkan rancangan mereka untuk menjatuhkan Najib sehingga selepas pilihan raya.

Bekas Presiden Umno itu meminta mereka memberi tumpuan untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dahulu sambil menyarankan mereka bolehlah menggulingkan pemimpin mereka selepas pilihan raya.

"Bagaimanapun pengaruh (isteri Najib, Datin Seri) Rosmah di kalangan para pembesar Umno yang rata-rata mengalami ketagihan projek menyukarkan malah mungkin menghalang impian Dr Mahathir itu.

"Sebab itulah kenyataan dan tulisan beliau menggambarkan tekanan dan gangguan ke atas mentalnya kerana Rosmah semakin terbukti menjadi antara saingan yang sangat sukar beliau kalahkan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau juga menyifatkan percubaan Dr Mahathir yang sangat lucu untuk memperkecil-kecil perhimpunan-perhimpunan rakyat menentang kerajaan tipu pilihan raya akhirnya akan memberikan gambaran positif terhadap perhimpunan-perhimpunan tersebut.

"Dahulu, bila perhimpunan seperti Bersih lebih banyak dihadiri oleh orang-orang Melayu, Umno sendiri yang menuduh mereka menjadi alat Cina kerana kononnya orang-orang Cinalah yang makan hasil dari perhimpunan-perhimpunan itu.

"Sekarang bila ramai orang Cina menghadiri perhimpunan-perhimpunan menentang pilihan raya tipu dan kerajaan pilihan raya tipu, Dr Mahathir tuduh pula perkara itu akan mengakibatkan polarisasi kaum yang lebih serius," kata Mahfuz.

Beliau menyifatkan apa yang ditulis oleh Dr Mahathir dalam blognya itu hanyalah mainan perasaannya akibat tekanan dan gangguan mental yang dihadapinya.

"Apa yang sebenarnya berlaku ialah orang-orang Cina tidak mahu lagi ketinggalan menentang apa yang meraka yakini sebagai pilihan raya yang tidak bersih, tidak adil dan penuh penipuan," katanya.

Ia juga menunjukkan mereka semakin mahu ke hadapan menentang pilihan raya tipu dan tidak mahu ketinggalan di belakang orang-orang Melayu yang paling ramai dalam perhimpunan Bersih 1 umpamanya, kata Mahfuz lagi.

"Harap-harap MCA atau Gerakan tidak pula menuduh orang-orang Cina yang meramaikan perhimpunan menentang pilihan raya tipu itu menjadi alat Melayu kerana kononnya orang-orang Melayulah yang makan hasil dari perhimpunan-perhimpunan itu," kata Mahfuz sinis.
Harakahdaily.
Read More

Blog 'rasis' Dr M undang laporan polis, demo

Jumaat, 7 Jun 2013
Anggota Parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Leung dan sekumpulan penyokongnya ini berhimpun di depan ibu pejabat polis daerah kawasan itu bagi membantah "serangan tidak adil" Dr Mahathir Mohamad terhadap pengundi Cina.
NONE
Gooi (dua dari kanan) berkata, beliau juga turut membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri berhubung laporan tulisannya di blog yang disifatkan sebagai tidak adil sama sekali.

"Mahahir mencadangkan bahawa orang Cina mengetepikan orang Melayu secara politik dan ekonomi, ia bukan hanya tidak masuk awal, tetapi ... sungguh tidak bertanggungjawab dan merosakkan, mengancam keharmonian kaum yang dikongsi semua bangsa," katanya.

Dr Mahathir semalam antaranya berkata sebahagian besar peserta perhimpunan negara selepas pilihan raya umum 5 Mei terdiri daripada golongan Cina -- perkembangan yang didakwanya akan menyebabkan polarisasi kaum lebih serius.

Dalam masa yang sama, katanya, orang Melayu akan terus disisih dari segi ekonomi dan politik.
Kisah Loo Jo Yee : Gadis Cina 17 Tahun Memeluk Islam
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena